Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[her.ba] | هربا

Definisi : sj tumbuhan kecil yg batangnya (lembut) tidak berkayu, daunnya dapat dibuat makanan, ubat, dan pewangi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[her.ba] | هربا

Definisi : jenis tumbuh-tumbuhan yg batangnya rendah dan tidak berteras (ada yg daunnya dibuat ubat atau dimakan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
herba
Rujuk :tumbuh, tumbuhan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
herbal starting materialbahan mula herbaHerbaTiadaSebarang bahan mentah ramuan herba yang digunakan sebagai asas dalam pengilangan suatu produk herba. Bahan mula herba boleh terdiri daripada sediaan herba. Lihat juga sediaan herba.
ratio of herbal substance to genuine herbal preparation (DER genuine)nisbah bahan herba dalam sediaan herba tulenHerbaTiadaNisbah kuantiti bahan herba dalam kuantiti sediaan herba tulen yang terhasil dan diungkapkan sebagai (a - b) : 1. Angka (dinyatakan sebagai julat sebenar) di sebelah kiri menyatakan kuantiti relatif bahan herba sementara angka di sebelah kanan menyatakan kuantiti relatif sediaan herba tulen yang terhasil. Contohnya, julat 10 -15 kg bahan herba menghasilkan 1 kg sediaan herba tulen memberikan nisbah penyediaan herba dalam herba tulen 10 - 15 : 1.
quantified herbal substancebahan herba terkuantitiHerbaTiadaBahan herba yang diselaraskan kandungan juzuk aktif dalam julat boleh diterima. Pelarasan ini dicapai melalui pengadunan beberapa kelompok bahan herba. Bagi bahan serbuk herba, bahan herba terkuantiti dinyatakan sebagai juzuk yang jelas dalam kuantiti julat yang ditentukan. Contohnya, 4 g serbuk kulit kayu batang Salicis cortex mengandungi 40 - 48 mg jumlah glikosida fenolik yang diwakili salisin.
standardised herbal substancebahan herba terpiawaiHerbaTiadaBahan herba yang diselaraskan kandungan juzuk berterapi dalam had boleh diterima. Pemiawaian ini dicapai melalui pelarasan bahan herba dengan eksipien atau pengadunan beberapa kelompok bahan herba. Bagi bahan serbuk herba, kuantiti bahan herba dinyatakan dalam julat yang sepadan dengan kuantiti juzuk berterapi. Contohnya, 415 - 500 mg serbuk daun herba Sennae folium terpiawai mengandungi 12.5 mg glikosida hidroksiantrasena yang dihitung berasaskan senosida B.
herb preparationsediaan herbaHerbaFitokimiaDrug herba yang telah melalui proses pengekstrakan, penyulingan, pemeringkatan, pemerahan, penulenan, pemekatan atau penapaian. Sediaan herba merangkumi serbuk herba, tinktur, ekstrak, minyak pati, perahan jus dan rembesan yang diproses.
herbal pilot plantloji perintis herbaHerbaTiadaLoji industri herba berskala kecil yang dirancang dan dibina untuk mendapatkan pengalaman, data dan maklumat bagi mengendalikan loji sebenar nanti. Contohnya, loji perintis untuk pengekstrakan herba. Sinonim loji pandu herba.
herbal suspensionampaian herbaHerbaTiadaSediaan herba yang mengandungi bahan pepejal halus yang tak larut, dan tersebar dalam suatu medium cecair. Ampaian digunakan untuk menyediakan herba yang tak larut dalam bentuk dos cecair. Sediaan ini harus digoncang sebelum digunakan. Contohnya, ubat batuk herba.
herbal quality controlkawalan kualiti herbaHerbaTiadaProses penentuan bahan mentah dan sediaan herba mematuhi piawaian dan spesifikasi yang ditetapkan bagi menjamin kesesuaian penggunaannya. Kawalan kualiti herba merupakan sebahagian daripada jaminan kualiti herba yang melibatkan pelbagai jenis analisis fizikal, kimia dan biologi. Contohnya, analisis makroskopi, mikroskopi, ciri deria, warna, spektroskopi, kromatografi, logam berat, mikrob, pestisid, gravimetri, assai dan sebagainya.
herbal extractekstrak herbaHerbaTiadaBahan pati yang terhasil melalui pengekstrakan tumbuhan menggunakan pelarut organik, akueus atau gas. Ekstrak herba sejuk dihasilkan melalui rendaman dalam pelarut selama 8-12 jam pada suhu bilik. Ekstrak herba panas dihasilkan melalui pemanasan dalam pelarut pada suhu 60-100�C. Terdapat pelbagai jenis ekstrak iaitu ekstrak, kering, ekstrak cair, tinktur, ekstrak bendalir dan ekstrak likat. Ekstrak digunakan untuk penghasilan produk penjagaan kesihatan dan kosmetik seperti sediaan kapsul, syampu dan krim herba. Contoh ekstrak herba ialah ekstrak alkohol tongkat ali atau ekstrak air kacip fatimah. Sinonim ekstrak tumbuhan.
herbal drugdrug herbaHerbaTiadaBahan drug yang terdiri daripada tumbuhan, bahagian tumbuhan (daun, akar, kulit kayu dan lain-lain), alga, fungi dan liken sama ada dalam bentuk utuh, berfragmen atau terpotong, tidak diproses dan dalam bentuk kering atau segar. Eksudat herba yang diproses juga dianggap drug herba. Drug herba ditakrifkan secara khusus menggunakan nama saintifik botani mengikut sistem binomial (genus, spesies, varieti dan pengarang).
12345678910...

Kembali ke atas