Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[her.ba] | هربا

Definisi : sj tumbuhan kecil yg batangnya (lembut) tidak berkayu, daunnya dapat dibuat makanan, ubat, dan pewangi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[her.ba] | هربا

Definisi : jenis tumbuh-tumbuhan yg batangnya rendah dan tidak berteras (ada yg daunnya dibuat ubat atau dimakan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
herba
Rujuk :tumbuh, tumbuhan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RACUN HERBA

Racun herba ialah sebatian kimia yang digunakan

untuk mengawal dan memusnahkan tumbuhan yang

tidak dikehendaki. Racun herba kadangkala dikenali

sebagai racun rumpai. Petani menggunakan racun

herba untuk mengawal pertumbuhan rumpai di

celah-celah tanaman. Kita juga menggunakan racun

herba untuk menghapuskan rumpai di laman,

taman, kawasan perindustrian, dan kawasan-kawasan

lain.

UMUM 
HERBA UMUM 
MARJORAM

Marjoram ialah nama popular bagi sekumpulan

herba yang tergolong dalam famili pudina. Herba

ini tumbuh liar di kawasan Mediterranean dan di

Asia. Marjoram juga dinamakan sebagai oregano.

UMUM 
LIKUORIS

Likuoris ialah herba yang mengandungi perisa

serta sebatian berguna bagi kegunaan perubatan.

Perisanya terdapat pada akar dan rizom herba yang

panjang serta manis rasanya. Akar dan rizomnya

mengandungi sebatian, yang dikenali glisirizin,

kira-kira 50 kali lebih manis daripada gula. Likuoris

adalah tumbuhan saka, iaitu ia hidup lebih

daripada satu musim pertumbuhan.

UMUM 
GULAI

GULAI, lauk berkuah. Bahan utama gulai ialah daging, ikan air tawar atau ikan laut yang dimasak bersama-sama santan, dicampur rempah dan herba-herba lain. Di utara Semenanjung, gulai dikenal sebagai kari. Masakan ini berasaskan kari ala-India. Di tempat-tempat lain di Semenanjung,kari tidak termasuk dalam kategori gulai.

BUDAYAKonsep
TENGGEK BURUNGTanaman herbaPERTANIANFlora dan Fauna
TEMU LAWAKTanaman herbaPERTANIANFlora dan Fauna
PSILIUM

Psilium ialah herba yang ditanam di selatan

Eropah dan India. Ia mengeluarkan biji yang

digunakan sebagai ubat. Biji psilium mempunyai

kualiti julap dan digunakan dalam perubatan.

Apabila bijinya dilembapkan, ia kelihatan seperti

gelatin.

UMUM 
PORTULAKA

Portulaka ialah nama sekumpulan herba yang

mempunyai bunga kecil berwarna merah, kuning,

samar, putih, atau ungu. Lumut ros di Brazil, yang

ditanam sebagai bunga taman, tumbuh leper di

atas tanah atau setinggi 30 sentimeter. Daunnya

halus, berisi, kira-kira 2.5 sentimeter panjangnya.

Portulaka laman dapur yang juga dikenali sebagai

purslane , tumbuh kira-kira 45 sentimeter tingginya dan

mempunyai bunga kuning terang kira-kira 15 milimeter

lebarnya, dan daun yang lebar.

UMUM 
POKEWEED

Pokeweed ialah sejenis pokok herba saka yang

tinggi dan bercabang dengan bunga hijau –

keputihan dan batang berwarna merah. Ia berasal

dari timur Amerika Utara, dan telah diperkenalkan

ke barat Amerika Utara dan ke benua lain.

Pokeweed tumbuh antara satu dan tiga meter tinggi.

UMUM 
123456

Kembali ke atas