Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hen.ta.man] | هنتمن

Definisi : 1. hasil (kesan, perbuatan dsb) menghentam (melanggar dsb) dgn kuat: ~ akibat pelanggaran menyebabkan kereta itu remuk sama sekali; ~ meteorit dapat meng­hasilkan tenaga kinetik dan haba yg sangat besar; 2. kecaman: ~ hebat Hitler terhadap peraturan atau sistem hidup selepas perang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
hentam
Kata Terbitan : berhentam, menghentam, hentaman,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
impacthentamanMekanikGunaanPerlanggaran di antara dua jasad yang berlaku dalam suatu tempoh yang amat singkat dan menyebabkan terbitnya daya sesenyut yang besar. Misalnya, pukulan penukul pada kepala paku. Hentaman dikategorikan melalui dua cara; pertama, berdasarkan kedudukan pusat jisim jasad-jasad berkenaan berbanding dengan garis hentaman dan kedua, berdasarkan arah halaju jasad-jasad itu berbanding dengan garis hentaman. Daripada pengelasan pertama diperoleh hentaman pusat dan hentaman sipi, dan daripada pengelasan jenis kedua diperoleh hentaman tepat dan hentaman serong. Lihat juga garis hentaman, hentaman pusat, hentaman serong, hentaman sipi, hentaman tepat, satah hentaman.
plastic impacthentaman plastikMekanikGunaanHentaman yang dedenyut pemulihan tidak dikenakan pada jasad-jasad yang terlibat. Pekali pemulihan, e, yang berpadanan adalah sifat. Kedua-dua jasad yang mengalami hentaman plastik bersatu selepas hentaman itu dan bergerak dengan halaju sepunya. Tenaga yang hilang adalah maksimum. Hentaman ini juga dinamai hentaman tak anjal atau hentaman tak kenyal. Lihat juga dedenyut pemulihan, pekali pemulihan.
direct impacthentaman langsungKejuruteraanTiadaHentaman langsung: Hentaman yang berlaku dalam keadaan halaju kedua-dua jasad yang berhentaman mengarah pada sepanjang garis hentaman.
line or impactgaris hentamanFizikMekanik1. Garis sepunya melalui titik persentuhan yang serenjang terhadap permukaan dua jasad yang berlanggaran. Perlanggaran atau hentaman dikatakan perlanggaran hentaman terus, jika halaju pusat-pusat jisim jasad berkenaan sebelum perlanggaran, selari dengan garis hentaman. Jika tidak, ia dikatakan jasad yang berlanggaran itu berada di atas garis hentaman, ia dikatakan perlanggaran pusat. 2. Garis yang bertangen kepada trajektori di titik perlanggaran.
elastic impacthentaman anjalMekanikGunaanHentaman unggul yang berlaku tanpa melibatkan kehilangan tenaga. Dalam hentaman ini, dedenyut ubah bentuk SP dt sama nilainya dan berlawanan halanya dengan dedenyut pemulihan SR dt; nilai pekali pemulihan, e, yang berpadanan ialah 1. Dalam keadaan sebenar, hentaman anjal tidak mungkin berlaku kerana semua hentaman akan melibatkan kehilangan tenaga yang dijelmakan kepada bentuk yang lain. Lihat juga dedenyut ubah bentuk, dedenyut pemulihan, pekali pemulihan. Sinonim hentaman kenyal.
impact bendinglentur hentamanPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanUjian lentur sampel kayu dengan memberikan beban hentaman bagi menghasilkan kesan tegasan untuk menilai kekuatan menahan hentaman kayu berkenaan. Biasanya ujian ini dijalankan menggunakan ujian lentur hentaman piawai yang tertentu.
line of impactgaris hentamanMekanikGunaanGaris normal sepunya terhadap permukaan yang bersentuhan pada masa berlakunya hentaman. garis ini melalui titik sentuh. Jenis hentaman ditentukan dengan melihat arah gerakan pusat jisim jasad-jasad berkenaan berbanding dengan garis hentaman.
impact loadbeban hentamanKejuruteraanKejuruteraan MekanikKesan dinamik terhadap jasad diam atau bergerak apabila dikenakan hentaman yang sangat kuat dalam masa yang singkat oleh jasad bergerak yang lain. Contoh kesan ini dapat diperhatikan dalam ujian hentaman Izod dan Charpy, ujian hentaman pada model kereta, telefon bimbit dan komputer riba untuk menguji ketahanan produk.
Izod impact testujian hentaman izodPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanUjian hentaman dengan menjatuhkan bandul yang mempunyai tenaga 163 Joule ke atas spesimen kayu paiwai dengan halaju 3.5 meter per saat. Jarak ketinggian hentaman bandul dapat menentukantenaga yang diserap oleh spesimen dan menunjukkan kekuatan hentaman spesimen tersebut.
central impacthentaman pusatMekanikGunaanHentaman yang berlaku dengan pusat jisim dua jasad yang berhentaman itu berada pada garis hentaman.
12345678910...

Kembali ke atas