Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hé.li.kop.ter] | هيليکوڤتر

Definisi : (hélikopter) sj pesawat terbang yg mempunyai baling-baling di atasnya dan boleh turun dan naik secara menegak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hé.li.kop.ter] | هيليکوڤتر

Definisi : /hélikopter/ kapal terbang yg mempunyai baling-baling di atasnya dan dpt turun naik secara menegak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata helikopter


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagaimana hendak diterjemah, "Safran turbine engines power helicopters from the world’s leading manufacturers" ? Enjin-enjin turbin Safran menguasakan helikopter-helikopter daripada pembuat-pembuat terulung dunia?Cadangan terjemahan yang sesuai bagi ayat yang diberikan ialah Helikopter Safran berkuasa enjin turbin merupakan pemacu pembuatan enjin di dunia.Makna13.11.2020
Salam sejahtera Tuan/Puan, Apakah terjemahan yang sesuai bagi istilah 'Heavy Lift Cargo Helicopter'? Sekian, terima kasih.Padanan bahasa Melayu yang dicadangakan ialah Helikopter Angkat Kargo Berat Istilah18.01.2016
Salam sejahtera 1) Saya mahukan salinan sijil cuti sakit saya untuk menyimpan di dalam fail. 2) Saya mahukan salinan sijil cuti sakit saya untuk disimpan di dalam fail. 3) Saya mahukan salinan sijil cuti sakit saya untuk saya menyimpan di dalam fail. 4) Sebuah helikopter sedang berlalu di atas rumah saya. 5) Saya membawa murid-murid saya untuk mereka menyertai pertandingan ini. 6) Dalam berapa lamakah puan boleh menyiapkan kerja-kerja pemasakan pesanan saya. 7) Dimanakah tempat pencucian tangan? 8) Semua kedai buka atau terbuka pada hari Ahad. 9) Saya membawa emak saya ke hospital ini untuk ditukarkan balutan luka. 10)Saya membawa emak saya ke hospital ini untuk ditukarkan pembalut luka. Adakah ayat-ayat di atas betul?Ayat yang betul ialah "Saya mahukan salinan sijil cuti sakit saya untuk disimpan di dalam fail" Tatabahasa08.01.2022
Salam ramadan.. Apakah terjemahan bagi 'rotocopter'? Regards, AznaniIstilah rotocopter tidak terdapat dalam pangkalan data DBP. Berdasarkan pembentukan istilah helicopter diberikan padanan helikopter, kami mencadangkan padanan rotocopter ialah rotokopter.Istilah21.05.2018
Apakah maksud sejarah ?Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) sejarah bermaksud:

sejarah
kata nama 
1 peristiwa yang benar-benar berlaku pada masa dahulu yang ada kaitan dengan zaman sekarang:
Sejarah Malaysia dikatakan bermula sejak zaman Greek lagi kerana Semenanjung Tanah Melayu dikenali sebagai “golden chersonese” oleh Ptolemy.
Al-Quran turut menyampaikan sejarah umat dan nabi-nabi yang terdahulu.


2
kajian atau pengetahuan tentang hal atau peristiwa yang berlaku pada seseorang, sesuatu tempat atau institusi pada suatu ketika dahulu; tawarikh:
Penekanan kursus ini diberikan kepada peranan Islam dalam sejarah Asia Tenggara.

3
(dieja dengan huruf besar) ilmu atau mata pelajaran yang mengkaji tentang peristiwa yang telah berlaku pada masa dahulu, yang diajar atau dipelajari di sekolah, maktab, universiti dan sebagainya:
Aku rasa Fakhurazi jauh lebih pintar daripadaku dalam bidang Ekonomi, Pengajian Am dan Sejarah.
Dia mengambil subjek minor, Sejarah dalam pengajiannya itu.


4
peristiwa atau kejadian yang menjadi detik perubahan dalam perjalanan hidup seseorang atau sesebuah institusi:
Apabila bangsal tambahan itu siap dibina kelak, zaman baharu dalam sejarah pengeluaran batik syarikatnya akan bermula.
Biarlah hari ini kita bina satu permulaan baharu dalam sejarah persahabatan kita.
Jasdi menyingkap kembali sejarah hidup ayahnya yang penuh dengan ranjau dan duri.


5
rentetan peristiwa atau hal yang pernah berlaku kepada seseorang atau sesuatu yang boleh dijadikan sebagai panduan, rujukan dan sebagainya:
Keratan akhbar itu menyebut tentang sejarah kemalangan yang menimpa helikopter Nuri.
Vaksin ini disyorkan kepada lelaki yang tidak mempunyai sejarah infeksi beguk.


6
asal usul atau susur galur sesuatu keturunan; salasilah:
sejarah orang Melayu;

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kamus ini pada halaman 1994.
Makna06.11.2023

Kembali ke atas