Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ki bongkak, sombong; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ki sombong dan megah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sombong dan megah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hidung
Kata Terbitan : menghidung,

Puisi
 

Sayang Santubong ke Teluk Tambak,
     Tempatlah budak berjalan kaki;
Hidung mancung bersenyum tidak,
     Di situ tempat gilaku mati.


Lihat selanjutnya...(7)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
highbrowhidung tinggiSosiologiTiadaTiada
anaesthetic masksungkup anestesiaPerubatanTiadaAlat khas yang diperbuat daripada polivinil klorida (PVC) atau getah silikon bermutu tinggi yang dilekapkan ke muka untuk menutup mulut dan hidung. Alat ini digunakan untuk memberi gas anestetik dan agen meruap kepada pesakit. Sinonim sungkup anatomi.
phenylpropanolamine hydrochloridefenilpropanolamina hidrokloridaKimiaForensikFormula kimia, C9H13 NO.HCI; nama dagang, Phenyldrine. Serbuk berhablur putih, takat lebur 190�C - 194�C, larut dalam air dan etanol, tidak larut dalam eter, kloroform dan benzena. Dekongestan yang digunakan untuk melegakan hidung tersumbat dan gejala selesema yang lain. Kegunaannya dihalang dalam kes tekanan darah tinggi, penyakit arteri jantung, atau alergi yang diketahui terhadapnya. Kesan sampingannya termasuk gementar, sukar tidur, hilang selera makan, dan tekanan darah tinggi. Dos terapeutik ialah 0.1 �g/mL- 0.5 �g/mL, dos toksik ialah 2 �g/mL, dos maut ialah 48 �g/mL. Sinonim midriatin.
reserpinereserpinaKimiaForensikFormula kimia, C33H40N2O9 nama dagang, Serpasil, Serpalan. Sejenis alkaloid daripada akar tumbuhan Rauwolfia serpentina dan R. vomitoria atau sintetik. Serbuk berhablur putih kekuningan, larut dalam kloroform, diklorometana, benzena dan etiI asetat, larut sedikit dalalll aseton, metanol dan eter, tak larut dalam air. Reserpina merupakan ubat kardiovasklilar yang digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi dan sesetengah penyakit saraf. Ubat ini boleh menyebabkan cirit-birit, hidung tersumbat, sakit angina, ekstrasistol, edema, kegagalan jantung kongestif, trombositopenia, terketar-ketar, otot keras, hipotensi teruk jika digunakan bersama anestetik umum, dan penekanan emosi. Dos harian untuk hipertensi ialah 250 �g - 500 �g.
Phyllantus pulchernaga buanaHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan dalam famili Euphorbiaceae yang dikenali juga sebagai naga jumat, kelurut tanjung dan semelit patung. Tumbuhan ini jenis renek. Daunnya berbentuk serong, tangkai daunnya sangat pendek dan mempunyai stipul. Bunganya jenis tunggal berwarna merah. Tumbuhan ini hidup liar di kawasan separa terlindung. Keseluruhan tumbuhan digunakan sebagai tuaman untuk merawat ulser hidung, bisul, bengkak bernanah, gatal, demam dan masalah ginjal pada kanak-kanak. Air rebusan keseluruhan pokok diminum untuk mengubati sakit perut dan darah tinggi. Daun segar yang telah dilumatkan ditampal pada gusi untuk merawat sakit gigi.
Curcuma longakunyitHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan jenis herba saka dalam famili Zingiberaceae, biasanya ditanam dan mencapai ketinggian sehingga 0.5 meter. Daunnya berbentuk lanseolat, lebar, beraroma, dan tangkai daunnya panjang. Kunyit mempunyai rizom bawah tanah berwarna jingga dan beraroma. Jambak bunga keluar dari celah daun dan tumbuh tegak serta berwarna kehijau-hijauan. Bunganya berwarna putih kekuning-kuningan. Rizomnya yang direbus dengan susu diminum untuk memanaskan badan, membaiki sistem penghadaman, mengurangkan jangkitan saluran kencing, merawat sakit perut, sakit dada dan sakit belakang. Rizom yang direbus dengan bawang putih diminum untuk merawat kembung perut dan cirit-birit bagi kanak-kanak. Kunyit disapu pada hidung untuk mengurangkan selesema. Rizom yang telah dilumatkan dibuat sapuan untuk menggalakkan pengeluaran susu ibu. Kajian terkini mendapati kunyit berpotensi untuk merawat barah, masalah kulit, radang dan kandungan kolesterol yang tinggi. Kunyit juga digunakan sebagai bahan kosmetik untuk melicinkan kulit dan menaikkan seri muka. Rizom, daun dan bunganya boleh dimakan mentah sebagai ulam, perasa dan pewarna masakan.
ammonia gaseous poisoningkeracunan gas ammoniaKimiaForensikKeracunan akibat pendedahan kepada gas ammonia (formula kimia, NH3), iaitu gas toksik dan perengsa yang digunakan sebagai baja dan dalam sintesis organik. Had toleransi ialah 25 ppm dalam udara. Penyedutan wasap yang pekat mungkin membawa maut. Gas ini merosakkan sel secara langsung dan menyebabkan kerengsaan yang sakit kepada semua membran mukus. Tanda utama keracunan akut ialah kerengsaan teruk. Pengingesan ammonia menyebabkan sakit teruk dalam mulut, dada, dan abdomen, berserta batuk, muntah, dan pengsan. Tebukan gastrik atau esofagus mungkin berlaku kemudian, dengan sakit abdomen, demam, dan kejang abdomen yang bertambah teruk. Kerengsaan paru-paru dan edema plilmonari mungkin terjadi dengan segera atau selepas 12 - 24 jam. Penyedutan wasap ammonia (1000 ppm) menyebabkan kerengsaan mata dan bahagian atas saluran pernafasan, dengan batuk, muntah, konjunktiva menjadi merah dan pedih, dan kemerahan membran mukus bibir, mulut, hidung, dan farinks. Pada kepekatan yang lebih tinggi ammonia menyebabkan bengkak pada bibir dan konjunktiva, buta sementara, keresahan, sesak dada, kahak berbuih yang menandakan edema pulmonari, sianosis, dan nadi cepat tetapi lemah. Penyentuhan kulit pada tempoh melebihi beberapa minit menyebabkan pedih yang teruk dan kerosakan korosif. Penyentuhan mata menyebabkan sakit segera yang teruk, diikuti edema konjuktiva dan kelegapan kornea. Pembentukan katarak dan atrofi retina dan iris mungkin terjadi kemudian. Penemuan patologi akibat penyedutan ialah edema pulmonary, kerengsaan pulmonary, dan pneumonia. Penemuan patologi akibat pengingesan adalah sama dengan kesan alkali, tetapi lazimnya kurang teruk.

Kembali ke atas