Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hi.dro.kar.bon] | هيدروکربون

Definisi : (Kim) sebatian organik yg terdiri drpd unsur-unsur hidrogen dan karbon; ~ alifatik hidrokarbon yg atom-atom kar­bonnya tersusun dlm bentuk rantai lurus atau rantai bercabang (mis alkana, alkena, dan alkuna); ~ siklik hidrokarbon yg sebahagian atau kesemua atom karbonnya tersusun dlm bentuk gelang tertutup; ~ tak tepu hidrokarbon yg mengandungi sekurang-kurangnya satu ikatan ganda dua dan/atau satu ikatan ganda tiga di antara atom-atom karbonnya; ~ tepu hidrokarbon yg unsur karbonnya terikat antara satu sama lain dgn ikatan tunggal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hi.dro.kar.bon] | هيدروکربون

Definisi : ist bahan-bahan (spt benzin) yg terdapat hidrogen dan karbon di dlmnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hidrokarbon


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cyclic hydroccarbonhidrokarbon siklikKimiaTiadaSebatian hidrokarbon yang sebahagian atau kesemua atom karbonya tersusun dalam bentuk gelang tertutup. Hidrokarbon siklik terbahagi kepada hidrokarbon siklik tepu (seperti sikloheksana) yang hanya mempunyai ikatan kovalen tunggal, dan hidrokarbon siklik tak tepu (seperti sikloheksena) yang mempunyai satu atau lebih ikatan ganda dua di antara atom-atom karbon di dalam molekulnya. Hidrokarbon aromatik (seperti benzena) juga merupakan hidrokarbon siklik tak tepu.
hydrocarbonhidrokarbonKimiaTiadaSebatian organik yang terdiri daripada unsur-unsur karbon dan hidrogen. Hidrokarbon terbahagi kepada hidrokarbon alifatik tepu atau tak tepu dan hidrokarbon siklik tepu atau tak tepu. Misalnya, alkana, alkena, petroleum, gas asli, dan bahan berlilin seperti naftalena dan nafta.
naphthene hydrocarbonhidrokarbon naftenaKejuruteraanPetroleumSinonim : 1. sikloparafin 2. naftena Sebatian hidrokarbon tepu yang mempunyai atom-atom karbon yang membentuk gelang atau cincin tertutup. Formula umum sirinya ialah Cn H2n iaitu mewakili bilangan atom karbon yang terdapat dalam sebatian berkenaan. Anggota-angotanya dinamai dengan menambahkan awalan ‘siklo-‘ kepada nama daripada hidrokarbon parafin stabil dan umumnya mempunya sifat yang serupa dengan sifst-sifat hidrokarbon parafin. hidrokarbon ini juga merupakan unsur penting dalam minyak mentah. Contohnya ialah siklopropana yang mempunyai formula kimia C3H6.
petroleumpetroleumKejuruteraanPetroleumSebatian hidrokarbon atau campuran berbagai-bagai sebatian hidrokarbon yang wujud secara semula jadi dalam batuan sama ada dalam bentuk pepejal, cecair atau gas. Sebatian hidrokarbon itu berkisar daripada jenis yang berberat molekul rendah hingga kepada jenis yang beberat molekul tinggi; dan dari jenis hidrokarbon tepu hingga yang tak tepu. Sedikit unsur-unsur bukan logam seperti sulfur, oksigen dan nitrogen juga boleh ditemui dalam sebatian hidrokarbon tersebut.
condensatepeluwapKejuruteraanPetroleum1) Cecair hidrokarbon ringan yang diperoleh daripada proses pemeluwapan terhadap wap hidrokarbon. Cecair ini biasanya mengandungi propana, butana, pentana dan sebatian hidrokarbon yang lebih berat serta sedikit sekali atau kadangkala tidak mengandungi metana atau etana. 2) Hidrokarbon yang berada dalam keadaan gas semasa berada dalam keadaan reserbor (suhu dan tekanan reserbor) dan berubah menjadi cecair semasa dalam perjalanan keluar dari reserbor atau semasa telah berada di permukaan.
cyclizationpengitaran; pensiklikanKimiaTiadaPensiklikan: Pembentukan hidrokarbon gelang tertutup daripada hidrokarbon gelang terbuka.
aliphatic hydrocarbonhidrokarbon alifatikKimiaTiadaSebatian hidrokarbon yang atom karbonya tersusun dalam bentuk rantai lurus atau rantai bercabang. hidrokarbon alifatik terbahagi kepada kumpulan alkana, alkena, dan alkuna.
catalytic reformingpembentukan semula bermangkinKimiaTiadaPenyusunan semula molekul hidrokarbon untuk membentuk hidrokarbon yang mempunyai kualiti antiketuk yang tinggi.
saturated hydrocarbonhidrokarbon tepuKimiaTiadaSebatian hidrokarbon yang unsur karbonya terikat antara satu dengan yang lain dengan ikatan tunggal. Misalnya, sebatian dalam siri alkana seperti metana, etana dan propana. Bdg. hidrokarbon tak tepu.
hydrocarbonhidrokarbonBiologiEkologiSebatian organik yang hanya mengandungi karbon dan hidrogen, tetapi terdapat dalam berbagai-bagai kombinasi. Hidrokarbon dihasilkan, terutama olah bahan api fosil. Sesetengah hidrokarbon merupakan bahan pencemaran yang utama, sesetengah pula mungkin karsinogenik dan yang lain pula boleh menyebabkan kabut fotokimia.
12345678910...

Kembali ke atas