Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hi.dro.mé.téo.ro.lo.gi] | هيدروميتيورولوݢي

Definisi : (hidrométéorologi) cabang meteorologi yg berkaitan dgn hidrologi, mis hal yg berkaitan dgn kawalan banjir, kuasa hidroelektrik, pengairan dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hidrometeorologi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Adakah "Red Flag" sesuai diterjemahkan kepada "Bendera Merah"? "Red Flag" bermaksud tanda masa tertentu yang memerlukan perhatian(atau perlu dibaiki). Sila berikan pendapat dan cadangan anda. Terima kasih DBP.Ya,"Red Flag" sesuai diterjemahkan kepada "Bendera Merah". Kami bersetuju dengan maksudnya iaitu tanda masa tertentu yang memerlukan perhatian atau dibaiki. Sebagai contohnya dalam bidang Meteorologi/Hidrometeorologi menggunakan bendera merah sebagai tanda amaran kedatangan taufan/hurikan. Begitu juga dalam bidang sukan bendera merah digunakan sebagai tanda amaran tertentu kepada pemain.Istilah22.11.2018
Cahaya Petunjuk SAT 20:14 Cahaya Petunjuk Cahaya Assalamualaikum dan salam sejahtera, Admin. Saya mahu bertanya. Apakah sumbangan DBP dalam perkamusan ? terima kasih.Waalaikumussalam, Puan, sumbangan DBP dalam perkamusan ialah menghasilkan kamus dalam bentuk bercetak dan digital. Kamus yang telah dihasilkan dalam bentuk bercetak terdiri daripada kamus ekabahsa dan kamus dwibahasa. KAMUS YANG DIUSAHAKAN OLEH BAHAGIAN PERKAMUSAN Kamus Ekabahasa 1. Kamus Dewan 2. Kamus Bahasa Malaysia Edisi Pelajar 3. Kamus Dewan (Ejaan Baru) 4. Kamus Rendah Dewan Bergambar 5. Kamus Dewan Edisi Baru 6. Kamus Kebalikan Dewan 7. Kamus Dewan Edisi Ketiga 8. Kamus KBSR Dewan Bergambar Edisi Kedua 9. Kamus Dewan Edisi Keempat 10.Kamus Pelajar Edisi Pertama 11.Kamus Pelajar Edisi Kedua 12.Kamus Saku Bahasa Melayu Dewan 13.Kamus Dewan Edisi Keempat 14.Kamus Pelajar Edisi Kedua Kamus Dwibahasa 1. Kamus Dwibahasa Bahasa Inggeris-Bahasa Melayu 2. Kamus Inggeris-Melayu Dewan 3. Kamus Inggeris-Melayu Dewan Edisi Ringkas 4. Kamus Perancis-Melayu 5. Kamus Dwibahasa Bahasa Inggeris-Bahasa Melayu Edisi Kedua 6. Kamus Thai-Melayu Dewan 7. Kamus Melayu-Inggeris Dewan 8. Kamus Tamil-Melayu Dewan 9. Kamus Cina-Melayu Dewan Kamus Istilah 1. Kamus Istilah Sains Am 2. Kamus Perhutanan 3. Kamus Biologi KBSM 4. Kamus Perakaunan 5. Kamus Hidrometeorologi 6. Kamus Mekanik Gunaan 7. Kamus Perubatan 8. Kamus Kimia KBSM 9. Kamus Ekologi 10.Kamus Fizik KBSM 11.Kamus Ekonomi 12.Kamus Komputer 13.Kamus Kewangan 14.Kamus Kejuruteraan Kimia 15.Kamus Pelaburan 16.Kamus Linguistik 17.Kamus Meteorologi Perhubungan 18.Kamus Matematik KBSM 19.Kamus Perbankan 20.Kamus Teknik Elektrik 21.Kamus Kejuruteraan Kimia Edisi Kedua 22.Kamus Kejuruteraan Polimer Hasil Berbentuk Elektronik yang diusahakan oleh pihak luar dengan menggunakan data kamus DBP 1. Dewan-Eja (Perisian komputer untuk menyemak ejaan Bahasa Melayu 2. E-Kamus (Cakera padat yang mengandungi Kamus Dewan, Kamus Inggeris Melayu Dewan dan Kamus Komputer 3. CD Kamus Pelajar Terbitan Khas KBSM (Kamus Interaktif, ilustrasi, animasi, dan audio permainan) 4. Dewan Eja Pro - Kamus-kamus yang terdapat dalam PRPM (digital: 1. Kamus Dewan Edisi Keempat 2. Kamus Pelajar Edisi Kedua 3. Kamus Inggeris-Melayu Dewan 4. Kamus-kamus lain.Lain-lain05.11.2016

Kembali ke atas