Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hi.du.pan] | هيدوڤن

Definisi : , hidup-hidupan 1. sesuatu yg hidup (binatang, tumbuhan, dll): kuman ialah sj ~ seni yg sangat-sangat halus; ~ seni mikro­organisma; 2. = binatang ~ binatang ternakan (yg dipelihara): maka adalah drpd hidup-hidupan mereka itu drpd kerbau dan kambing dan sedikit-sedikit lembu dan ayam itik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hi.du.pan] | هيدوڤن

Definisi : 1 segala benda (spt binatang, tumbuh-tumbuhan) yg hidup: Kuman ialah ~ yg sangat halus. 2 = binatang ~ binatang (spt kerbau, lembu) yg diternak; binatang yg dipelihara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hidup
1. Bersinonim dengan bernyawa
( bernafas, tumbuh, membesar, bercambah, bertunas, berputik, berpucuk, membiak, menjalar, berbuah, )
(kata kerja:)
Berantonim dengan mati

2. Dalam konteks bunga
bersinonim dengan segar, betul,
(adjektif:)
Berantonim dengan palsu

3. Dalam konteks gunung berapi
bersinonim dengan cergas, giat, aktif,
(adjektif:)
Berantonim dengan mati

4. Bersinonim dengan tinggal
( diam, duduk, menetap, menginap, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : hidup-hidup, hidupan, menghidupkan, penghidupan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, Saya ingin mendapatkan pencerahan mengenai perkataan kubarasa yang bermaksud sifat bertindak balas apabila dirangsang (bukan hidupan) dalam ruang sesawang prpm. Apakah maksud bukan hidupan? Adakah bukan hidupan bermaksud air, air, udara? Adakah sesuai untuk saya guna pakai istilah kubarasa semula jadi untuk mengambarkan bangunan direka bentuk untuk bertindak balas secara semula jadi dengan elemen alam.Yang dimaksudkan bkn hidupan dalam entri kamus itu ialah berkenaan hidupan (bukannya bukan hidupan) seperti manusia dan tumbuh-tumbuhan. Bangunan tidak termasuk dalam hidupan.Tatabahasa05.05.2017
1.Ibu membeli makanan laut di pasar . 2.Ibu membeli hidupan laut di pasar. Apakah yang kita panggil jika ikan,udang yang belum dimasak ? makanan laut atau hidupan laut ?

Makanan laut ialah makanan atau hidangan yang bahan utamanya ialah hidupan laut seperti ikan, udang dan sotong. Oleh itu, yang belum dimasak itulah hidupan laut. 


Tatabahasa27.09.2010
Tentukan kata berikut sama ada kata nama tunggal atau kata nama majmuk: 1) UKM 2) Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara 3) Kugiran 4) Pusat Perlindungan Hidupan Liar 5) Profesor Emeritus 6) Profesor Ir. Dr. Mohd Ali bin Hashim 7) Kuala Lumpur 8) Anugerah Hari Kemerdekaan NegaraKata Nama dibahagikan kepada (i) kata nama tunggal, (ii) kata nam aterbitan, (iii) kata nama majmuk, dan (iv) kata nama ganda. Kata Nama Tunggal ialah perkataan yang terdiri daripada satu morfem bebas sahaja, dan perkataan yang demikian boleh masuk ke dalam ayat sebagai perkataan yang lengkap dan menjadi inti pada frasa nama. Contoh kata nama tunggal ialah yu, wanita, ADUN, Proton, Bernama, dan jentolak.

Kata Nama Majmuk terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata nama majmuk dieja terpisah, contohnya guru besar, Leftenan Jeneral, temu duga, dan anak emas.

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Tatabahasa26.03.2018
biotikberkenaan hidupan (bio, geo, kim) -nama lain bagi vitaminIstilah23.12.2008
salam Tuan, mohon bantuan berkenaan makna Tardigrada(Water bear-sejenis hidupan kecil) dalam bahasa Melayu.Dalam pangkalan data kami, belum ada terjemahan/maklumat  perkataan tardigrada. Kami mencadangkan dalam penulisan bahasa Melayu perkataan tersebut diberi huraian yang menerangkan maksudnya. Tardigrada dikekalkan ejaannya dalam bentuk condong (italik).Penyemakan dan penterjemahan14.04.2015
Salam. Apakah terjemahan tepat bagi istilah bahasa Inggeris "pyrosome", merujuk kepada sejenis hidupan laut. Terima kasih.Kami mencadangkan "pyrosome" diterjemahkan sebagai "pirosom".Istilah05.05.2022
Berdasarkan ayat yang diberikan di bawah,adakah ayat ini merangkumi beberapa kesalahan tatabahasa atau kesalahan kata? Sekiranya berjaya, masyarakat dapat memanfaatkan sepenuhnya sungai yang bersih dan bakal menarik kehadiran pelancong asing dalam menikmati keindahan sungai di samping melihat hidupan akuatik dengan kejernihan air sungai yang dimiliki. Intihannya, pengurusan secara langsung daripada pihak yang berkuasa dan mampu akan memastikan impian dalam memastikan setiap sungai di dalam negara mencapai tahap kebersihan yang diidamkan tercapai pada suatu masa kelak.

Ayat yang diberikan tidak begitu jelas maksudnya, mengelirukan, tidak difahami dan mempunyai banyak kesalahan. Antara kesalahan tersebut ialah:

1. Dari segi tatabahasa

2. Tanda baca

3. Wujudnya ketidaksinambungan antara ayat

4. Pemilihan perkataan yang tidak betul

Tatabahasa07.08.2021
Adakah RTM, KPM dan BPR termasuk dalam golongan akronim? Terima kasihTerdapat beberapa cara pembentukan akronim, iaitu:
1. Cantuman huruf awal pertama seperti ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia)
2. Cantuman huruf dan suku kata perkataan seperti Perhilitan (Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara)
3. Cantuman suku kata awal perkataan seperti Bernama (Berita Nasional Malaysia)

Berdasarkan contoh yang diberikan, RTM, BPR dan KPM merupakan akronim.
Tatabahasa09.12.2013
bakteria Wolbachia. Adakah Wolbachia mempunyai nama di dalam bahasa melayu?

Wolbachia merupakan salah satu genus bakteria yang hidup sebagai parasit pada haiwan artropod. Nama sains termasuklah Order, Famili, Genus pada haiwan atau hidupan perlulah dikekalkan dalam ejaan Latin. Transliterasi tidak dibenarkan. Nama genus dicetak dengan huruf condong dan huruf pertamanya huruf besar.  (Rujukan:  Gaya Dewan, Edisi Ketiga)

Istilah04.03.2020
Saya mohon pandangan sama ada perkataan "menara tinjau" boleh diterjemahkan sebagai "observation tower". Saya berpendapat perkataan yang lebih sesuai digunakan sebagai padanan kepada perkataan "menara tinjau" ialah perkataan "surveillance tower" manakala bagi perkataan "observation tower", "menara cerapan". Walau bagaimanapun, dalam konteks ini, menara tinjau tersebut digunakan untuk memerhati hidupan liar dalam kawasan taman negara. Mohon nasihat dan pandangan. Sekian, terima kasih.Untuk makluman, DBP tidak memberi khidmat nasihat untuk bahasa Inggeris. Dalam pangkalan data istilah DBP, padanan bahasa Melayu untuk "observation tower" ialah menara cerapan.Istilah19.09.2016
123

Kembali ke atas