Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hemat;

Puisi
 

Kembang indah menawan hati,
     Sayang terkerat di tengah hari;
Cinta itu laksana api,
     Tersalah hemat membakar diri.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Ingat sebelum kena,
     jimat (= hemat) sebelum habis.

Bermaksud :

Selalu waspada dan hati-hati; harus berusaha, jangan sampai terlambat.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam DBP. Saya keliru dengan penggunaan perkataan "HEMAT" dan "JIMAT" seperti ayat di bawah: 1. Belajar Hemat Bayar Pun Jimat 2. Belajar Biar Hemat Bayaran Pun Jimat. 3. Belajar Hemat Bayar Tetap Jimat. Mohon DBP dapat mencadangkan Kosa Kata yang lebih baik jika sekiranya ayat di atas tidak kena pada konteksnya. Terima kasih DBP.Untuk pengesahan visual iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa).Lain-lain30.08.2016
hemat bermaksud berhati-hati atau berjimat. jadi apa maksud 'pada hemat saya', adakah frasa ini boleh digunakan dalam membina ayat dan karangan pelajar.Selain daripada berhati-hati dan berjimat, hemat juga bermaksud pemerhatian dan pengamatan. Oleh itu, frasa "pada hemat saya" betul dan boleh digunakan.Tatabahasa01.04.2012
1) Mengapakah penggunaan perkataan hemat di bawah salah?Mohon penjelasan lebih lanjut daripada pihak tuan. - Segala hemat itu satu amalan yang baik.Hemat bermaksud tidak boros dan perkataan tesebut tidak perlu didahului dengan segala.Tatabahasa19.06.2013
apa makna hematMerujuk Kamus Dewan edisi keempat, hemat ialah tidak boros atau membazir (dlm membelanjakan wang atau menggunakan sesuatu), cermat, jimat: kalau ingin kaya kita harus berbelanja dgn ~; 2. dgn penuh perhatian (minat dll), dgn teliti, cermat, hati-hati, berhati-hati, berwas-was, beringat-ingat, berjaga-jaga. Harap maklum.Makna07.01.2008
prudent strigent claims controlhemat kawalan tuntutan ketatLain-lain26.03.2007
Adakah frasa "mengetahui tentang" betul? Pada hemat saya, "mengetahui" merupakan kata kerja transitif dan mesti diikuti oleh objek yang terdiri daripada kata/frasa nama. Mohon pencerahan, terima kasih.Perkataan "mengetahui" menerima apitan meN-...-i perlu diikuti objek, seperti contoh ayat yang berikut:
“Setelah mengetahui isi hati Ahmad terhadapnya, Aminah terus bersetuju menerima Ahmad sebagai pasangannya.”
Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, (DBP, 2015), halaman 204 dan Kamus Dewan Perdana, (DBP, 2021), halaman 2211.
Lain-lain04.01.2024
Tuan DBP, apakah perbezaan antara "upaya" dengan "keupayaan"? Pada hemat saya, "upaya" seerti "keupayaan". Upaya bermaksud daya membuat sesuatu. Orang marcapada lebih cenderung menulis bentuk "keupayaan" berbanding dengan "upaya". Mengikut kefahaman saya, jika sesuatu kata nama ditambah dengan apitan ke-...-an, terhasil maksud keadaan kata nama itu. Maka "keupayaan" bermaksud keadaan upaya. Adakah makna ini dikhususkan kepada tahap upaya kita, iaitu sejauh manakah kita dapat melaksanakan sesuatu? Saya hendak mengusulkan pembatalan kata "keupayaan" kerana tidak diperlukan. "Upaya" sudah menyampaikan maksud daya itu., melainkan jikalau kata "keupayaan" bermaksud tahap upaya kita, iaitu ketinggian dan kerendahan upaya, saya terimalah maksud itu dan tidak usah dibatalkan kata "keupayaan".Kadangkala sukar untuk mencari perbezaan makna  yang jelas antara akar kata dengan kata terbitan, kecuali melihat contoh penggunaannya dalam ayat. Contoh ayat,  kalaulah segala apa yang diberikannya selama ini masih belum dapat menjamin kecintaannya, maka habislah upayaku (daya usahaku). Manakala ayat, bahasa itu sendiri perlulah mempunyai keupayaan untuk menjadi sebuah bahasa moden (kemampuan). Sebarang cadangan untuk kata baharu atau pemansuhan kata boleh dikemukakan kepada Ketua Bahagian Perkamusan, DBP kerana penggubalan setiap kata (termasuklah pemansuhannya) dibuat mengikut proses tertentu, dan bukanlah sewenang-wenangnya digugurkan dalam entri kamus terbitan yang akan datang semata-mata berdasarkan pandangan yang tidak disokong dengan hujah yang tuntas.Makna14.08.2016
antara berikut yang manakah bersifat akronim? (a)Mentah (b)Langkah (c)Hemat (d)Bukit

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat kata akronim bermaksud kependekan yang terbentuk daripada gabungan huruf-huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yang boleh diujarkan sebagai satu perkataan,cth. MARA, RISDA, PETRONAS, pawagam, kugiran. 

Tatabahasa04.04.2010
Wujudkah perkataan "kenyarisan" dalam bahasa Melayu? Sy lihat ia diguna di Bahasa Indonesia. Pada hemat saya ia melebarkan maksud "nyaris" sebagai "noun".

Encik Zulhaidi,

Perkataan kenyarisan tidak ada dalam istilah bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, dalam konteks bahasa Melayu, kata nyaris membawa maksud hampir (berlakunya sesuatu), cemas-cemas:  Contoh ayat;

Barisan pertahanan mereka menjadi huru-hara sehingga nyaris-nyaris keselamatan panglima mereka terancam.

 

Makna07.04.2009
Apakah terjemahan yang tepat untuk 'industry player'? Saya sering melihat akhbar menggunakan pemain industri. Pada hemat saya, penggerak industri kedengaran lebih baik kerana industri bukanlah satu permainan.Kami bersetuju cadangan tuan, penggerak industri atau penggiat industri lebih sesuai digunakan.Penyemakan dan penterjemahan28.06.2021
123

Kembali ke atas