Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hi.dro.li.sis] | هيدروليسيس

Definisi : (Kim) tindak balas kimia apabila sebatian bertindak balas dgn air utk menghasil­kan sebatian lain; menghidrolisis 1. melakukan hidrolisis; 2. menjalani hidrolisis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hi.dro.li.sis] | هيدروليسيس

Definisi : ist penguraian atau perubahan sesuatu sebatian kimia oleh air. menghidrolisis mengalami perubahan oleh air (bkn bahan kimia). menghidrolisiskan menguraikan atau mengubah sesuatu sebatian kimia dgn air: Makanan dihidrolisiskan kpd sebatian-sebatian yg lebih ringkas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hidrolisis


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hydrolysishidrolisisBioteknologiTiadaPemecahan pemangkinan makro molekul atau polimer kepada unit blok binaan yang lebih kecil dengan kemasukan air, misalnya hidrolisis protein yang menghasilkan asid amino, hidrolisis karbohidrat yang menghasilkan monosakarida dan disakarida, hidrolisis asid nukleik yang menghasilkan nukleotida, dan hidrolisis lemak yang menghasilkan asid lemak dan gliserol.
amylaseamilaseKimiaBiokimiaKumpulan enzim yang memangkini hidrolisis kanji kepada maltosa. Kumpulan enzim ini terdiri daripada dua enzim, iaitu enzim α-amilase yang memangkini hidrolisis ikatan α -I, 4-glikosida polisakarida yang terdiri daripada unit-unit glukosa, dan enzim β–amilase yang memangkini hidrolisis polisakarida bermula dari penghujung bukan penurunan dan menceraikan unit-unit maltosa. enzim embolisis bd. diastase.
arginine hydrolysishidrolisis argininaPerubatanTiadaPemecahan molekul arginina secara hidrolisis.
hydrolytic enzymeenzim hidrolisisKimiaTiadaEnzim pencernaan yang memangkini pemecahan protein melalui hidrolisis ikatan peptida.
debranching enzymeenzim penyahcabangKimiaBiokimiaEnzim yang memangkini hidrolisis sesuatu ikatan dalam polimer pada titik cabang, seperti enzim endoglukosidase yang memangkini hidrolisis ikatan-1,6 glikosida di dalam glikogen dan amilopektin pada titik cabang.
acid hydrolysishidrolisis asidHerbaPemiawaianProses penguraian atau pemisahan ikatan kimia dalam sebatian tertentu dengan menggunakan pemangkin asid protik. Contohnya, sebatian piawai kuersetin dalam produk herba lengkuas (Alpinia galanga) yang kaya dengan flavonoid dapat ditentukan dengan melakukan hidrolisis asid.
rancidtengikMakanan dan PemakananTeknologi MakananRasa atau bau yang tidak enak yang terbentuk dalam minyak atau lemak disebabkan oleh hidrolisis atau pengoksidaan. Bau tengik yang dihasilkan oleh hidrolisis ialah bau masam, hapak, dan tajam disebabkan oleh pembentukan asid lemak berantai pendek, manakala bau tengik yang dihasilkan oleh pengoksidaan ialah seperti bau cat, bahan kimia, ikan, atau kacang mentah disebabkan oleh pembentukan hasil-hasil sekunder seperti aldehid, alkohol dan keton.
high-energy compoundsebatian tenaga tinggiKimiaBiokimiaSebatian yang menghasilkan tenaga bebas dalam jumlah yang besar apabila mengalami hidrolisis dalam keadaan biasa. Sebatian ini biasanya mempunyai kumpulan fosfat yang disingkirkan melalui proses hidrolisis dan perubahan tenaga bebas dalam tindak balas ini sebanyak 7 kkal/mol atau lebih. lih. ikatan tenaga tinggi
hydrolytic rancidityketengikan hidrolitikMakanan dan PemakananTeknologi MakananKerosakan dalam lemak atau minyak dan diikuti dengan penghasilan perisa yang tidak diingini akibat hidrolisis lemak oleh enzim lipase yang sedia ada atau kontiminasi mikroorganisma. Hidrolisis oleh enzim lipase akan menghasilkan asid lemak bebas dan gliserol.
hydrolysishidrolisisFizikTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas