Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata helaian


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya nak perkataan yang terjemahan bahasa inggeris ke bahasa malaysia selain daripada sejauh mana.Perkataan bahasa Inggeris yang diterjemahkan ke bahasa Melayu tidak terhitung senarainya. Sila rujuk Kamus Inggeris Melayu Dewan dan buat rujukan helaian demi helaian.Lain-lain03.10.2014
Ahmad Saufe Mar 2nd, 2:20pm Salam pentadbir, Saya ingin mendapatkan pandangan pihak dbp. Antara istilah bm di bawah, yang mana satu paling tepat penggunaannya. 1. Helaian Pendedahan Produk @ 2.Helaian Penzahiran Produk Istilah dalam bahasa inggeris : product disclosure sheet Mohon penjernihan.Dalam kebanyakan bidang perkataan disclosure diterjemahkan kepada pendedahan. Jika bersesuaian dengan konteks penggunaannya, frasa tersebut boleh diterjemahkan kepada "helaian pendedahan produk".Penyemakan dan penterjemahan02.03.2015
Semakan pada helaian naskah.Untuk semakan dan pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui portal DBP Sah Bahasa www.dbpsahbahasa.myLain-lain18.01.2018
Apakah perbezaan antara "tambah" dan "tambahkan". Contohnya dalam ayat berikut: 1) Tambah gula 2)Tambahkan guna 3)Anda boleh menambah helaian dalam fail itu 4) Anda boleh menambahkan helaian dalam fail ituAkar kata tambah, apabila menerima imbuhan boleh menjadi tambahkan, menambah dan menambahkan. Tambahkan gula lazimnya digunakan dalam ayat suruhan. Menambah dan menambahkan ialah kata kerja dan penggunaannya hendaklah disesuaikan dengan konteks maknanya, menambah bermaksud menjadi lebih banyak dan menambahkan bermaksud menambah sesuatu pada yang sudah ada supaya jadi besar.Tatabahasa04.08.2017
Apakah perbezaan antara "tambah" dan "tambahkan". Contohnya dalam ayat berikut: 1) Tambah gula 2)Tambahkan guna 3)Anda boleh menambah helaian dalam fail itu 4) Anda boleh menambahkan helaian dalam fail itu Soalan saya yang sebelumnya tidak dijawabAkar kata tambah, apabila menerima imbuhan boleh menjadi tambahkan, menambah dan menambahkan. Tambahkan gula lazimnya digunakan dalam ayat suruhan. Menambah dan menambahkan ialah kata kerja dan penggunaannya hendaklah disesuaikan dengan konteks maknanya, menambah bermaksud menjadi lebih banyak dan menambahkan bermaksud menambah sesuatu pd yg sudah ada supaya jadi besar.Tatabahasa01.09.2017
salam sejahtera... bolehkah pihak tuan memberi tunjuk ajar kepada saya bagaimana untuk membuat penulisan dengan berpandukan format yang betul bagi penulisan sebuah laporan teknikal. disini, dilamprkan 2 helaian utama yang menjadi isu dari segi: bagi muka surat pertama, susunatur dan saiz tulisan yang digunakan dan bagi helaian kedua persoalannya adalah, di bahagian manakah sepatutnya diletakkan gambar berkenaan. atas kanan atau atas tengah ataupun atas kiri...terima kasih atas perhatian dan bantuan yang diberikan.Pada kelazimannya gambar diletakkan di bahagian atas sebelah sebelah kiri (bukan seperti dalam contoh yang diberikan - sebelah kanan).Lain-lain15.02.2012
1) sebutan baku kata pinjaman dari bahasa arab dalam istilah agama 2) transkripsi sebutan dan penyukuan yang mengandungi vokal1. Untuk makluman puan tidak ada satu keluaran khusus tentang sebutan baku kata pinjaman daripada bahasa Arab dalam istilah agama dalam pangkalan data kami. Untuk maklumat lanjut, puan boleh menyemak Buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi - Sebutan - Jawi dan menyemak helaian demi helaian buku tersebut bagi mencari kata pinjaman daripada bahasa Arab.
2. Tidak ada maklumat tentang transkripsi sebutan dan penyukuan yang mengandungi vokalĀ  dalam pangkalan data kami. Sila rujuk buku atau makalah yang berkaitan.
Lain-lain23.01.2013
Menu "Maklum Balas " dengan icon tanda soal berwarna biru tidak berfungsi sebaliknya masih memaparkan helaian carian tidak sebagaimana icon facebook di sebelah kirinya..Soalan kurang jelas maksudnya.  Sila berikan maksud yang hendak disampaikan.

Terima kasih.
Lain-lain30.07.2017
Salam Sejahtera Tuan/ Puan Saya daripada Polycore Optical ( M) Sdn Bhd ingin mendapatkan bantuan pihak tuan untuk membuat pentrerjemahan Helaian Data Keselamatan/ Safety Data Sheet di kilang kami. Berikut dilampirkan senarai bahan kimia yang memerlukan penterjemahan.Penterjemahan ini adalah dari Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu. Justeru itu, kami ingin meminta sebut harga untuk membuat penterjemahan semua bahan kimia yang dilampirkan dalam senarai.Diharapkan, agar kami mendapat balasan yang secepat mungkin dari pihak tuan. Terima Kasih, Rajiv Sokanathan ( Hp number: 016-6017556)Untuk makluman, Dewan Bahasa dan Pustaka tidak membuat terjemahan daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu. Pihak kami hanya menyemak dokumen yang telah diterjemahkan sahaja. Mohon hubungi Persatuan Penterjemahan Malaysia melalui talian telefon 03-92262506 untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan perkara tersebut.Lain-lain31.12.2019
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin mendapatkan kepastian apakah terjemahan yang tepat untuk "term sheet" (dokumen yang mengandungi terma pelaburan yang wajib dikemukakan oleh penerbit instrumen pelaburan tertentu kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia) - adakah "helaian terma" atau "kertas terma" atau ada terjemahan yang lain? Sekian, terima kasih.Cadangan terjemahan bagi perkataan "term sheet" ialah "perjanjian pelaburan tak terikat".Istilah17.03.2022
12

Kembali ke atas