Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hia.san] | هياسن

Definisi : segala yg digunakan utk menghiasi sesuatu: sekeping gambar wanita telah dijadikan ~ kulit majalah itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hia.san] | هياسن

Definisi : hasil menghias: ~ di dlm bilik itu sungguh menarik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hias
Kata Terbitan : berhias, menghiaskan, hiasan, perhiasan, penghias,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
HIASAN DALAMAN UMUM 
MENGUKIR

Mengukir ialah seni memahat figura, hiasan,

atau objek dengan tangan untuk hiasan pada

bahan seperti batu, marmar, kayu, gading, tulang

dan cangkerang. Istilah seni arca menunjukkan

ukiran besar pada batu, marmar atau kayu. Istilah

mengukir merujuk kepada seni arca kecil dan

kepada hiasan yang diukir pada perabot atau

bahagian bangunan.

UMUM 
ARABES

Arabes ialah satu seni menyambung dan

mencorakkan unsur-unsur hiasan Arab yang

mempunyai keistimewaan seni Arab Islam. Ia juga

dikenali sebagai seni hiasan Arab. Bidang seni ini

diterokai di dalam satu gerakan menggunakan

tumbuhan dan daun-daunnya untuk membentuk

pada kreativiti seniman semasa mengolah dan

menggunakan garisan-garisan yang bersambung,

bersentuhan dan berjauhan. Gabungan khayalan

dan perasaan seniman dengan menyeragamkan

pembinaan dalam pembentukan hiasan pembinaan

seperti segi empat, segilapan yang telah tersusun

dan bintang-bintang yang memiliki banyak kepala

seperti bintang yang mempunyai 10 dan 16 kepala.

UMUM 
MAKRAMI

Makrami ialah seni atau teknik untuk membuat

barangan dan praktikal hiasan dengan

menyimpulkan tali, kord atau benang besar. Hasil

seni ini boleh digunakan untuk membuat pakaian,

tali pinggang dan dompet dan juga arca, hiasan

gantung di dinding serta barangan perhiasan lain.

UMUM 
TAMPAL HIAS

Tampal hias ialah proses hiasan yang digunakan

dalam menjahit dan membuat pakaian. Ia termasuk

menjahit potongan kain yang telah direka bentuk ke

atas helaian yang lebih besar. Bahagian tepi helaian

yang direka bentuk itu biasanya dilipat. Kemudian ia

dijahit ke atas helaian kain yang besar dengan

jahitan yang kecil dan tersembunyi atau jahitan

hiasan.

UMUM 
RENDA

Renda ialah fabrik hiasan yang terdiri daripada

corak benang berupa kain net yang terbuka. Renda

yang paling halus diperbuat daripada benang

linen, tetapi kapas, sutera, bulu bebiri, serat

buatan, malah benang emas dan perak juga turut

digunakan. Reka bentuk pada kebanyakan jenis

renda, terdiri daripada corak bunga atau daun.

Reka bentuk yang lain mempunyai corak haiwan,

bentuk manusia dan benda-benda seperti tiang

dan skrol. Kebanyakan renda digunakan untuk

menghias pakaian dan untuk membuat barang-barang

perhiasan untuk rumah dan gereja.

UMUM 
MULBERI

Mulberi ialah pokok hiasan yang buahnya berjus

dan berisi. Buahnya berwarna putih, merah, atau

ungu dan kelihatan seakan-akan beri hitam. Setiap

satunya terdiri daripada segugus buah kecil berbiji

satu. Buah ini menjadi tarikan burung, yang

memakannya dan menyebarkan bijinya. Sesetengah

jenis mulberi, terutamanya mulberi putih dan

mulberi hitam , ditanam untuk buahnya, yang dipetik

dan dimakan mentah atau dibuat jem dan wain.

Bunga mulberi berwarna putih kehijauan dan

tergantung bergugus-gugus. Ia didebungakan oleh

angin.

UMUM 
SULAMAN

Sulaman ialah seni menjahit hiasan di atas fabrik

atau bahan yang seumpamanya dengan

menggunakan jarum dan benang. Jahitan itu boleh

dicantum untuk dijadikan pelbagai corak, termasuk

bunga, binatang, manusia, dan corak abstrak. Corak

dilukis di atas fabrik, dan kemudian disulam, atau

corak direka semasa menyulam.

UMUM 
TATAH DALAM

Tatah dalam ialah sejenis hiasan yang biasanya

dibuat dengan membuat reka bentuk pada

permukaan sesuatu bahan dan mengisi reka bentuk

ini dengan bahan lain yang sering kali berbeza

dengan ketara. Tatah dalam biasanya dikaitkan

dengan perabot kayu. Jenis tatah dalam yang paling

biasa mempunyai jaluran kecil kayu berwarna cerah

yang dilekatkan pada latar kayu berwarna lebih

gelap, seperti mahagoni.

UMUM 
ART NOUVEOU

Art nouveou ialah gaya reka bentuk hiasan

yang berkembang subur dari tahun 1890-an

hingga kira-kira tahun 1910. Istilah art nouveau

bererti seni baru dalam bahasa Perancis. Istilah ini

berasal daripada balai seni lukis Paris Maison de

l’Art Nouveau . Balai seni lukis tersebut

mempamerkan banyak karya yang dicipta

menggunakan gaya reka bentuk ini.

UMUM 
1234567

Kembali ke atas