Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hem.pe.du] | همڤدو

Definisi : 1. bendalir berwarna kuning atau kehijau-hijauan yg dirembes oleh hati ke dlm usus utk membantu penghadaman lemak; 2. perkataan atau ucapan yg pedas (menyakit­kan hati dsb): perempuan itu memuntahkan ~ terhadap Herman; bagai ~ lekat di hati prb perhubungan yg erat, tidak dapat di­ceraikan (bkn persahabatan, perkahwinan, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hem.pe.du] | همڤدو

Definisi : cecair bersifat alkali yg berwarna kuning kehijau-hijauan atau kuning kecoklat-coklatan dan pahit rasanya yg dirembes oleh hati utk menolong menghancurkan makanan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hempedu

Puisi
 

Sayang sirih dari seberang,
     Pokok mengkudu dahannya tinggi;
Seorang kasih seorang sayang,
     Bagai hempedu lekat di hati.


Lihat selanjutnya...(4)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PUNDI HEMPEDU

Pundi hempedu ialah kantung kecil yang

menyimpan hempedu. Sebilangan besar haiwan

yang mempunyai tulang belakang, mempunyai

pundi hempedu. Pundi hempedu bagi manusia

ialah kantung berbentuk buah pear yang terletak di

sebelah bawah bahagian kanan hati. Pundi

hempedu boleh menampung kira-kira 45 milimeter

hempedu pada suatu ketika . Pangkal pundi

hempedu disambungkan melalui sebuah tiub yang

dinamakan duktus sistik , yang memasuki duktus

hepatik dari hati. Kedua-dua tiub ini membentuk

duktus hempedu .

UMUM 
HEMPEDU UMUM 
HEMPEDU BUMI

Hempedu bumi, juga dikenali sebagai akar cerita, ialah sejenis tumbuhan herba.

PERTANIANFlora dan Fauna
DEMAM KUNING

Demam kuning ialah penyakit virus yang

dibawa oleh nyamuk tertentu. Virus ini

merosakkan banyak tisu badan, khususnya hati dan

ginjal. Akibat kerosakan ini, pembuangan air kencing

berkurangan, hati tidak dapat berfungsi dengan

baik dan pigmen hempedu kuning berkumpul

dalam kulit.

UMUM 
REMBESAN

Rembesan ialah bahan berguna yang dikeluarkan

oleh sesuatu sel dan kemudian dilepaskan dari sel

tersebut. Sel yang membentuk rembesan biasanya

terdapat dalam kelenjar. Rembesan dari kelenjar

eksokrin dikeluarkan ke dalam duktus (tiub) yang

menuju ke organ-organ lain atau ke permukaan

badan. Rembesan demikian termasuk air liur, air

mata, mukus, peluh, hempedu, dan jus pankreas.

Kelenjar endokrin (tanpa duktus) mengeluarkan

rembesan terus ke dalam darah. Rembesan ini, yang

dinamakan hormon, membantu mengatur banyak

proses badan. Hormon termasuk tiroksin, insulin,

adrenalin, estrogen, dan androgen. Sel khusus

dalam usus, ginjal, jantung, dan plasenta juga

merembes hormon. Tumbuhan dan haiwan

invertebrat (tanpa tulang belakang) juga

mengeluarkan rembesan, yang sesetengahnya

mempunyai nilai komersial.

UMUM 
STEROID

Steroid ialah sebarang kelas sebatian kimia yang

penting dalam bidang kimia, biologi, dan

perubatan. Steroid memainkan peranan yang

utama dalam proses tubuh benda hidup. Steroid

dihasilkan secara semula jadi oleh tumbuh-tumbuhan

dan haiwan dan juga secara komersial.

Jenis steroid termasuk sterol, seperti kolesterol;

asid hempedu daripada hati; hormon adrenal;

hormon seks; dan racun di dalam kodok tertentu.

(lihat Hati; Kolesterol).

UMUM 

Kembali ke atas