Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hi.dung] | هيدوڠ

Definisi : 1. bahagian badan utk mencium atau menyedut udara (terdapat pd bahagian muka atas sedikit drpd mulut): kita bernafas melalui ~ siang dan malam; batang ~ a) tulang yg membina hidung; b) ki kelibat (imbasan) sese­orang atau sesuatu; kena batang ~ ki (bkn kecaman, sindiran, dsb) tepat mengenai sese­orang; lubang ~ bahagian yg berlubang pd hidung utk membolehkan kita mencium, menyedut udara, dsb; sekat ~ bahagian antara kedua-dua lubang hidung; tidak nampak batang ~ = tidak nampak muka ~ ki tidak kelihatan langsung rupa seseorang kerana tidak hadir, tidak pernah muncul (di kalangan orang, kawan, dsb); 2. ki bahagian depan sesuatu benda, muncung: ~ kapal terbang; ~ belang (putih) ki (bkn lelaki) yg sangat suka mengganggu orang perempuan; ~ tinggi ki sombong dan megah; ~ dicium, pipi digigit prb kasih sayang yg pura-pura sahaja; ~ sudah rampung diatur prb orang bodoh yg sombong tidak sedar dirinya dibodohkan orang; ~ tak mancung pipi tersorong-sorong prb orang yg tidak turut campur yg menjadi susah, yg patut bersusahan berdiam diri; beroleh (mendapat) ~ panjang prb mendapat malu; menguak-nguak bagai ~ gajah prb bernafas terngah-ngah; potong ~ rosak muka prb orang yg berlaku kurang baik terhadap keluarganya sendiri akan mendapat malu juga; rasa tak mengapa ~ dikeluani prb orang yg membiar­kan dirinya dibodohkan orang; spt beranak besar ~ prb orang yg gemar memperlihatkan barangnya yg baru; spt kerbau dicucuk (diatur) ~nya prb orang bodoh yg menurut perintah orang; berhidung mempunyai hidung; ~ belang mempunyai sifat suka mengganggu orang perempuan; ~ tinggi a) mempunyai hidung yg tinggi (mancung); b) mempunyai sifat sombong dan megah; menghidung 1. = kehidung-hidungan me­ng­ucapkan sesuatu dgn sengau; 2. selalu menurut saja (kemahuan orang dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hi.dung] | هيدوڠ

Definisi : bahagian muka yg letaknya di sebelah atas mulut dan digunakan utk mencium dan menyedut udara: Kita benafas dgn ~. ~nya berhingus, matanya berair. ~ belang (bkn lelaki) suka mengganggu atau menggoda orang perempuan. ~ tinggi sombong dan megah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hidung
Kata Terbitan : menghidung,

Puisi
 

Sayang Santubong ke Teluk Tambak,
     Tempatlah budak berjalan kaki;
Hidung mancung bersenyum tidak,
     Di situ tempat gilaku mati.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Hidung sudah rampung diatur orang.

Bermaksud :

Orang bodoh yang sombong, tiada sedar dirinya dibodohi orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai jelongak kerbau rampung).

 

Lihat selanjutnya...(19)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon pencerahan. Peribahasa manakah yg tepat, lembu dicucuk hidung atau kerbau dicucuk hidung? Apakah kedua2nya boleh diterima? Terima kasih.Terima kasih kerana bersahabat dengan DBP. Merujuk kepada peribahasa tersebut, jawapan yang paling tepat ialah lembu dicucuk hidung - merujuk kepada lembu yang sering dilambangkan dengan kebodohan. Lembu dicucuk hidung beerti orang bodoh yang menurut sahaja kemahuan orang lain atau orang yang selalu menurut kemahuan orang. Rajin-rajinlah bersahabat dengan http://prpm.dbp.gov.my/ di hujung jarLain-lain17.03.2014
LEMBU/KERBAU DICUCUK HIDUNGKERBAU DICUCUK HIDUNGTatabahasa02.11.2010
1) Ini hidungkah? 2) Inikah hidung? 3) Adakah ini hidung? Adakah semua ayat pertanyaan tersebut sesuai digunakan? Terima kasih tuan.Pertanyaan yang sesuai ialah (3).Tatabahasa21.08.2014
Apakah peribahasa yg betul... seperti lembu dicucuk hidung atau seperti kerbau dicucuk hidung?Peribahasa yang terakam dalam data DBP adalah seperti kerbau dicucuk hidung.Makna09.01.2015
Assalamualaikum adakah benar "resah hidung" merupakan akronim bagi resdung?Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, resdung membawa maksud sejenis penyakit hidung yang disebabkan oleh radang pada membran sinus. Tidak dinyatakan bahawa resdung ialah akronim bagi "resah hidung".

Makna08.03.2021
Tuan, ayat mana yang betul? (1) bau harum durian menusuk hidung memenuhi ruang tamu rumah atau (2) bau harum durian yang menusuk hidung memenuhi ruang tamu rumah"Yang" ialah kata hubung pancangan relatif atau ringkasnya kata relatif yang berfungsi menghubungkan klausa utama dengan klausa kecil yang lain. Ayat "bau harum durian" ialah klausa utama dan "menusuk hidung memenuhi ruang tamu rumah" ialah klausa kecil yang lain. Oleh itu, ayat yang gramatis ialah "bau harum durian yang menusuk hidung, memenuhi ruang tamu rumah."Tatabahasa16.05.2012
Ada bebintik merah di/pada hidung?Jawapan yang betul ialah Ada bebintik merah pada hidung.Tatabahasa17.07.2022
Selamat sejahtera. Saya hendak bertanya tentang peribahasa.Mana satukah yg betul..dlm kamus dewan..spt kerbau dicucuk hidung..manakala kamus digital/online DBP spt lembu dicucuk hidung. Masalah timbul apabila pelajar lebih byk memilih jwpn ...lembu...Untuk makluman kami dinasihatkan berpandukan Kamus Dewan dan Buku Teks sahaja.Peribahasa yang terakam dalam data DBP adalah seperti kerbau dicucuk hidung.Lain-lain03.09.2015
Asalamualaikum tuan, saya mohon pencerahan terhadap penerangan pihak tuan tentang peribahasa bagai lembu/kerbau dicucuk hidung. Saya sertakan penerangan tersebut untuk rujukan pihak tuan. Terima kasih.,Untuk makluman tuan, setakat ini peribahasa yang terakam dalam data DBP adalah seperti kerbau dicucuk hidung yang membawa maksud orang bodoh yang selalu menurut kemahuan orang. Lain-lain20.10.2019
Apakah maksud peribahasa "kerbau dicucuk hidung"?Maksudny, orang bodoh yang menurut sahaja kemahuan orang lain.Makna01.11.2009
123

Kembali ke atas