Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hia.san] | هياسن

Definisi : segala yg digunakan utk menghiasi sesuatu: sekeping gambar wanita telah dijadikan ~ kulit majalah itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hia.san] | هياسن

Definisi : hasil menghias: ~ di dlm bilik itu sungguh menarik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hias
Kata Terbitan : berhias, menghiaskan, hiasan, perhiasan, penghias,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ornamental fishikan hiasanPertanianAgroteknologiIkan yang dipelihara untuk tujuan hiasan. Ikan hiasan diletakkan di dalam akuarium berasaskan warna, bentuk badan dan ciri-ciri yang unik. Ikan hiasan mempunyai nilai ekonomi yang tinggi. Contoh ikan hiasan termasuk arowana, ikan pelaga, ikan kap jepun dan ikan flowerhorn. Sinonim ikan akuarium.
decorative reliefhiasan timbulArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiUkiran atau lukisan yang dihasilkan pada bahagian permukaan batuan untuk menceritakan sesuatu peristiwa, pengajaran atau hiasan. Hasil ukiran kelihatan timbul, manakala pada bahagian belakangnya akan tenggelam. Hiasan timbul dikenali juga sebagai hiasan bas. Ukiran antara hiasan timbul pada batuan yang menceritakan sesuatu peristiwa atau pengajaran dikenali sebagai panel hiasan. Hiasan timbul ditemui pada monumen keagamaan. Contohnya, masjid yang dijadikan lambang simbolis, dan candi yang diukir kisah pewayangan.
onlayhiasan permukaanKesenianTiada1. Hiasan permukaan: Hiasan yang ditampal pada permukaan kayu.
geometrical decoratedhiasan geometriKesenianHiasan DalamanSeni hiasan dengan unsur corak geometri yang terdapat pada kebanyakan seni bina Inggeris. Gaya hiasan ini popular pada abad ke-13, khususnya gaya yang memaparkan corak kerawang berbentuk geometri.
ornamental contentkandungan hiasanKesusasteraanTiadaBahagian dalam teks puisi atau prosa yang dianggap kurang penting. Bahagian ini biasanya memaparkan aksi yang remeh-temeh, pemerian rinci dan panjang lebar yang bersifat hiasan. Kandungan hiasan berbeza dengan kandungan generatif yang merupakan bahagian penting dalam teks. Kandungan hiasan banyak terdapat dalam genre lipur lara. Dalam karya ini, kandungan hiasan berfungsi menimbulkan keindahan, kekaguman, dan keasyikan. Kandungan hiasan biasanya terdapat dalam bentuk pemerian tentang istana, taman bunga, pakaian putera-puteri, kenduri-kendera, keramaian atau perkelahan. Contohnya, pemerian sebuah taman diungkapkan seperti yang berikut: �Maka dilihat oleh Inderaputera pasirnya itu daripada emas urai, dan batunya itu daripada permata yang indah-indah. Syahadan kersiknya daripada mutiara, dan rumputnya daripada kumkuma, dan tanahnya daripada kesturi, dan airnya daripada air mawar, dan di tepi tasik itu beberapa pohon anggur dan pohon zabib dan pohon delima, dan buah-buahan yang indah-indah di tepi sungai itu.� (Hikayat Indera Putera). Pemerian kecantikan seorang puteri pula diungkapkan seperti yang berikut: �pipinya bagai pauh dilayang, bahunya seperti bahu wayang, lehernya suka ditentang dayang, pinang dimakan berbayang-bayang, hidungnya seperti kuntum melur, wajahnya laksana kuning telur, putih sifatnya warna hablur, berpatutan sanggul mayang mengekur, bibirnya seperti pati dicarik, lehernya laksana gumba dilarik, berpatutan sunting bunga anggerik, demikianlah bertambah rupanya baik�. (Syair Bidasari) Banding kandungan generatif.
acanthusakantusKesenianHiasan DalamanHiasan bermotifkan daun pokok akantus yang berasal dari Mediterranean. Corak akantus banyak digunakan sebagai elemen karakter pada kepala tiang aturan Corinth pada era 4 seni bina klasik. Selain digunakan sebagai hiasan pada kepala tiang, akantus juga digunakan sebagai motif hiasan dinding dan perabot.
centrepiecehiasan utamaPentadbiran PerniagaanTiada2. Hiasan utama: Bahan-bahan hiasan untuk menghias meja utama seperti bunga, ukiran ais dan roti keras
entablatureentablaturKesenianHiasan DalamanHiasan pada bahagian atas tiang, yang juga berfungsi sebagai penyokong bumbung. Hiasan dari zaman seni bina klasik ini terdiri daripada tiga bahagian utama yang dikenali sebagai hias jenang, kerawang dan birai hias.
finialbentuk hiasan atasKesenianTiada1. Bentuk hiasan atas: Bentuk hiasan pada bahagian atas atau puncak tiang, tongkat dan sebagainya.
pierced workkerja tebukanKesenianHiasan DalamanHiasan yang mengandungi keseluruhan atau sebahagian besar tebukan. Ciri utama hiasan tebukan ini bertujuan menyerlahkan aliran cahaya ke atas ruang gelap.
12345678910...

Kembali ke atas