Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hi.dro.fi.lik] | هيدروفيليک

Definisi : (Kim) bkn bahan yg cenderung me­nye­rap air. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hi.dro.fi.lik] | هيدروفيليک

Definisi : ist cenderung utk bercampur dgn air atau mudah menyerap air (bkn sesuatu bahan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hidrofilik


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hydrophilichidrofilikFizikNanoteknologiSifat bahan atau molekul yang cenderung kepada air, iaitu mudah menyerap dan larut di dalam air. Bahan hidrofilik biasanya bercas dan mempunyai kumpulan berkutub yang strukturnya menarik molekul air. Contohnya, titanium dioksida yang biasanya digunakan pada cermin kenderaan untuk menghilangkan kabus dan minyak yang melekat pada cermin berkenaan. Banding hidrofobik.
hydrophilichidrofilikKimiaTiadaBerkaitan dengan bahan yang mempunyai kecenderungan terhadap air dan mudah menjerap dan menyerap air. Bdg. hidrofobik.
hydrophilichidrofilikKejuruteraanPolimerSifat ionik salah satu hujung rantai yang mencari air seperti dalam sistem molekul sabun.
hydrophilic colloidkoloid hidrofilikKimiaBiokimiaKoloid yang mempunyai sifat cinta air yang tinggi dan membentuk sebaran yang stabil di dalam air.
hydrophilic creamkrim hidrofilikHerbaTiadaKrim yang mempunyai fasa akueus sebagai fasa berterusan. Krim ini mengandungi agen pengemulsi minyak dalam air (o/w) seperti sabun natrium atau sabun trolamina, alkohol lemak tersulfat dan polisorbat. Contohnya, krim pencukur, krim tangan dan krim asas.
subcoatingsubsalutanFarmasiTiadaPenggunaan siri lapisan koloid hidrofilik untuk membundarkan bahagian tepi tablet yang lebih tajam.
amphipaticamfipatikKimiaBiokimiaSebatian yang mempunyai kedua-dua kumpulan berkutub (hidrofilik) dan kumpulan tak berkutub (hidrofobik), seperti asid lemak.
state of hydrationkeadaan penghidratanKejuruteraanKejuruteraan KimiaKeadaan koloid, terutamanya koloid hidrofilik yang mempunyai sifat tarikan terhadap air.
amphipathimolekul amfipatikFarmasiTiadaCiri kumpulan molekul tidak simetri yang mengandungi bahagian hidrofilik dan hidrofobik.
amphiphilicamfifilikFizikNanoteknologiSifat molekul yang mempunyai satu kumpulan terkutub yang bersifat larut air (hidrofilik), disangkut pada rantai hidrokarbon bukan terkutub yang tidak larut air (hidrofobik). Contohnya, molekul asid stearik yang rumus kimianya C17H35COOH, mempunyai kumpulan COOH yang larut air pada salah satu hujung dan kumpulan CH3 yang tidak larut air pada hujung yang satu lagi. Sifat amfifilik sangat diperlukan dalam proses pembentukan filem tipis tertentu seperti filem tipis Langmuir- Blodgett.
123

Kembali ke atas