Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hi.dro.kar.bon] | هيدروکربون

Definisi : (Kim) sebatian organik yg terdiri drpd unsur-unsur hidrogen dan karbon; ~ alifatik hidrokarbon yg atom-atom kar­bonnya tersusun dlm bentuk rantai lurus atau rantai bercabang (mis alkana, alkena, dan alkuna); ~ siklik hidrokarbon yg sebahagian atau kesemua atom karbonnya tersusun dlm bentuk gelang tertutup; ~ tak tepu hidrokarbon yg mengandungi sekurang-kurangnya satu ikatan ganda dua dan/atau satu ikatan ganda tiga di antara atom-atom karbonnya; ~ tepu hidrokarbon yg unsur karbonnya terikat antara satu sama lain dgn ikatan tunggal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hi.dro.kar.bon] | هيدروکربون

Definisi : ist bahan-bahan (spt benzin) yg terdapat hidrogen dan karbon di dlmnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hidrokarbon


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
hidrokarbonhydrocarbonSebatian organik yang hanya terdiri daripada unsur-unsur karbon dan hidrogen sahaja. Hidrokarbon terbahagi kepada hidrokarbon tepu dan hidrokarbon tak tepu. Contohnya, alkana dan alkena.Menengah Atas
hidrokarbonhydrocarbonSebatian organik yang mengandungi unsur-unsur karbon dan hidrogen. Contohnya, petroleum, gas asli dan bahan berlilin seperti naftalena dan nafta.Menengah Rendah
peretakancrackingProses penguraian minyak mentah dengan memecahkan molekul hidrokarbon yang besar kepada molekul hidrokarbon yang lebih kecil.Menengah Atas
pelarut organikorganic solventPelarut yang terdiri daripada cecair hidrokarbon yang digunakan untuk melarutkan bahan seperti cat, minyak, gris dan bahan hidrokarbon lain.Menengah Rendah
propanapropaneHidrokarbon alkana yang wujud dalam gas asli, tak berwarna pada suhu dan tekanan atmosfera. Formulanya, C3H8 .Menengah Atas
kerosinkeroseneCecair hidrokarbon yang terhasil daripada proses penyulingan berperingkat minyak mentah pada julat takat didih 150°C - 230°C. Kerosin digunakan sebagai bahan api dan pelarut.Menengah Rendah
benzenabenzeneSebatian hidrokarbon aromatik, berbentuk cecair, tidak berwarna, mudah terbakar, bersifat karsinogen, larut campur di dalam alkohol, karbon tetraklorida, eter, aseton, dan asid asetik, tetapi larut sedikit di dalam air. Formulanya, C6 H6.Menengah Atas
alkenaalkeneKumpulan sebatian hidrokarbon tak tepu yang mengandungi satu atau lebih ikatan ganda dua antara atom-atom karbon di dalam molekulnya. Formulanya, CnH2n .Menengah Atas
alkanaalkaneKumpulan sebatian hidrokarbon tepu yang mengandungi hanya ikatan tunggal antara atom-atom karbon di dalam molekulnya. Alkana tidak larut dalam air, hanya larut dalam kloroform dan benzena, kurang reaktif, tetapi dapat bertindak balas dengan klorin atau bromin dengan kehadiran cahaya. Formulanya, CnH2n+2 .Menengah Atas
minyak mentahcrude oilCampuran kompleks hidrokarbon yang diekstrak daripada bumi dan mengandungi sedikit sebatian sulfur, nitrogen dan oksigen. Minyak mentah wujud dalam bentuk cecair likat berwarna perang gelap yang mudah terbakar.Menengah Rendah
12

Kembali ke atas