Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hi.da.ngan] | هيدڠن

Definisi : 1. makanan yg disediakan, sajian: maka didapatinya Mak Andeh masih bersiap menyajikan ~; ~ Melayu makanan masakan Melayu; 2. sesuatu (spt lagu, muzik, drama) yg diperdengarkan, diperlihatkan, dsb: ma­sing-masing menyandar ke kerusi menden­gar ~ lagu-lagu merdu drpd peti radio; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hi.da.ngan] | هيدڠن

Definisi : 1 makanan atau minum­an yg dihidangkan atau disajikan; sajian: Silalah makan ~ yg tidak sptnya ini. 2 sesuatu yg dipersembahkan (diperdengarkan atau diperlihatkan): Masing-masing bersandar di kerusi mendengar ~ lagu-lagu merdu dr radio. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hidang
Kata Terbitan : berhidang, menghidangkan, hidangan, penghidangan,

Puisi
 

Nanas halwa pisang salai,
     Hidangan kali pertama dara;
Hasrat kecewa cinta terkulai,
     Ingatan mesra tetap ada.


Lihat selanjutnya...(5)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KAVIAR

Kaviar ialah telur masin ikan sturgeon,

sekumpulan ikan besar. Kaviar dianggap sebagai

hidangan istimewa di banyak bahagian di dunia.

UMUM 
TUDUNG SAJI

TUDUNG SAJI, sejenis alat yang direka khas untuk menutup hidangan makanan. Ia boleh menutup hidangan di atas meja, dalam dulang dan juga yang disusun di atas lantai. Kegunaannya semata-mata untuk menutup makanan daripada dihinggapi oleh lalat atau habuk. Hidangan yang ditutup dengan tudung saji boleh dibiarkan beberapa waktu dengan tidak perlu disimpan semula ke dalam periuk atau belanga.

BUDAYAAlat/Alatan
SAYUR

Sayur adalah mana-mana satu daripada banyak

makanan berkhasiat yang diperoleh daripada daun,

akar, biji, batang, dan lain-lain bahagian tumbuhan

tertentu. Sayur dimakan mentah atau dimasak, dan

digunakan sebagai sebahagian daripada hidangan

utama, dalam salad dan sup dan sebagai snek. Selain

sayur dan herba yang ditanam dimakan

di negara kawasan tropika, terdapat lebih kurang 100

jenis sayur yang dimakan atau ditanam di merata

dunia.

UMUM 
SURAH AL-MA'IDAH

Surah al-Ma’idah ialah salah satu daripada

surah Madaniyyah, surah yang kelima mengikut

susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi

120 ayat. Surah ini dinamakan al-Ma’idah (hidangan)

berdasarkan perkataan itu yang disebut di

dalamnya. Surah al-Ma’idah menceritakan tuntutan

golongan Hawari kepada Nabi Isa a.s. sebagai bukti

kebenaran kenabiannya. Penyempurnaan tuntutan

itu menjadi hiburan bagi mereka. Kisah al-Ma’idah

ini sangat mengagumkan dan terkandung di dalam

banyak ayat al-Qur’an dengan gambaran yang halus

daripada Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Besar.

UMUM 
KEMANGI

Kemangi atau selasih ialah herba tahunan yang

digunakan untuk memperisa makanan. Kemangi

biasa atau kemangi manis mempunyai daun

yang bergerigi tepinya, bunga berwarna putih

keungu-unguan. Ia tumbuh setinggi kira-kira

30 sentimeter. Spesies pokok renek tumbuh

sehingga 2.5 meter tingginya. Daun kemangi

digunakan dalam sup, salad, dan hidangan daging.

Kemangi boleh ditanam di laman daripada biji

benihnya. Batangnya boleh dipotong dan

dikeringkan untuk kegunaan pada musim sejuk.

UMUM 
IKAN MASIN

IKAN MASIN, ikan yang diperap dengan garam dan dijemur. Proses ini dilakukan untuk menjadikan ikan tahan lama jika disimpan. Ikan masin dijadikan lauk dalam hidangan atau lauk pembuka selera.

BUDAYAProses/Tindak Balas
KUZI

KUZI, makanan yang bahan utamanya ialah ayam atau kambing. Kuzi mempunyai pengaruh Arab dan popular di Johor, Kelantan dan utara Semenanjung. Kuzi kerap disajikan sebagai hidangan pengantin atau dijadikan lauk hantaran pengantin perempuan.

BUDAYAKonsep
HALWA

HALWA, penganan manis yang diperbuat daripada buah-buahan seperti betik, nanas, kundur, mangga, nangka, limau kasturi, belimbing dan cermai. Buah-buahan ini digubah seperti bunga-bungaan, sayur-sayuran dan lain-lain. Halwa disediakan untuk hari raya dan majlis perkahwinan atau sebagai hidangan biasa.

BUDAYAKonsep
KENDURI

KENDURI, jamuan makan yang lazimnya didahului dengan bacaan doa, zikir dan seumpamanya yang diadakan sempena sesuatu peristiwa, seperti perkahwinan, kelahiran, ataupun mengingati sesuatu peristiwa seperti mengingati orang yang telah meninggal, upacara maulid dan seumpamanya.  Juadah yang dihidangkan itu bergantung pada jenis kenduri yang diadakan.  Kenduri bersempena majlis perkahwinan, biasanya dihidangkan nasi minyak; dan kenduri sempena mengkhatankan anak biasanya pulut kuning dihidangkan menyertai hidangan nasi.

BUDAYAKonsep

Kembali ke atas