Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hempedu bumi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Andrographis paniculatahempedu bumiHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan daripada famili Acanthaceae yang dikenali juga sebagai akar cerita dan cengkam bumi daripada jenis semusim. Herba ini berdaun jenis ringkas, bunganya kecil dan berwarna putih. Buahnya pula jenis kapsul dan berbiji kecil. Pokok ini ditanam secara meluas di Malaysia. Antara sebatian kimia yang terdapat dalam daun ini ialah sebatian golongan andrografolida, andrografisida, neoandrografolida, polifenol flavonoid, alkana, keton, aldehida dan mineral. Daun pokok ini digunakan untuk mengurangkan kolesterol dan mengubati penyakit hepar, kencing manis, darah tinggi dan selesema.
prophylacticprofilaktikHerbaTiadaHerba yang digunakan untuk melindungi dan menghalang tubuh daripada serangan penyakit. Contohnya, hempedu bumi dan lingzhi.
antiinfectiveantiinfektifHerbaPemiawaianSifat agen yang dapat mencegah atau membantu mengurangkan jangkitan. Contohnya, ekstrak daun hempedu bumi (Andrographis paniculata) atau ekstrak daun sambung nyawa (Gynura procumbens) yang bersifat antiinfektif terhadap demam.
Andrographis paniculataHempedu bumi, akar cerita,cengkam bumiPertanianTiadaTumbuhan daripada famili Acanthaceae, dikenali sebagai akar cerita dan cengkam bumi daripada jenis semusim. Herba ini berdaun jenis ringkas, bunganya kecil dan berwarna putih. Buahnya pula jenis kapsul dan berbiji kecil. Pokok ini ditanam secara meluas di Malaysia. Antara sebatian kimia yang terdapat dalam daun ini ialah sebatian golongan andrografolida, andrografisida, neoandrografolida, polifenol flavonoid, alkana, keton, aldehida, dan mineral. Daun pokok ini digunakan untuk mengurangkan kolesterol dan mengubati penyakit hepar, kencing manis, darah tinggi dan selesema.
simple leafdaun tunggalHerbaBotani dan BioteknologiDaun yang mempunyai satu lai daun sahaja. Contohnya, daun hempedu bumi (Andrographis paniculata), daun pala (Myristica fragrans) dan daun jambu batu (Psidium guajava).
immunostimulantimunostimulanHerbaTiadaHerba yang meningkatkan ketahanan semula jadi tubuh terhadap penyakit. Contoh herba ini ialah barli, hempedu bumi, kekait dan cendawan maitake, reishi dan shiitake.
antidotepenawar/antidotHerbaPemiawaianSifat agen yang dapat melegakan atau mengurangkan tindakan racun dalam badan. Contohnya, ekstrak hempedu bumi (Andrographis paniculata) bersifat sebagai penawar. Sinonim antidot.
antihypertensiveantihipertensiHerbaPemiawaianSifat agen yang dapat mencegah atau membantu mengawal tekanan darah tinggi. Contohnya, ekstrak daun hempedu bumi (Andrographis paniculata) yang bersifat antihipertensi.
antiasthmaticantiasmaHerbaPemiawaianSifat agen yang menghalang, melegakan atau mengurangkan masalah pernafasan yang disebabkan oleh serangan asma. Contohnya, ekstrak hempedu bumi (Andrographis paniculata) yang bersifat antiasma.
enriched fractionfraksi diperkayaHerbaPemiawaianPecahan daripada ekstrak herba yang mempunyai kandungan bahan aktif yang lebih tinggi. Contohnya, fraksi etil asetat ekstrak hempedu bumi (Andrographis paniculata) mengandungi sebatian andrografolida paling tinggi.
123

Kembali ke atas