Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hé.mo.glo.bin] | هيموݢلوبين

Definisi : (hémoglobin) (Bio) sj protein yg mengandungi zat besi, terdapat dlm sel darah merah vertebrat, dan berfungsi mem­bawa oksigen dr paru-paru ke tisu badan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hé.mo.glo.bin] | هيموݢلوبين

Definisi : /hémoglobin/ ist molekul sel darah merah yg mengandungi zat besi dan membawa oksigen ke seluruh badan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hemoglobin


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
hemoglobinhaemoglobinSejenis protein yang mengandungi zat besi, terdapat dalam sel darah merah dan berfungsi membawa oksigen dari paru-paru ke tisu badan.Menengah Rendah
hemoglobinhaemoglobinProtein pengangkut oksigen yang terdapat di dalam sel darah merah.Menengah Atas
hemoglobin abnormalabnormal haemoglobinMolekul hemoglobin yang berbeza bentuk disebabkan oleh jujukan asid amino yang diubah suai (biasanya disebabkan oleh jujukan asas DNA yang terubah suai), seperti pada penyakit warisan, iaitu anemia sel sabit.Menengah Atas
oksihemoglobinoxyhaemoglobinSebatian yang terbentuk apabila oksigen berpadu dengan hemoglobin dalam sel darah merah. Sebatian ini berwarna merah cerah.Menengah Rendah
anemiaanaemiaPenyakit yang terjadi kerana kekurangan sel darah merah atau kekurangan hemoglobin dalam sel darah merah. Keadaan ini menyebabkan darah kurang berupaya mengangkut oksigen yang secukupnya untuk keperluan badan.Menengah Rendah
pigmenpigment1. Sebarang bahan berwarna yang terdapat di dalam tisu organisma. Contohnya, kloroplas dan fitokrom pada tumbuhan, dan hemoglobin pada darah. 2. Kepekaan terhadap tindakan tenaga sinaran. Contohnya, cahaya.Menengah Atas

Kembali ke atas