deoxygenated hemoglobin | hemoglobin nyahoksigen | Perubatan | Tiada | Hemoglobin yang tidak bergabung dengan oksigen. |
hemoglobin | hemoglobin | Gerontologi | Tiada | Bahan yang terdiri daripada pigmen hem dan protein globin dalam sel darah merah yang mengangkut oksigen. |
hemoglobin | hemoglobin | Kimia | Biokimia | Protein di dalam darah yang terdiri daripada empat rantai polipeptida (dua rantai a dan dua rantai b ) yang setiap satunya melingkari kumpulan hem. Protein ini berfungsi sebagai pengangkut oksigen. |
hemoglobin | hemoglobin | Perubatan | Tiada | Protein pengangkut oksigen yang terdapat di dalam sel darah merah. Bahan ini terdiri daripada empat globin dan empat kumpulan hem. |
deoxygenated hemoglobin | hemoglobin nyahoksigen | Veterinar | Tiada | Tiada |
haemoglobin | hemoglobin | Kimia | Tiada | Pigmen respirasi sel darah merah yang terdiri daripada protein dengan empat rantai polipeptida yang terikat pada empat molekul hem. Setiap molekul hemoglobin, singkatannya Hb, dapat bergabung dengan satu molekul oksigen untuk membentuk oksihemoglobin, HbO2. Hem mengandungi ferum dalam keadaan terturun untuk membolehkan hemoglobin bergabung dengan oksigen. Hemoglobin memindahkan oksigen dari paru-paru ke tisu dan memindahkan karbon dioksida dari tisu ke paru-paru. |
carboxyhemoglobin | karboksihemoglobin | Sains Forensik | Tiada | Terbitan hemoglobin yang terbentuk daripada gabungan hemoglobin dengan karbon monoksida. Penggabungan karbon monoksida ini adalah kuat dan menghalang hemoglobin daripada mengangkut oksigen yang boleh mengakibatkan keracunan karbon monoksida atau karboksihemoglobinemia. Ahli forensik serologi lazimnya mengukur kandungan karboksihemoglobin dalam sampel darah mangsa yang disyaki mengalami keracunan karbon monoksida dengan menggunakan kaedah spektrofotometer. |
oxyhemoglobin | oksihemoglobin | Perubatan | Tiada | Hemoglobin yang mengandungi oksigen terikat, iaitu sebatian yang terbentuk daripada hemoglobin yang terdedah kepada oksigen di alveolus peparu; pengikatan oksigen dengan hemoglobin berlaku melalui pembentukan ikatan tak kovalen antara molekul oksigen dengan ion ferus yang terletak di tengah kumpulan hem. |
haemoglobin | hemoglobin | Makanan dan Pemakanan | Pemakanan | Protein yang mengandungi zat besi dalam sel darah merah, mengikat dan mengangkut oksigen dalam aliran darah ke semua sel. Hemoglobin terdiri daripada empat kumpulan hem dan empat rantai globin polipeptida. Hemoglobin menyumbangkan warna merah kepada darah dan mengandungi 80% daripada jumlah zat besi dalam tubuh. |
oxyhaemoglobin | oksihemoglobin | Biologi | Fisiologi | Hemoglobin yang mempunyai oksigen terikat; suatu sebatian yang terbentuk daripada hemoglobin apabila didedahkan kepada persekitaran berudara. |