Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hi.bu.ran] | هيبورن

Definisi : sesuatu (perbuatan, benda, dll) utk menghiburkan (menyenangkan, menente­ram­­­kan) hati: mudah-mudahan cerita ini dapat menjadi ~ kpd sekalian pembaca; taman ~ tempat menghiburkan hati; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hi.bu.ran] | هيبورن

Definisi : se­suatu yg dpt menghibur (menyukakan, menggembirakan) hati: Membaca buku-buku syair atau mendengar orang membaca syair menjadi suatu ~ kpd nenek moyang kita pd zaman dahulu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hibur
Kata Terbitan : berhibur, menghiburkan, terhibur, hiburan, penghibur,

Peribahasa

Umpama burung,
     tumpang beramai dengan kawan yang banyak.

Bermaksud :

Orang dagang yang mencari hiburan di negeri asing.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
HIBURAN UMUM 
TAMAN TEMA

Taman tema ialah pusat hiburan luar yang

menawarkan aktiviti tunggangan, permainan,

pameran, dan pertunjukan yang berdasarkan satu

atau lebih idea istimewa, atau tema. Penggunaan

tema merupakan perbezaan utama di antara taman

tema dan taman hiburan tradisional. Taman hiburan

menawarkan pilihan pelbagai jenis hiburan, seperti

pengenderaan roller-coaster , roda ferris, kuda

pusing, dan permainan sampingan termasuk baling

kelapa, dan galeri sasar. Taman tema menawarkan

hiburan berkaitan antara satu sama lain dengan idea

yang biasa seperti hidupan liar, pengembaraan

angkasa, atau cara manusia hidup pada zaman

silam. Di dalam taman hiburan, pengunjung perlu

membayar untuk setiap permainan, tunggangan,

atau hiburan lain secara berasingan. Di dalam taman

tema, pengunjung biasanya membayar sekali gus

untuk masuk dan menyertai semua acara permainan

dan hiburan.

UMUM 
DEWAN MUZIK

Dewan muzik ialah satu bentuk hiburan yang

mencapai puncak kepopularannya pada akhir

tahun 1800-an dan awal tahun 1900-an di Britain.

Dewan muzik memberi hiburan terutamanya

kepada golongan pekerja miskin.

UMUM 
EJA

EJA, persatuan yang khusus untuk wartawan hiburan. EJA ialah singkatan bagi Entertainment Journalists Association of Malaysia (Persatuan Wartawan Hiburan Malaysia). Persatuan ini ditubuhkan pada 20 Januari 1979 di Kuala Lumpur. Idea awal penubuhannya dikemukakan olah Khalid Jefri, Pengarang Kumpulan Majalah Utusan Melayu ketika itu, agar semua wartawan hiburan bersatu dalam menjalankan tugas mencari bahan berita dan rencana untuk media masing-masing. Persatuan ini juga ditubuhkan bertujuan untuk menambah bilangan wartawan hiburan dan penulis berita hiburan yang mantap, sesuai dengan saranan Menteri Penerangan pada waktu itu, Mohamad Rahmat.

BUDAYAInstitusi/Organisasi
PERTUNJUKAN MINSTREL

Pertunjukan minstrel ialah bentuk hiburan unik

yang terawal di Amerika. Pertunjukan minstrel

bermula pada tahun 1840-an dan mencapai

kemuncak kepopularannya kira-kira pada tahun 1870,

walaupun ia hanya wujud sehingga kira-kira tahun

1900. Kebanyakan pertunjukan minstrel dilakukan

oleh orang kulit putih. Mereka akan menghitamkan

muka mereka jika ingin melakonkan watak orang

kulit hitam. Beberapa kumpulan minstrel orang kulit

hitam juga mengadakan pertunjukan di Amerika

Syarikat. Pertunjukan minstrel memaparkan imej

negatif orang kulit hitam dan imej ini kekal untuk

jangka waktu yang lama selepas persembahan

tersebut.

UMUM 
PANTOMIM

Pantomim ialah sejenis hiburan tradisi pada Hari

Krismas di kepulauan Britain. Pada asasnya,

pantomim pada Hari Krismas mengisahkan cerita

pari-pari (cerita dongeng) seperti Cinderella, atau

nyanyian tadika seperti Humpty Dumpty.

UMUM 
KAROL

Karol ialah nyanyian tradisional yang bersifat

hiburan, biasanya dikaitkan dengan upacara

keagamaan atau perayaan tahunan seperti Krismas,

Hari Easter, atau pesta pada bulan Mei.

UMUM 
KOMUNIKASI

Komunikasi ialah perkongsian maklumat atau

penyediaan hiburan melalui pertuturan, penulisan

atau kaedah-kaedah lain. Jenis komunikasi yang

terpenting kemungkinannya ialah komunikasi

peribadi, yang berlaku apabila seseorang

menyampaikan fikiran dan keinginan mereka

kepada orang lain. Manusia berkomunikasi melalui

banyak cara, termasuk melalui pertuturan, dengan

mengerakkan tangan, malah dengan membuat

mimik muka. Manusia juga menggunakan telefon

dan surat untuk berkomunikasi. Tanpa komunikasi

peribadi, ibu bapa tidak akan tahu keperluan anak-anak

mereka. Guru tidak dapat membantu murid

mereka belajar. Kawan tidak dapat merancang

bersama-sama. Manusia tidak dapat berkongsi

ilmu pengetahuan. Setiap orang perlu belajar

sendiri segala-galanya. Sebenarnya, manusia

berkemungkinan tidak dapat bertahan lebih lama.

UMUM 
RINGLING BERSAUDARA

Ringling bersaudara ialah sekumpulan lima

adik-beradik yang menubuhkan sarkas paling

terkenal dalam sejarah hiburan Amerika Syarikat.

Mereka ialah Albert (1852–1916), Otto (1858–1911),

Alfred (1861–1919), Charles (1864–1926), dan John

(1866–1936). Dedikasi serta kemahiran pengurusan

organisasi membantu mereka membentuk satu

kumpulan kecil pembuat persembahan yang

menjadi salah sebuah sarkas terunggul di dunia.

UMUM 
TEATER

Teater ialah persembahan secara langsung yang

dilakukan di hadapan para penonton. Teater

melibatkan setiap bentuk hiburan, daripada sarkas

hinggalah kepada lakonan. Dalam istilah yang lebih

tradisional, teater ialah bentuk seni yang

melibatkan para pelakon beraksi berdasarkan

skrip. Pelakon, biasanya dengan bantuan seorang

pengarah, mentafsirkan watak dan situasi yang

dicipta oleh penulis drama. Persembahan

dilakukan di hadapan penonton di ruang yang

direka bentuk bagi tujuan itu.

UMUM 
123

Kembali ke atas