Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hias] | هياس

Definisi : ; almari ~ almari bercermin tempat me­nyimpan barang-barang perhiasan dll; tukang ~ orang yg kerjanya menghias, juru­hias; berhias 1. = ~ diri berdandan diri dgn pakaian (barang kemas dsb) yg cantik, berkemas diri dgn barang yg indah-indah: Bendahara Seri Maharaja pun terlalu baik rupanya lagi sangat ~; janda ~ janda yg belum beranak (dibenarkan berpakaian pengantin apabila berkahwin lagi); mandi ~ upacara mandi sebelum pengantin perempuan dinikahkan; 2. = berhiaskan diperindah (diperelok) dgn: tangga rumahnya ~ pasu-pasu bunga; menghias menjadikan sesuatu lebih cantik atau elok (dgn barang yg indah-indah, gambar, solekan, dll): orang perempuan spt Cik Mahaya ini, memang pintar ~ kamar; menghiasi menyebabkan kelihatan lebih cantik atau elok: nasi adap-adapan yg dihiasi emas pun diangkat oranglah ke hadapan baginda; lampu berwarna-warni ~ rumah­nya; senyuman yg manis ~ wajahnya; menghiaskan mencantikkan (mengindah­kan) dgn sesuatu: dia ~ sebutir kerosang pd bajunya; terhias telah dihiasi dgn sesuatu: pandang­annya kadang-kadang beralih kpd jam­bang­an bunga yg ~ indah di atas meja; hiasan segala yg digunakan utk menghiasi sesuatu: sekeping gambar wanita telah dijadikan ~ kulit majalah itu; ~ dalaman seni menghias dan melengkapi perabot sesebuah rumah, pejabat, dll; perhiasan sesuatu yg digunakan utk berhias atau menghias: Raja Ahmad pun diarak oranglah bergajah dgn selengkap ~ pakaian segala raja-raja; penghiasan perihal (perbuatan, proses dsb) menghias, menghiasi atau menghiaskan: beliau merancangkan ~ semula rumahnya; penghias 1. tukang hias, juruhias; 2. yg meng­­hiasi sesuatu: ukiran-ukiran tradisional ~ ruang tamunya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hias] | هياس

Definisi : ; berhias 1 = ~ diri memakai pakaian (barang-barang kemas dll) supaya cantik atau indah dipandang; bersolek; berdandan: Gadis itu pandai ~. 2 (telah) diperelok. berhiaskan memakai sesuatu utk memperindah; diperelok dgn; diperindah dgn: Semua bangunan dan rumah kedai di pekan itu ~ bendera yg berwarna-warni. menghias menjadikan sesuatu lebih cantik (dgn barang yg indah-indah, gambar dll): Dia ~ biliknya dgn gambar dan kertas yg berwarna-warni. menghiasi menyebabkan kelihatan lebih cantik: Bintang-bintang ~ langit. Gambar yg berwarna-warni ~ ruangan itu. terhias telah atau sudah dihias: Pandangan mereka tertumpu pd jambangan bunga yg ~ indah di atas meja. hiasan hasil menghias: ~ di dlm bilik itu sungguh menarik. perhiasan sesuatu yg digunakan utk berhias atau menghias: Isteri saudagar itu menyimpan barang ~ yg mahal-mahal. penghiasan perihal atau perbuatan menghias: Beliau merancang ~ semula rumahnya. penghias orang yg menghias. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hias
Kata Terbitan : berhias, menghiaskan, hiasan, perhiasan, penghias,

Puisi
 

Air pasang tenang di hulu,
     Kain tudung hias di pintu;
Jika terkenang masa dahulu,
     Jantung berperang dengan hempedu.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bakul hiasbakul hiasKesenianTiadaBakul yang digunakan sebagai alat hiasan dalam bentuk minitur.
kaskasKesenianTiadaAlmari besar yang mempunyai dua daun pintu, birai hias dan panel hias yang bermotifkan bunga.
ornate languagebahasa hiasKesusasteraanPuisiPenggunaan bahasa dengan tujuan menonjolkan unsur dan nilai estetiknya. Bahasa kiasan ataupun bahasa metafora merupakan bahasa hias. Namun penggunaan bahasa dengan tujuan hias dalam sesebuah puisi itu seimbang dengan pemikiran yang hendak diungkapkan.
archivolthias gerbangKesenianHiasan DalamanArkitraf berukir memanjang yang terletak di permukaan hadapan gerbang. Hias gerbang digunakan dengan gaya Roman dan Romanesque, termasuklah pada bangunan yang terdapat di kawasan perkampungan Anglo-Saxon pada era awal Norman. Kini, hias gerbang mempunyai sisi yang timbul atau dipotong serong.
cornicebirai hiasSosiologiTiadaBirai hias: Birai pada perabot, pintu dan sebagainya yang mempunyai hiasan pada bahagian yang terunjur di atas tembok atau tingkap.
cornicebirai hiasKesenianTiadaBirai hias: Birai pada perabot, pintu dan sebagainya yang mempunyai hiasan pada bahagian yang terunjur di atas tembok atau tingkap.
cornicebirai hiasKesenianTiadaBirai hias: Birai pada perabot, pintu dan sebagainya yang mempunyai hiasan pada bahagian yang terunjur di atas tembok atau tingkap.
fagotingjahit cantum hiasKesenianTiadaJahit hias yang digunakan untuk mencantum dua keping fabrik yang menghasilkan ruang berhias di antaranya.
faggotingjahit cantum hiasKesenianTiadaJahit hias yang digunakan untuk mencantum dua keping fabrik yang menghasilkan ruang berhias di antaranya.
tuckselit; tisu hiasKesenianTiadaLisu hias: Lipatan kecil berjahit yang tidak melebihi 1 cm sebagai hiasan pakaian.
12345678910...

Kembali ke atas