Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata helaian


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
coil bindingjilidan pilinPerpustakaanTiadaBentuk jilidan yang terdiri daripada sebaris lubang-lubang kecil yang ditebuk pada setiap helaian dan helaian-helaian tersebut dihubungkan melalui dawai pilin berpintal yang dimasukkan melalui lubang-lubang kecil tadi.
spiral bindingjilid pilinKesenianTiadaPenjilidan buku yang menggunakan dawai lingkar untuk menyatukan helaian-helaian kertas.
lift-slap constructionbinaan papak angkatKejuruteraanTiadaMenuang papak lantai dan papak bumbung konkrit bertetulang di tingkat bawah, secara bertindih-tindih, dengan setiap papak dipisahkan dengan papak yang di atasnya oleh helaian-helaian kertas bangunan. Setelah keras, papak diangkat ke kedudukan yang dikehendaki dengan menggunakan bicu mengangkat.
score sheetjadual mata( SUK, P.JAS), helaian skorKesenianTiadaHelaian skor: Helaian yang mengandungi garisan staf untuk menulis notasi muzik.
half leaf testujian daun setengahBiologiPatologiKaedah asai belur setempat yang menggunakan satu helaian daun. Setengah helaian daun diinokulasi manakala setengah helaian lagi diinokulasi dengan air steril sebagai pembanding. Kaedah ini lebih baik daripada ujian daun setentang kerana perbezaan antara bahagian yang diinokulasi dengan helaian pembanding dalam kaedah ujian daun setentang adalah lebih kecil.
base sheethelaian dasarLandskapTiadaHelaian pelan paling bawah yang mengandungi maklumat untuk perancangan landskap dengan menggunakan kaedah analisis berlapis. Kaedah in i menggunakan beberapa helaian kertas, plastik atau digital dan setiap helaian mengandungi perkara-perkara seperti topografi, hidrologi, tumbuhan dan sebagainya.
find sheethelaian carianArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiMaklumat yang terkandung pada helaian kertas berhubung data arkeologi yang ditemui di dalam petak gali cari. Helaian ini mengandungi data nama petak, ukur jumpaan artifak, kedudukan artifak, lakaran petak dan artifak, keadaan tanah dan tarikh dilaporkan. Helaian ini menjadi bukti sokongan terhadap analisis sekiranya artifak yang sebenar didapati hilang dan sebagai data perbandingan semasa membuat laporan. Maklumat yang dicatatkan dalam helaian carian ini perlu disahkan oleh pengarah lapangan atau penyelia petak.
anyamanyamKesenianTiadaTeknik menjalur helai atau bilah daun, lidi, rotan, akar, buluh atau beberapa jenis tumbuhan lain dengan cara menyusun secara silang antara satu helaian dengan helaian yang lain.
feuture sheethelaian fiturArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiMaklumat pada borang yang mengandungi data yang berkaitan fitur. Helaian fitur terbahagi kepada dua bahagian, iaitu huraian data fitur dan lakaran kasar fitur. Maklumat yang dicatat melibatkan keadaan fitur, ukuran jarak , material, persekitaran fitur dan hipotesis. Maklumat pada helaian fitur ini disertai dengan foto sebagai rekod. Helaian ini penting kerana perubahan pada struktur fitur semasa dan selepas gali cari dapat dikesan seperti keadaan asal. Maklumat yang dicatatkan dalam helaian fitur ini perlu disahkan oleh pengarah lapangan atau penyelia petak.
sambungsambungKesenianTiadaTeknik mencantum helaian atau bilahan untuk menambah panjang helaian atau bilahan. Teknik ini juga digunakan untuk helaian atau bilahan yang putus atau pendek dengan teknik sisip.
12345678910...

Kembali ke atas