Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hi.bu.ran] | هيبورن

Definisi : sesuatu (perbuatan, benda, dll) utk menghiburkan (menyenangkan, menente­ram­­­kan) hati: mudah-mudahan cerita ini dapat menjadi ~ kpd sekalian pembaca; taman ~ tempat menghiburkan hati; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hi.bu.ran] | هيبورن

Definisi : se­suatu yg dpt menghibur (menyukakan, menggembirakan) hati: Membaca buku-buku syair atau mendengar orang membaca syair menjadi suatu ~ kpd nenek moyang kita pd zaman dahulu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hibur
Kata Terbitan : berhibur, menghiburkan, terhibur, hiburan, penghibur,

Peribahasa

Umpama burung,
     tumpang beramai dengan kawan yang banyak.

Bermaksud :

Orang dagang yang mencari hiburan di negeri asing.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Definisi : 1) Hiburan 2) Dokumentari 3) Majalah 4) Drama 5) berita Definisi : 1)Televisyen 2) Genre1. Hiburan bermaksud sesuatu perbuatan, benda, dan sebagainya untuk menghiburkan hati.
2. Dokumentari bermaksud tayangan (filem, televisyen) atau acara radio yang memaparkan (menceritakan) maklumat sebenar tentang sesuatu perkara.
3. Majalah bermaksud terbitan berkala yang mengandungi makalah, fiksyen, gambar foto dan sebagainya.
4. Drama bermaksud karya yang dipersembahkan oleh pelakon di pentas, radio, atau TV.
5. Berita bermaksud maklumat mengenai sesuatu kejadian (peristiwa, diri sendiri, dll) yang disampaikan sama ada secara lisan atau dengan surat dan sebagainya. 
6. Televisyen ialah  penyiaran (pemancaran) gambar hidup (gambar bergerak) berserta bunyi menerusi kabel atau udara pada skrin atau kaca peti televisyen.
7. Genre bermaksud kategori atau jenis karya sastera atau seni yang dicirikan dengan sesuatu gaya, bentuk, atau kandungan tertentu.
Lain-lain17.04.2012
Senarai Majalah dalam kategori i) Sukan ii) Kereta iii) HiburanMajalah DBP tidak ada dalam kategori sukan, kereta, dan hiburan. Yang ada hanyalah kategori kanak-kanak, remaja, dan dewasa; serta bidang: Bahasa, Sastera, Sains Sosial dan Kemanusiaan, Sains dan Teknologi,dan  Ekonomi dan Perniagaan.Lain-lain19.01.2008
Salam. Ayat ini salah atau betul? Kenapa? Rancangan hiburan itu akan disiarkan di TV10 sempena Tahun Baru Cina. Sekian, terima kasih.Rancangan hiburan itu akan disiarkan melalui TV10 bersempena dengan Tahun Baru Cina.Tatabahasa15.07.2014
Mana satu istillah adalah betul ? a) rancangan realiti televisyen b) rancangan televisyen realiti c) rancangan realiti hiburana) rancangan realiti televisyen dan c) rancangan realiti hiburan. Kedua-dua istilah tersebut betul.Tatabahasa22.03.2015
bila anda di sini, anda tidak perlu pusing ke seluruh KL untuk mencari hiburan, kerana semua itu boleh didapati di sini. betulkah ayat ini?Apabila anda berada di sini, anda tidak perlu merayau-rayau ke seluruh KL untuk mencari hiburan, kerana semua itu boleh didapati di sini.Tatabahasa25.06.2008
Assalamualaikum.. Saya ingin bertanyakan satu soalan.. Apakah produk hiburan multimedia ? Adakah ianya seperti alat-alat gadget yang melibatkan permainan atau sebaliknya... Terima kasih..Kamus Dewan Edisi Keempat memberikan tiga makna bagi kata multimedia, iaitu 1. berkaitan dengan penggunaan pelbagai jenis media seperti slaid, televisyen terutamanya dalam membuat persembahan (mengajar, menunjuk cara) 2. berkaitan dengan produk, program yang melibatkan penggunaan grafik, filem, bunyi, data untuk menyampaikan maklumat 3. sistem komputer yg menggabungkan suara, animasi, grafik, teks dan video. Maka, dari segi bahasa, produk hiburan multimedia boleh meliputi apa-apa sahaja alat-alat/peranti yang menggunakan sistem komputer yang melibatkan penggunaan grafik, filem, bunyi, dan data untuk tujuan hiburan, termasuk permainan.Makna19.09.2017
duo bintang @ dua bintang -hiburan tapi berduet/ berduacadangan-serangkai bintangIstilah30.12.2008
Dalam penulisan siaran media kami mengenai program-program hiburan, bagaimana harus kami terjemah 'Gameshow' dalam Bahasa Melayu? Contohnya, Clever Girl is a Gameshow that....Padanan istilah yang sesuai untuk perkataan Game Show ialah Rancangan Mainan AkalIstilah22.02.2019
Apakah fungsi kesusasteraan?Sastera berfungsi untuk memberi hiburan, mengajar dan memberi ilmu pengetahuan. Untuk maklumat lanjut tentang fungsi sastera, saudara disarankan membaca buku Citra Sastera, karangan Sohaimi Abdul Aziz, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, 2008.Lain-lain07.03.2008
sejarah bahasa rojak? pengertian bahasa rojak? penggunaannya dalam majalah hiburan? penguatkuasaannya? penggunaannya dalam lirik lagu? kesan daripada penggunaan bahasa rojak?Artikel dibawah ada kaitan tentang topik tuan : 1. Zurinah Hassan. Jati diri bangsa dalam lirik Dewan Budaya 05 2006. 2. Ramli Sarip Citra bangsa dalam lirik Dewan Budaya 05 2006. 3. La Hami Ahmad Kelemahan Bahasa dalam Lirik Lagu Melayu Pelita Bahasa 09 2001 . 4. Lim Swee Tin Lirik lagu cerminan citra budaya bangsa Dewan Budaya 05 2006 . 5. Ahmad Ramli Melodi + lirik lagu = lagu yang baik Dewan Budaya 02 2007 . 6. Zuraini Abu Bakar Lirik Indah Bahasa Gagah Pelita Bahasa 04 2002 . 7. Wan Mohd. Saophy Amizul Wan Mansor Menentukan Citra Lirik lagu Melayu Pelita Bahasa 07 2003 . 8. Teo Kok Seong Moral dalam Lirik Lagu Under Ground Dewan Budaya 12 2003 .Lain-lain07.12.2007
1234

Kembali ke atas