Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hi.drau.lik] | هيدراوليک

Definisi : (Kej) yg digerakkan atau dijalankan oleh cecair: mesin ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hi.drau.lik] | هيدراوليک

Definisi : ist digerakkan atau dijalankan oleh kuasa air atau cecair lain: Penekan ~ digunakan utk mengeluarkan minyak dr buah kelapa sawit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hidraulik


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan/puan dapat memberikan terjemahan bagi istilah-istilah berikut: 1.Hydraulic Cut Offs Various 2.Hydraulic Drop Hammers Various 3.Hydraulic Flange Spreaders Various 4.Hydraulic Grapplers Various 5.Hydraulic Hole Punchers Various 6.Hydraulic Jacks Various Sekian, terima kasih.Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:

1.Hydraulic Cut Offs Various - Pemotong Hidraulik
2.Hydraulic Drop Hammers Various - Tukul Jatuh Hidraulik
3.Hydraulic Flange Spreaders Various - Perebak Bebibir Hidraulik  
4.Hydraulic Grapplers Various - Pencengkam Hidraulik
5.Hydraulic Hole Punchers Various - Penebuk Lubang Hidraulik
6.Hydraulic Jacks Various - Bicu Hidraulik

Kami tidak pasti maksud perkataan "various" dalam konteks ini. Sekiranya bermaksud "pelbagai", boleh diletakkan di hadapan seperti yang berikut: Pelbagai Pemotong Hidraulik
Istilah07.03.2016
Assalamualaikum, Adakah terjemahan berikut tepat? TS: Solenoid valves are used to control the flow in pneumatic and hydraulic circuits. TSS: Injap solenoid digunakan untuk mengawal aliran dalam litar pneumatik dan hidraulik. flow=aliran atau pengaliran? dalam litar atau di dalam litar? Terima kasihTerjemahan yang betul ialah Injap solenoid digunakan untuk mengawal aliran dalam litar pneumatik dan hidraulik. Penyemakan dan penterjemahan31.12.2015
Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan/puan dapat memberikan terjemahan bagi istilah berikut: 1. Hydraulic Directional Control Manual Mid Position Valves 2. Hydraulic Directional Control Manual Normally Closed Valves Various Sekian, terima kasih.Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah:

1. Hydraulic Directional Control Manual Mid Position Valves - Injap Tengah Manual Kawal Arah Hidraulik

2. Hydraulic Directional Control Manual Normally Closed Valves Various - Injap Biasa Tertutup Manual Kawal Arah Hidraulik
Istilah07.03.2016
Soalan daripada pengikut FB DBP - "Saya ingin menanyakan terjemahan tepat bagi istilah "fracking". Istilah ini belum ada dalam carian DBP. Terima kasih". Terjemahan inggeris bagi fracking adalah "the process of injecting liquid at high pressure into subterranean rocks, boreholes, etc. so as to force open existing fissures and extract oil or gas".Tiada maklumat dalam data pangkalan kami. Walau bagaimanapun, terdapat maksud yang sama, iaitu "fracturing" yang diterjemakan kepada "Peretakan". Dalam bidang kejuruteraan, "Sand fracturing" (peretakan hidraulik) bermaksud
kaedah menghasilkan retakan pada formasi dengan menyuntik bendalir yang mengandungi pasir bertekanan tinggi.
Lain-lain09.04.2018

Kembali ke atas