Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hé.ro] | هيرو

Definisi : (héro) 1. orang yg terkenal atau disegani kerana keberanian (kegagahan, peribadi yg mulia, dll); 2. watak lelaki utama dlm cerita drama, filem, dll: Inu Kertapati menjadi ~ dlm cerita-cerita Panji. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hé.ro] | هيرو

Definisi : /héro/ 1 orang yg dipandang mulia dan dihormati kerana keberanian atau kegagahannya. 2 tokoh lelaki yg memegang peranan utama dlm sesebuah cerita dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hero


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ALADDIN

Aladdin ialah salah seorang hero dalam Kisah

Seribu Satu Malam. Kisah ini berasal dari Parsi

tetapi ia ditokok tambah berdasarkan pegangan

dan pandangan penceritanya, iaitu seorang wanita

Islam bernama Syahrizat.

UMUM 
MENTOR

Mentor ialah seorang sahabat yang lebih tua,

dan penasihat kepada Odysseus, hero kepada

epik Yunani purba, Odyssey. Sebelum Odysseus

(Ulysses dalam bahasa Latin) pergi bertempur

dalam Perang Trojan, dia melantik Mentor

sebagai penjaga anak lelakinya, Telemachus.

Dengan bimbingan Mentor, dewa Athena telah

menolong Telemachus mencari Odysseus. Hari

ini, perkataan mentor bererti seorang kaunselor

yang baik dan boleh dipercayai.

UMUM 
REGULUS, MARCUS ATILIUS

Regulus, Marcus Atilius ( ?–249? S.M. ) ialah

jeneral Rom yang menjadi hero. Kisah hidupnya

diceritakan berulang kali sebagai teladan atas sifat

patriotnya yang tulen. Sebagai konsul (ketua wakil

kerajaan) pada tahun 256 S.M., dia mengetuai

kejayaan serangan Rom ke atas Carthage di Afrika

dalam Perang Punic I (lihat Perang Punic ).

UMUM 
DEWEY, GEORGE

Dewey, George (1837–1917) ialah pegawai

tentera laut Amerika yang termasyhur sebagai hero

Manila dalam Perang Amerika–Sepanyol (1898).

UMUM 
ANDERSON, MAXWELL

Anderson, Maxwell (1888–1959), penulis drama

Amerika, memperkenalkan keseriusan dan idealisme

ke dalam teater. Dia menulis beberapa drama

realistik, termasuk drama perang What Price Glory?

(bersama-sama Laurence Stallings, 1924) dan

melodrama psikologikal The Bad Seed (1955). Tetapi

sumbangannya yang utama ialah drama sejarah,

drama puisi, dan percubaan untuk menghidupkan

semula tragedi hero tradisional dalam teater moden.

UMUM 
AJAX THE LESSER

Ajax the Lesser ialah putera Raja Oileus dalam

mitologi Yunani yang merupakan pahlawan Yunani

yang bertempur dalam Perang Trojan. Namanya

dalam bahasa Latin ialah Ajax, sementara dalam

bahasa Yunani ialah Aias . Dia dikenali sebagai Ajax the Lesser

bagi membezakannya dengan Ajax the Greater, hero

Yunani yang juga bertempur semasa Perang Trojan.

UMUM 
MONTE CRISTO

Monte Cristo ialah pulau di Itali yang kecil tandus

di Laut Mediterranean. Untuk lokasi, lihat Itali (peta

rupa bumi). Keluasannya 10 kilometer persegi. Pada

zaman purba ia dikenali sebagai Oglasa. Ia menjadi

terkenal melalui novel Alexandre Dumas The

Count of Monte Cristo. Novel itu menceritakan

bagaimana hero menjumpai harta di pulau

tersebut. Sebahagian besar pulau ini ialah gunung

granit yang setinggi 610 meter di atas aras laut.

Pada suatu masa dahulu, para rahib Benedictine

mempunyai sebuah biara di Monte Cristo. Pada

tahun 1553, mereka meninggalkan tempat tersebut

kerana diserang lanun. Lebih daripada 300 tahun

kemudian kerajaan Itali cuba menubuhkan sebuah

petempatan banduan di Monte Cristo. Tetapi

rancangan ini tidak berjaya.

UMUM 
SHARIF, OMAR

Sharif, Omar (1932– ) ialah nama pentas bagi

pelakon kelahiran Mesir. Dia menjadi bintang filem

terkenal apabila filem yang dibintanginya,

Lawrence of Arabia (1962) memenangi Academy

Award. Dia mengukuhkan statusnya apabila

melakonkan watak utama dalam filem Dr. Zhivago

(1965). Kedua-dua filem ini dihasilkan oleh

pengarah berketurunan British, David Lean. Pada

mulanya, Omar Sharif melakonkan watak hero

yang romantik, iaitu watak stereotaip yang sukar

dielakkannya. Kemudian, dia melakonkan watak

komedi ringan. Minat peribadinya adalah untuk

menjadi pelakon bertaraf dunia. Omar Sharif lahir

di Iskandariah. Nama sebenarnya ialah Michael

Shalhoub.

UMUM 
STURGES, PRESTON

Sturges, Preston (1898–1959) ialah penulis dan

pengarah filem Amerika. Dia terkenal kerana

filemnya yang secara terang-terang

mempersendakan aspek kehidupan orang

Amerika. Filem The Great McGinty (1940)

mempersendakan penyangak politik. Sullivan’s

Travels (1941) menyerang nilai-nilai kepalsuan yang

dilihat oleh Sturges di Hollywood. The Miracle of

Morgan’s Creek (1944) dan Hail the Conquering

Hero (1944) memaparkan politik sebuah bandar

kecil dan pemujaan terhadap wira tentera. Sturges

juga menulis dan mengarahkan Christmas in July

(1940), The Lady Eve (1941), dan Unfaithfully Yours

(1948). Kesemuanya menunjukkan kemahiran

Sturges dalam menulis dialog lucu dan mencipta

komedi slapstick.

UMUM 

Kembali ke atas