Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hi.dro.po.nik] | هيدروڤونيک

Definisi : (Tani) kaedah menanam tanaman dgn hanya menggunakan air yg mengandungi larutan berzat tertentu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hidroponik


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
open hydroponics systemsistem hidroponik terbukaPertanianAgroteknologiKaedah hidroponik yang nutriennya tidak dikitar semula seperti dalam sistem hidroponik tertutup. Media untuk sistem ini ialah tanah yang dibentuk sebagai batas, pasu plastik atau bekas lain. Nutrien yang dibancuh di dalam air dibekalkan kepada tanaman mengikut keperluan, bergantung pada keadaan iklim dan peringkat hidup tanaman. Kebaikan sistem ini berbanding dengan sistem hidroponik tertutup ialah dapat mengelakkan larutan nutrien menjadi terlalu masin. Bekalan nutrien yang baharu akan diberikan pada setiap kali pusingan pengairan. Contoh sistem ini termasuklah sistem fertigasi yang melibatkan pemberian larutan nutrien secara titisan. Singkatan OHS.
closed hydroponics systemsistem hidroponik tertutupPertanianAgroteknologiSistem hidroponik yang melibatkan kitaran semula nutrien yang dibekalkan kepada tanaman. Sistem ini mempunyai tangki nutrien, dan pemberian air serta nutrien disalurkan kepada tanaman di dalam bekas dan dikembalikan kepada tangki menggunakan pam elektrik. Keadaan nutrien perlu dipantau supaya ciri pH dan kemasinan nutrien dapat dikawal pada tahap yang sesuai untuk tanaman. Sistem ini biasanya tidak menggunakan media tanaman seperti tanah. Terdapat beberapa kaedah dalam sistem ini termasuk sistem kultur air dalam (DWC) dan teknik lapisan nutrien (NFT). Singkatan CHS. Lihat juga teknik lapisan nutrien, sistem kultur air dalam.
hydroponicshidroponikPertanianAgroteknologiKaedah penanaman yang menggunakan air larutan nutrien (air baja) tanpa menggunakan tanah sebagai media tanaman. Kaedah ini menggunakan bahan seperti sabut kelapa, pasir, pecahan batu bata dan habuk kayu sebagai media sokongan. Antara kelebihan kaedah hidroponik ialah ia boleh dipraktikkan di kawasan yang terhad. Selain itu, sayur-sayuran yang ditanam melalui kaedah ini lebih cepat tumbuh dan mengeluarkan hasil yang berkualiti tinggi, bersih dan bebas daripada sebarang racun makhluk perosak. Kaedah penanamannya juga tidak memerlukan proses penyiraman serta penggunaan air dan baja yang terkawal.
aquaponicakuaponikPertanianAgroteknologiKaedah pertanian yang menggabungkan kaedah akuakultur dan hidroponik. Ia merupakan satu sistem kesepaduan kitaran hidupan tanaman dan hidupan akuatik yang saling bergantung antara satu sama lain bagi menghasilkan produk pertanian yang segar dan berkualiti tinggi. Melalui kaedah ini, hidupan akuatik seperti ikan dan udang diternak di dalam tangki atau akuarium, yang airnya akan digunakan untuk keperluan tanaman seperti sayur-sayuran yang ditanam secara hidroponik. Air sisa perkumuhan daripada ikan atau udang tersebut dapat menjadi sumber nutrien yang tinggi khasiatnya bagi tanaman berkenaan. Selepas itu, air yang telah bersih hasil daripada penyerapan sisa perkumuhan oleh tanaman tersebut, dikitar semula masuk ke dalam tangki bagi keperluan hidupan akuatik berkenaan. Sinonim agropisikultur, pisiponik.
hydroponichidroponikFizikTiadaTiada
hydroponichidroponikGeografiTiadaPerihal tumbuh-tumbuhan yang ditanam dalam air.
hydroponichidroponikPertanianTiadaTiada
hydroponichidroponikKejuruteraanTiadaTiada
hydroponichidroponikBiologiFisiologiCara penanaman tumbuh-tumbuhan tanpa tanah, iaitu penanaman di dalam air bernutrien tinggi biasanya menggunakan pengairan ke atas sejenis medium lengai seperti pasir.
hydroponicshidroponikBioteknologiTiadaTeknik pengkulturan atau pertumbuhan dalam medium cecair yang kaya dengan zat pemakanan, tanpa tanah. Di negara beriklim sejuk, teknik ini digunakan untuk menghasilkan secara besar-besaran tumbuh-tumbuhan pendek-siang, misalnya tomato.
123

Kembali ke atas