Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hi.jab] | حجاب

Definisi : Ar 1. kain penutup, mis tabir atau tirai; 2. tudung labuh penutup bahagian kepala, kadang-kadang termasuk bahagian muka wanita: masyarakat Islam ketika itu belum lagi memakai ~; 3. ki sekatan yg memisahkan seseorang (sesuatu) drpd yg lain, penyekat, dinding: solat adalah masa Allah mengang­kat ~ di antara-Nya dgn hamba-Nya; berhijab memakai hijab: wanita yg ~ ber­pegang teguh pd etika agamanya; beliau juga menemui wanita-wanita yg ~ di rumah mereka; terhijab 1. tertutup: semua aurat sudah tidak ~ lagi; 2. ki tersekat, terhalang: ada di antara manusia yg ~ utk mendapat pimpinan dan petunjuk drpd Allah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hi.jab] | حجاب

Definisi : 1 (kain) tudung penutup bahagian kepala, kadang-kadang termasuk bahagian muka wanita. 2 kain penutup, mis tabir atau tirai. berhijab memakai hijab. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hijab


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Hijab Closet Sep 15th, 2:51pm saya tidak dapat akses laman web DBP. adakah laman web sedang bermasalah?Kami mohon maaf atas kesukaran yang tuan/puan hadapi. Walau bagaimanapun, kini laman web kami boleh dilayari seperti biasa.Lain-lain15.09.2015
apakah maksud 70 ribu hijab?Frasa 70 ribu hijab tidak ada dalam pangkalan data kami. Frasa ini diambil daripada hadis, tuan/puan perlu merujuk kepada pakar hadis untuk mendapat maksud yang lebih tepat.Makna27.12.2012
Merujuk pertanyaan saya berkenaan terma "bad hair day" dan respon pihak Tuan. Terima Kasih di atas jawapan. Berikut ialah contoh ayat dengan terma "bad hair day": "Part-timers" like me wear the hijab when we are having a bad hair day. Mohon bantuan untuk terjemahan. Terima Kasih.Dalam konteks in,i kami berpendapat "bad hair day" boleh diterjemahkan kepada menghadapi masalah. (... memakai hijab apabila menghadapi masalah )Penyemakan dan penterjemahan07.08.2014
Hanim Husin Jun 27th, 2:41pm Assalamualaikum & Salam 1Malaysia! Saya Hanim dari PJ. Saya ingin mendapatkan kebenaran daripada cik/puan/tuan untuk mengadakan Bengkel/Slot demo Penggayaan Selendang dengan mudah dan pantas sesuai dengan peredaran masa yang memerlukan kita bergerak pantas dalam kehidupan seharian. Saya mempunyai kumpulan @ Hijab Stylist Team yang diterajui oleh Hijab Stylist yang semakin meningkat naik iaitu Puan Anizon Hussin, mantan Editor bagi Majalah Dara.Com. Bengkel/Slot yang bakal diadakan ini adalah percuma selama 1 1/2 jam dan ianya bertujuan untuk membantu para muslimah menggayakan tudung dengan cepat disamping menutup aurat. Slot ini juga diharap dapat mengeratkan silaturrahim diantara jabatan/staff pihak cik/puan. Diharap aktiviti akan mendapat pertimbangan daripada pihak cik/puan/tuan. InsyaAllah! Sekian, HANIM 016-9052046Sila hubungi Bhg. Komunikasi Korporat, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.Lain-lain27.06.2014

Kembali ke atas