Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
hilang
1. Bersinonim dengan lenyap
( lesap, kesasar, hirap, ghaib, sirna, )
(adjektif:)

2. Dalam konteks marah
bersinonim dengan reda, padam, pudar, luntur, surut,
(adjektif:)

3. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan mati, wafat, mangkat, gugur, meninggal,
(kata kerja:)

Kata Terbitan : menghilang, menghilangkan, kehilangan, penghilangan, penghilang,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah ayat di bawah boleh diterima? Semasa mengayuh basikal dengan pantas, Hadi hilang kawalan basikalnya. Basikal Hamdi merempuh sebatang pokok.Ayat tersebut kurang tepat  dan boleh dibetulkan seperti yang berikut: Semasa mengayuh basikal dengan pantas, Hadi hilang kawalan lalu merempuh sebatang pokok. Tatabahasa26.02.2021
Assalam. Saya telah membaca buku Tatabahasa Dewan, halaman 525-529 tetapi gagal memahami persoalan yang saya tanyakan sebelum ini. Jika penanda wacana digunakan, adakah subjek perlu/boleh/wajib digugurkan? Contoh ayat: Antara faktor kemalangan jalan raya ialah jalan rosak. Jalan yang rosak menyebabkan pemandu hilang kawalan. Selain itu, pemandu yang cuai.Kami tidak dapat memahami soalan tuan sebelum ini dengan jelas. Walau bagaimanapun, tambahan maklumat yang dapat kami berikan ialah penggunaan penanda wacana bukanlah bermakna pengguguran objek boleh berlaku, kecuali dalam ayat majmuk atau ayat terbitan. Contoh, antara faktor kemalangan jalan raya ialah jalan rosak. Jalan yang rosak boleh menyebabkan pemandu hilang kawalan. Tatabahasa20.02.2018
Apakah ungkapan/istilah yang sesuai dalam bahasa Melayu untuk memerikan sikap "self-abandonment", iaitu "sikap asyik melakukan perkara yang merosakkan diri seperti minum arak selepas seseorang menerima pukulan yang besar?Tuan/puan boleh kemukakan soalan ini kepada Persatuan Penterjemah Negara untuk mendapat jawapan yang lebih tepat. Walau bagaimanapun, padanan yang mungkin sesuai ialah "hilang kawalan diri".Penyemakan dan penterjemahan21.07.2014
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Tuan, Bagaimana caranya untuk membeli buku DBP Totto Chan Gadis Kecil di Jendela? Merujuk kepada perkara di atas, besarlah harapan saya untuk dapat membeli semula naskhah buku karangan Tetsuka Kuroyanagi yang telah dialih bahasa ke Bahasa Melayu oleh pihak DBP seperti gambar foto yang dilampirkan. Ini berikutan buku tersebut yang pernah saya baca sewaktu kecil dulu telah hilang dalam simpanan dan saya amat sayang pada buku itu. Berulang kali membacanya tetap tidak jemu. untuk makluman pihak Tuan, saya telah lama berusaha mencari naskah buku alihbahasa dalam Bahasa Melayu tersebut untuk dibeli, namun masih gagal hingga kini. Buku alih bahasa Bahasa Melayu tersebut sangat indah susunan tulisannya membuatkan rasa berkesan dalam jiwa dan mencetus imaginasi cerita yang menarik dalam fikiran. Justeru itu, mohon pihak tuan untuk memaklumkan untuk saya dapat membelinya semula naskhah yang telah dialih bahasa dalam Bahasa Melayu yang sangat bagus tersebut. Segala perhatian dan kerjasama yang diberikan amat dihargai. Sekian, terima kasih. "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" Saya yang menjalankan amanah, Rosewati Binti Mohd Yusuff

Salam sejahtera.

Buku Totto Chan Gadis Kecil di Jendela

Hasil semakan dalam sistem https://dbpniaga.my/. Judul tersebut tiada dalam stok. Ini kerana buku ini merupakan buku lama dan setakat ini tidak dicetak lagi. Kami mohon maaf atas kesulitan untuk mendapatkan buku tersebut.

Walau bagaimanapun, hasil semakan dalam sistem http://pustakav2.dbp.gov.my/. Judul  tersebut  ada dalam simpanan Pusat Dokumentasi Melayu, DBP. Memandangkan  sekarang ini dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sekiranya puan ingin  membaca semula buku tersebut, bolehlah berurusan dengan Pustakawan DBP seperti maklumat yang berikut:

a. Dr. Wan Khairoslinda Wan Khairi: linda@dbp.gov .my

b. Mohd Salman bin Zainol : salman@dbp.gov.my.

Terima kasih atas keprihatinan dan Kerjasama.
Lain-lain05.08.2021

Kembali ke atas