Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
hilang
1. Bersinonim dengan lenyap
( lesap, kesasar, hirap, ghaib, sirna, )
(adjektif:)

2. Dalam konteks marah
bersinonim dengan reda, padam, pudar, luntur, surut,
(adjektif:)

3. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan mati, wafat, mangkat, gugur, meninggal,
(kata kerja:)

Kata Terbitan : menghilang, menghilangkan, kehilangan, penghilangan, penghilang,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
involuntary loss/ involuntary contacthilang kawalanSukanTiadaKeadaan apabila atlet tidak dapat mengawal alat dengan sempurna semasa melakukan sesuatu pergerakan seperti melambung dan meleret alat. Markah akan ditolak.
narcoticnarkotikHerbaFitoterapiBahan daripada beberapa jenis tumbuhan atau ubat yang memberikan kesan dalam mengurangkan kesakitan, tetapi boleh juga mengakibatkan hilang kawalan diri, ketagihan dan mengantuk.
organic psychosispsikosis organikPsikologiPsikologi UmumKecelaruan yang berpunca daripada kecederaan atau kerosakan tisu otak yang mengakibatkan individu terlibat mengalami halusinasi, delusi atau hilang kawalan terhadap ledakan emosi. Kecelaruan ini boleh berpunca daripada bahan kimia plumbum yang dimakan dengan tidak sengaja. Bahan plumbum ini biasanya terkandung dalam cat, paip air, pemancut air, buyung atau mendapan di jalan raya atau kereta buruk.
biomechanics of activities daily livingbiomekanik aktiviti harianSains SukanBiomekanikBidang khusus biomekanik yang memberi tumpuan kepada pergerakan warga tua dan golongan kelainan upaya. Contohnya, kajian tentang warga tua yang hilang kawalan postur apabila penghasilan dopamina di dalam otak mengalami kemerosotan yang ketara.
dimethyltriptamine hydrochloridedimetiltriptamina hidrokloridaKimiaForensikFormula kimia, C12H'6N,.HD. Hablur dengan takat lebur 165�C - 168�C yang larut dalam air. Bahan ini merupakan agen psikotomimetik sintetik atau semulajadi yang diperoleh daripada tumbuhan Piptadenia peregrina dari Amerika Selatan. Bahan ini boleh menyebabkan hiperrangsangan, hilang kawalan, ataksia, tekanan darah tinggi atau rendah, konvulsi, koma dan keadaan psikotik yang berpanjangan. Hablur ini perlu diambil secara penyedutan untuk mendapatkan kesannya.
nitrobenzene poisoningkeracunan nitrobenzenaKimiaForensikKeracunan akibat pendedahan kepada nitrobenzena (formula kimia, C6H2NO2), iaitu cecair berminyak berwarna kuning pucat yang digunakan dalam penggilap kasut, sabun, minyak wangi, dan perisa buatan. Pendedahan dalam industri berlaku akibat penyedutan wasap atau penyerapan kulit. Gejala keracunan termasuk sakit kepala, mengantuk, loya, hilang kawalan otot, warna kulit kebiruan, dan dalam kes teruk, kegagalan pernafasan. Dos parah ialah 700 mg/kg, dan had pendedahan ialah I ppm. Tanda utama keracunan ialah sianosis dan demam kuning. Keracunan akut akibat penyedutan, penyerapan kulit, atau pengingesan menyebabkan sianosis, sakit kepala, sesak nafas, pening, kekeliruan, tekanan darah turun, kelesuan, stupor, konvulsi, koma, dan kemungkinan mati jika aras metemoglobin 70% atau lebih. Demam kuning, disuria, dan anemia mungkin dialami kemudian. Keracunan kronik akibat penyedutan atau penyerapan kulit mungkin mempengaruhi sistem saraf, hati, buah pinggang, dan sumsum tulang. Gejalanya ialah hilang berat badan, anemia, rasa lemah, dan keradangan. Penemuan patologi dalam kematian akut termasuk darah berwarna coklat, kecederaan buah pinggang, hati, limpa, dan hemolisis.
primidoneprimidonKimiaForensikFormula kimia, C12H14N2O2; nama dagang, Cyral, Liskantin, Mylepsinum. Serbuk hablur putih, takat lebur 281�C - 282�C, larut sedikit dalam air dan kebanyakan pelarut organik. Primidon merupakan antikonvulsan yang digunakan untuk mengawal kejang otot dalam rawatan penyakit kekejangan, termasuk grand mal, psikomotor, dan kekejangan fokus bak epilepsi. Penggunaannya dihentikan kerana boleh menyebabkan porfiria atau alergi. Kesan sampingan termasuk anemia, pening dan hilang kawalan otot-otot tertentu. Dalam plasma, dos terapeulik ialah 5 mg/L - 12 mg/L, dos toksik adalah lebih daripada 10 mg/L dan dos parah adalah lebih daripada 50 mg/L. Dos maut ialah 5 g.
aldicarb poisoningkeracunan aldikarbKimiaForensikKeracunan akibat pendedahan kepada aldikarb (formula kimia, C7H14N2O2S), iaitu insektisid karbamat yang biasa digunakan dalam rawatan tanah dan biji benih. Tanda utama keracunan adalah gangguan penglihatan, kesukaran bernafas, dan hiperaktiviti gastrousus. Keracunan akut akibat penyedutan, penyerapan kulit atau pengingesan memberikan gejala dan tanda yang bermula dalam masa 30 - 60 minit dan mencapai maksimum dalam masa 2 - 8 jam: (a) keracunan sedikit menyebabkan anoreksia, sakit kepala, pening, stupor, cemas, terketar-ketar lidah dan kelopak mata, miosis, dan kurang ketajaman penglihatan; (b) keracunan sederhana menyebabkan loya, peliuran, mata berair, kejang abdomen, muntah, berpeluh, nadi perlahan, dan fasikulasi otot; (c) keracunan teruk menyebabkan cirit-birit, anak mata kecil dan tak reaktif, sukar bernafas, edema pulmonari, sianosis, hilang kawalan sfinkter, konvulsi, koma, dan jantung tersumbat.
dichlorvos poisoningkeracunan diklorvosKimiaForensikKeracunan akibat pendedahan kepada diklorvos (DDVP, dimetil-2,2-diklorovinil fosfat), iaitu pestisid fosfat organik. Had pendedahan kepada bah an ini ialah 0.1 mg/ m3, dan dos maut (LD50) ialah 56 mg/kg. Tanda utama keracunan ialah gangguan penglihatan, kesukaran bernafas, dan hiperaktiviti gastrousus. Keracunan akut yang sedikit akibat penyedutan, penyerapan melalui kulit, atau pengingesan menyebabkan anoreksia, sakit kepala, pening, lemah, cemas, lidah dan kelopak mata terketar-ketar, miosis, dan kurang ketajaman penglihatan. Keracunan sederhana teruk pula akan mengakibatkan loya, peliuran, mala berair, kejang abdomen, muntah, berpeluh, nadi periahan, dan fasikulasi otot. Keracunan yang teruk mengakibatkan cirit-birit, anak mala kecil dan tidak reaktif, kesukaran bernafas, edema pulmonari, sianosis, hilang kawalan stinkter, konvulsi, koma dan jantung tersumbat.
temik poisoningkeracunan temikKimiaForensikKeracunan akibat pendedahan kepada telllik (formula kimia, C7H14 N2O2S), iaitu serbuk berhablur putih dengan, takat lebur 90�C - 100�C, larut dalam air, DMSO, etanol, aseton dan kloroform, tidak larut dalam heptana dan minyak mineral. Temik, iaitu pestisid karbamat, ialah nama dagang bagi aldikarb. Tanda utama keracunan ialah gangguan penglihatan, kesukaran pernafasan, dan hiperaktiviti gastrousus. Keracunan akut akibat penyedutan, penyerapan kulit atau pengingesan, jika sedikit, menyebabkan anoreksia, sakit kepala, pening, keadaan lemah, cemas, dan terketar-ketar lidah dan kelopak mata, dan kurang ketajaman penglihatan. Gejala keracunan yang sederhana ialah loya, peliuran, mata berair, kekejangan abdomen, muntah, berpeluh, nadi perlahan, dan fasikulasi otot. Gejala keracunan yang teruk ialah cirit-birit, anak mata mengecil dan tak reaktif, kesukaran pernafasan, edema pulmonari, sianosis, hilang kawalan stinkter, konvulsi, koma dan sekat jantung. Had yang dibenarkan ialah 5 �g /kg.
12

Kembali ke atas