Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hen.da/] | هندق

Definisi : 1 ingin mempunyai, mendapat atau memperoleh sesuatu: Budak itu ~ akan baju baru. Kita mesti bekerja keras jika kita ~ maju. 2 bermaksud akan; mahu akan: Dia ~ melanjutkan pelajarannya ke luar negara. 3 untuk; bagi: Dia tidak ada wang ~ membayar hutang. ~lah tidak dpt tidak; mesti; patut. ~nya sebaik-baiknya; sepatutnya. menghendaki mengharapkan (sesuatu); mengingini; memerlukan: Semua manusia ~ kesenangan hidup. kehendak, = ~ hati keinginan atau kemahuan yg keras; kemahuan; hajat: Tanyakan apa ~nya. berkehendak berharap akan; bermaksud hendak; berkeinginan: Dia ~ supaya dia saja yg mendapat keuntungan. berkehendakkan berkehendak akan: Pokok padi ~ air yg banyak utk hidup subur. dikehendaki diingini; diperlukan: Semua pihak diminta bekerjasama, kalau tidak, kita tidak akan maju sebagaimana yg ~. sekehendak, = ~ hati sesuka hati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hendak (kata tugas)
1. Bersinonim dengan mahu: ingin, berhasrat, berhajat, bercita-cita, berangan-angan,

2. Bersinonim dengan untuk: bagi

Kata Terbitan : menghendaki, kehendak, sekehendak hati, berkehendak,

Puisi
 

Hendak dipais ikan todak,
     Hendak diparut bukannya terung;
Hendak ditangis bukannya budak,
     Hendak terbang bukannya burung.


Lihat selanjutnya...(435)
Peribahasa

Diberi sejengkal hendak sehasta,
     diberi sehasta hendak sedepa.

Bermaksud :

Diberi sedikit, lalu hendak minta banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dibenarkan duduk di serambi, hendak bermaharajalela di tengah rumah, b. Seperti Belanda minta tanah).

 

Lihat selanjutnya...(230)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
lalu menyebabkan kertas fotografi menjadi gelap. (KIM) bromide test (ujian bromida) Ujian untuk menentukan kehadiran ion bromida, Br – , dalam larutan akueus. Larutan asid nitrik cair dicampurkan ke dalam larutan yang hendak diuji, di- ikuti larutan akueus argentum nitrat. Pembentukan mendakan kuning pucat yang larut sedikit dalam larutan ammonia menunjukkan kehadiran ion bromi - da. (KIM) bromine test (ujian bromin) Ujian untuk menentukan KEJ) brown ring test (ujian cincin perang/ujian gelang perang) Ujian untuk menentukan kehadiran ion nitrat (NO 3 – ) dalam larutan akueus. Larutan ferum (II) sulfat dicampurkan ke dalam larutan yang hendak diuji. Asid sulfurik pekat dialirkan perlahan-lahan melalui dinding tabung uji supaya terbentuk dua lapisan cecair. Pembentukan cincin atau gelang perang antara dua lapisan cecair tersebut menunjukkan kehadiran ion nitrat

Kembali ke atas