Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ki bongkak, sombong; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ki sombong dan megah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sombong dan megah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hidung
Kata Terbitan : menghidung,

Puisi
 

Sayang Santubong ke Teluk Tambak,
     Tempatlah budak berjalan kaki;
Hidung mancung bersenyum tidak,
     Di situ tempat gilaku mati.


Lihat selanjutnya...(7)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
hidung tinggisombong dan megah.Kamus Pelajar Edisi Kedua
hidung tinggiki bongkak, sombong;Kamus Dewan Edisi Keempat
hidung tinggiki sombong dan megah;Kamus Dewan Edisi Keempat
berhidung tinggia) mempunyai hidung yg tinggi (mancung); b) mempunyai sifat sombong dan megah;Kamus Dewan Edisi Keempat
hidung1. bahagian badan utk mencium atau menyedut udara (terdapat pd bahagian muka atas sedikit drpd mulut): kita bernafas melalui ~ siang dan malam; batang ~ a) tulang yg membina hidung; b) ki kelibat (imbasan) sese­orang atau sesuatu; kena batang ~ ki (bkn kecaman, sindiran, dsb) tepat mengenai sese­orang; lubang ~ bahagian yg berlubang pd hidung utk membolehkan kita mencium, menyedut udara, dsb; sekat ~ bahagian antara kedua-dua lubang hidung; tidak nampak batang ~ = tidak nampak muka ~ ki tidak kelihatan langsung rupa seseorang kerana tidak hadir, tidak pernah muncul (di kalangan orang, kawan, dsb); 2. ki bahagian depan sesuatu benda, muncung: ~ kapal terbang; ~ belang (putih) ki (bkn lelaki) yg sangat suka mengganggu orang perempuan; ~ tinggi ki sombong dan megah; ~ dicium, pipi digigit prb kasih sayang yg pura-pura sahaja; ~ sudah rampung diatur prb orang bodoh yg sombong tidak sedar dirinya dibodohkan orang; ~ tak mancung pipi tersorong-sorong prb orang yg tidak turut campur yg menjadi susah, yg patut bersusahan berdiam diri; beroleh (mendapat) ~ panjang prb mendapat malu; menguak-nguak bagai ~ gajah prb bernafas terngah-ngah; potong ~ rosak muka prb orang yg berlaku kurang baik terhadap keluarganya sendiri akan mendapat malu juga; rasa tak mengapa ~ dikeluani prb orang yg membiar­kan dirinya dibodohkan orang; spt beranak besar ~ prb orang yg gemar memperlihatkan barangnya yg baru; spt kerbau dicucuk (diatur) ~nya prb orang bodoh yg menurut perintah orang; berhidung mempunyai hidung; ~ belang mempunyai sifat suka mengganggu orang perempuan; ~ tinggi a) mempunyai hidung yg tinggi (mancung); b) mempunyai sifat sombong dan megah; menghidung 1. = kehidung-hidungan me­ng­ucapkan sesuatu dgn sengau; 2. selalu menurut saja (kemahuan orang dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
cucuk I1. sesuatu yg tajam yg digunakan utk menusuk dll (spt jarum, cuban, penyemat, dll); ~ hidung tali yg ditusukkan pd hidung lembu (kerbau dll), keluan; ~ rambut (sanggul) penyemat rambut, tusuk kondai; 2. penjodoh bilangan utk barang yg ditusuk dgn lidi (tali dll): sepuluh sen se~; enam belas ~ sate; 3. suntik (utk memasukkan ubat dll ke dlm badan): ia menggosok-gosok bekas kena ~; bercucuk; ~ ikan ark berderet rapat-rapat, bersesak-sesak; ~ tanam (tanah) bertani, bekerja menanam tumbuh-tumbuhan di sawah, ladang, dll; mencucuk 1. menusuk (dgn barang yg tajam spt peniti, lidi, pin, dll), menebuk, menikam (dgn keris, pisau, dll), mencacah (dgn jarum): ia masih ~ rojak dgn sebilah garpu; 2. melubangi atau mengeluani (hidung lembu, kerbau, dll); dicucuk orang hidung = spt kerbau dicucuk hidung prb menurut sahaja kemahuan orang (tidak mahu membantah); 3. menyuntik (utk memasukkan ubat dlm badan): utk mencegah penyakit taun, semua orang mesti dicucuk; 4. merangkai-rang­kaikan (menganggit) dgn cucuk (tusuk): ~ atap; 5. ki menghasut, mengacum, mengapi-apikan, menimbulkan kemarahan orang: dialah yg ~-orang itu hingga mereka bergaduh; 6. ki menusuk atau masuk ke dlm: bau nasi lemak yg ~ hidung; ~ hati ki a) menyakiti hati; b) memilukan hati; ~ mata a) mencolok mata; b) ki sangat nyata, tampak benar, mudah tampak; c) ki menyakiti hati, memberi malu; mencucuk-cucuk 1. mencucuk berulang kali: mereka akan ~ lengan mereka dgn anak batu sehingga luka; 2. berasa sakit spt dicucuk-cucuk dgn jarum, duri dsb: bisa di dadanya ~; berasa sakit yg ~; cucuk-mencucuk ki saling menghasut: hindarilah sifat-sifat yg keji dan jijik spt fitnah-memfitnah, ~, dengki-mendengki dsb drpd kehidupan kita; mencucukkan menusukkan, menembuskan, merangkaikan, menyematkan, dll: ~ anak mancis ke dlm cerut; tercucuk tertusuk, tertembus; ~ hidung (mata) prb Mn tertipu kerana kebodohan (spt membeli barang yg tidak elok dgn harga yg tinggi); cucukan hasil perbuatan mencucuk, tusukan; pencucuk 1. cucuk; 2. ki penghasut, pe­ngacum, batu api.Kamus Dewan Edisi Keempat
hisap; menghisap memasukkan sesuatu (ke dlm mulut atau hidung) dgn tarikan udara, menyedut masuk (ke dlm hidung atau mulut): dia ~ rokok; burung itu ~ manisan bunga; ~ benak terlampau banyak mengambil untung dr orang lain; ~ darah memeras orang (meng­ambil bunga wang dgn banyak); hisapan hasil drpd menghisap, yg telah dihi­sap; ~ jempul ki berita atau karangan yg di­reka-reka (khabar yg dibuat-buat); penghisapan 1. perihal (perbuatan) meng­hi­sap, penyedutan; 2. ki pemerasan, peme­rahan: Rizal mencatatkan pelbagai ~ bumi Filipina oleh kekuasaan Sepanyol; penghisap 1. orang yg menghisap sesuatu (spt rokok, candu, dadah, dsb): Sultan Mahmud telah dikatakan oleh penulis-penu­lis Portugis sbg seorang ~ candu; 2. alat utk menghisap; ~ darah orang yg suka memeras orang lain (dgn mengenakan bunga yg tinggi dsb atas pinjaman wang atau dgn cara lain).Kamus Dewan Edisi Keempat
tercucuktertusuk, tertembus; ~ hidung (mata) prb Mn tertipu kerana kebodohan (spt membeli barang yg tidak elok dgn harga yg tinggi);Kamus Dewan Edisi Keempat
tinggi1. besar jaraknya di bahagian bawah (tapaknya), jauh ke atas (di atas), lwn rendah: bangunan tersebut dibina di suatu tempat yg ~; kapal terbang pengebom jenis ini dapat terbang ~; dataran (tanah) ~ dataran (tanah) yg permukaannya jauh ke atas dr permukaan laut; 2. panjang (bkn bangun tubuh dll), lwn pendek: Hasan ~ orangnya; ~ pokok itu 20 kaki; 3. hampir sampai ke tempat yg di atas sekali; matahari telah ~ sudah hampir setengah hari; 4. luhur, mulia: kami berdoa agar tercapai cita-citanya yg ~; budi pekerti yg ~; 5. peringkat atau tingkat atas (bkn pangkat, taraf, dll), sangat baik (mutu dll): mahkamah ~; jawatan ~; martabat ~; sekolah ~; barang-barang bermutu ~; 6. sudah lanjut (umur); usia ~ sudah tua; 7. mahal (harga dll), besar (perbelanjaan dll): pd masa harga getah ~ dahulu rakyat hidup mewah; sara hidup di Eropah lebih ~ drpd di Asia; 8. sudah maju (kecerdasan, tamadun, dll), berada pd tingkatan atas (pelajaran, penge­tahuan, dll): bertamadun ~; seni yg ~; 9. angkuh, besar diri, sombong: cakapnya selalu ~; hidung ~ ki bongkak, sombong; 10. halus dan keras (suara), muluk, nyaring: lagu yg ~ hendaklah dinyanyikan dgn suara yg ~ ~ hari hampir tengah hari; ~ hati megah, sombong; ~ rezeki tidak mudah mendapat rezeki; ~ disusupi, rendah dilangkahi = ~ disigai, besar ditebang prb dicari (disiasat) sehabis upaya; ~ kelepur, rendah tikam = ~ gelepur, rendah laga prb banyak cakap tetapi tidak ada buktinya; ~ lawak-lawak prb perihal hidup melampaui kemampuannya (kuasa­nya); awak rendah sangkutan ~ prb besar belanja drpd pendapatan; hendak ~ terlalu jatuh, hendak panjang terlalu patah prb orang yg hendak terlalu meninggikan dirinya jatuh (kecewa) juga akhirnya; (yg) ~ tampak jauh, yg dekat julung bersua prb pemimpin yg bertanggungjawab (yg mendapat pujian dan celaan); meninggi 1. menjadi tinggi, naik tinggi ke atas: pokok itu tumbuh membesar dan ~ dr sehari ke sehari; 2. menjadi kuat dan nyaring (suara), muluk (suara): suara orang mengaji semakin ~; 3. angkuh, sombong: cakapnya ~ sahaja; 4. menghampiri atau hampir berada pd waktu tengah hari: hari semakin ~; ~ hari tinggi hari; setinggi 1. (hingga) sama tinggi, mencapai tinggi: air di kawasan rumah pengantin lelaki naik ~ 0.6 meter; pembangunan itu mengan-dungi sebuah bangunan pejabat ~ 28 tingkat; 2. seberapa tinggi: mereka dikatakan lebih berminat utk mendapatkan tawaran gaji ~ yg boleh; memang saya mahu mencipta nama ~ yg mungkin; setinggi-tinggi 1. seberapa banyak yg mung-kin, tidak terhingga banyaknya, se­banyak-banyaknya: baginda mengucap­kan ~ terima kasih kpd sekalian rakyat; beliau juga mengucapkan ~ tahniah dan peng­hargaan atas kejayaan sahabatnya itu; 2. seberapa tinggi yg mungkin, paling tinggi: ~ terbang bangau, hinggap ke bubungan juga; meninggikan 1. menjadikan tinggi, menam-bahkan (mutu dll): bangunan itu telah di-tinggikan lagi dua tingkat; kerajaan sedang berikhtiar ~ taraf pendidikan dan ekonomi rakyat; 2. mengangkat (menyan­jung) menjadi tinggi; ~ diri membesarkan diri; 3. mengeraskan atau menguatkan (suara); mempertinggi menjadikan lebih tinggi; ~ tempat jatuh, memperdalam tempat kena prb sengaja membesar-besarkan kesalahan sendiri sehingga mendapat hukuman (kerugi­an) yg lebih berat; ketinggian 1. perihal tinggi, taraf (keadaan dsb) yg tinggi: pendidikan dapat membawa kpd kejayaan dan ~ kedudukan seseorang dlm masyarakat; sastera yg mengagungkan ~ budi; 2. (tempat dll) yg lebih tinggi duduk­nya (letaknya): peti yg berisi jenazah itu di-letakkan di tempat yg agak ~ di tengah aula; 3. terlalu tinggi: dahan itu tidak dapat dicapai-nya kerana ~; peninggian perihal meninggikan, penam­bahan (mutu, pendapatan, dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
hidungbahagian muka yg letaknya di sebelah atas mulut dan digunakan utk mencium dan menyedut udara: Kita benafas dgn ~. ~nya berhingus, matanya berair. ~ belang (bkn lelaki) suka mengganggu atau menggoda orang perempuan. ~ tinggi sombong dan megah.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12

Kembali ke atas