Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hi.ba] | هيبا

Definisi : belas kasihan, terharu, sedih, pilu, sayu: semua orang ~ melihat budak-budak itu menangis memanggil ibunya; berhiba = ~ hati dirundung perasaan hiba: sudah berminggu-minggu dia ~ hati; berhiba-hiba menimbulkan rasa belas kasih­an, merawankan hati: ia menjawab dgn suara ~; menghibai menaruh belas kasihan terhadap, mengasihani; menghibakan 1. menimbulkan rasa belas kasihan, menyayukan (menyedihkan, meng­haru­kan) hati: suaranya tenang seolah-olah sudah dapat dilupakannya soal yg ~ hatinya; 2. berasa hiba (terhadap sesuatu): tak perlu dihibakan lagi nasib budak itu, ia telah pun mendapat tempat yg baik; kehibaan; ~ hati perihal hiba, perasaan pilu (terharu): dia tidak dapat menghilangkan ~ hati apabila mengenangkan peristiwa keba­karan rumahnya; penghiba orang yg (mudah) selalu berhiba hati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hi.ba] | هيبا

Definisi : sedih atau pilu (terhadap seseorang yg kemalangan dll); belas dan kasihan; terharu: Maka ~ hati sesiapa saja yg melihat anak-anak yatim piatu itu. berhiba, = ~ hati bersedih atau berperasaan hiba: Dia ~ atas kemalangan yg me­nimpa sahabatnya itu. menghibai berasa hiba atau sedih hati terhadap sesuatu; me­ngasihani: Tidak perlu kita ~ nasib budak itu, ia telah mendapat tempat yg baik. menghibakan menimbulkan atau mendatangkan rasa hiba; mengharukan; menyedihkan: Ratap tangisnya ~ hati. kehibaan, = ~ hati perasaan sedih atau pilu: Dia tidak dpt menghilangkan ~ hatinya apabila mengenangkan peristiwa kebakaran rumahnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hiba
Rujuk :sedih

Puisi
 

Kalau tuan menanam betik,
     Siram dengan air sejuk;
Jangan hiba bunga yang cantik,
     Nanti tuan turut telunjuk.


Lihat selanjutnya...(5)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
wistfuladj hiba, sayu: he grew silent and ~, dia berdiam diri dan hiba; she watched them leave with ~ eyes, dia memandang mereka pergi dgn pandangan hiba; I was touched by the ~ expression on her face, saya terharu dgn wajahnya yg hiba; a ~ smile, senyum hiba.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
melancholicadj ( fml or liter.) menung hiba, melankolik: a ~ smile, senyum menung hiba;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
melancholyn (ber)murung hiba: after the death of her husband she fell into deep ~, selepas kematian suaminya dia bermurung hiba.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
melancholyadj 1. depressed, sorrowful, menung hiba, melankolik: she looked lonely and ~, dia kelihatan sepi dan menung hiba; 2. causing depression or sadness, menghibakan: ~ news, berita yg menghibakan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
melancholicn penderita /menung hiba, melankolia/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
melancholian ( fml or liter. ) sifat menung hiba, melankolia.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
griefn 1. great sorrow, /kesedihan, kehibaan, kepiluan/ (yg amat sangat), rasa (amat) /sedih, hiba, pilu/: a mother’s ~ at the loss of her son, kepiluan yg amat sangat seorang ibu atas kematian anak lelakinya; 2. cause of distress, anxiety, (sst yg) mengakibatkan /kesedihan, kehibaan, kepiluan/ (yg amat sangat): his second marriage was a complete surprise and a great ~ to her, perkahwinan kali keduanya menyebabkan isterinya terkejut dan mengakibatkan kesedihan yg amat sangat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
grievousadj 1. severe, parah, teruk; (of illness, pain, etc) teruk: ~ bodily harm, cedera parah; ~ wound, luka teruk; he suffered ~ injuries during the war, dia mengalami cedera parah semasa perang; ~ pain, sakit teruk; 2. serious, besar: a ~ error that cost many lives, kesilapan besar yg telah mengorbankan nyawa yg banyak; a scandal that might do ~ damage to the company’s image, skandal yg mungkin membawa kerosakan yg besar kpd imej syarikat itu; 3. full of grief, penuh hiba: a ~ cry, tangisan penuh hiba; 4. causing grief or sorrow, menyedihkan, mendukacitakan, memilukan, menghibakan: his death was a ~ loss to the nation, kematiannya merupakan kehilangan yg memilukan seluruh negara itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas