Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hi.lir] | هيلير

Definisi : 1. bahagian sungai yg di sebelah bawah (lwn hulu atau udik): ambillah air di sebelah ~; ayah dan ibu Ah Seng yg tinggal di sebelah ~ baris kedai itu bertanam sayur dan padi; orang ~ orang yg tinggal di daerah sungai di sebelah bawah; 2. = ke hilir, menghilir (mengikut aliran sungai): maka Seri Bija Diraja pun ~lah membawa maharaja Dewa Sura kpd Bendahara Paduka Raja; ~ malam mudik tak singgah daun nipah dikatakan daun labu prb jika malas berusaha tentulah akan mendapat susah: sudah terlalu ~ malam, apa hendak dikatakan lagi prb a) orang yg mengaku kesalahannya sendiri kerana mungkir dlm janjinya; b) sesuatu kesalahan yg tidak dapat diperbetulkan lagi; tidak mengetahui hulu ~nya prb tidak tahu hujung pangkalnya sesuatu perkara dll; berhiliran sentiasa (selalu) mengalir, meng­alir ke sana ke mari; menghilir belayar (berdayung, berhanyut) ke hilir: motobot ~ terus; berjalan ~ mudik ber­jalan ke sana sini, mundar-mandir; tak tentu ~ mudiknya tidak diketahui sebab-musababnya (asal usulnya dll); bagai si jimban hendak ~ prb orang lemah lagi lembap mengerjakan sesuatu; spt penjaja, berpaling hendak ~ prb perempuan yg keluar dr rumahnya dan berjalan dgn hebat dan tampan lakunya; menghiliri mengikuti sungai dll menghala ke hilir, berjalan (berkayuh dll) ke hilir; menghilirkan 1. membiarkan (mengha­nyut­­kan) menuju ke hilir, membiarkan meng­hilir, membawa sesuatu menghilir: maka Yang Dipertuan Muda pun menyuruh hilirkan penjajapnya yg telah sedia di dlm sungai itu; 2. ki membawa (sesuatu perkara, hal, dll) ke arah tertentu; hiliran berkaitan dgn pelbagai kegiatan yg berkembang drpd kegiatan utama (bkn industri, projek, aktiviti dsb): pembuatan kereta ini telah mewujudkan industri ~ spt servis, pen­jualan kereta dsb; pembangunan KLIA di­jangka meningkatkan pembangunan infra­struktur sokongan dan menggalakkan per­tumbuhan ~ baru di luar kawasan Lembah Klang; peringkat ~; produk ~; berkehiliran berketentuan; penghiliran perbuatan menghilir: sepanjang ~ di Sungai Lepeh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hi.lir] | هيلير

Definisi : bahagian sungai yg di sebelah bawah; lw hulu: Mereka tinggal di ~ sungai itu. ~ mudik ke sana ke mari; pergi balik; mundar-mandir: Dia berjalan ~ mudik sambil berfikir utk menyelesaikan masalah itu. menghilir belayar (berjalan dll) ke hilir sungai; menuju ke hilir. Dia pun naik perahu lalu ~ sungai itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hilir
Kata Terbitan : hilir-mudik, sehilir semudik,
Rujuk :muara;,

Puisi
 

Hilir Daik menyongsong Daik,
     Tanam terombong di bawah batang;
Kalau abang budi baik,
    baik/datang Tidak diseru saya datang.


Lihat selanjutnya...(46)
Peribahasa

Ke hilir kena kutuk sultan,
     ke mudik kena kutuk raja.

Bermaksud :

Orang yang serba salah kerana melanggar perjanjian.

 

Lihat selanjutnya...(38)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
downstreamadv ke hilir: the logs floated ~, kayu-kayu itu hanyut ke hilir.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
larka 2 vi; ~ /about, around /, main ke hulu ke hilir: the boys spent most of their holidays in ~ing about, budak-budak itu menghabiskan cuti mereka dgn main ke hulu ke hilir.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
larka 2 vi; ~ /about, around /, main ke hulu ke hilir: the boys spent most of their holidays in ~ing about, budak-budak itu menghabiskan cuti mereka dgn main ke hulu ke hilir.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
downstreamadj in lower part of stream, di hilir;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
raftvi berakit: they ~ed down the river, mereka berakit ke hilir sungai;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
broadenvi melebar: the river ~s just below the bridge, sungai itu melebar di sebelah hilir jambatan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
down1prep 1. to lower place on a hill etc, menuruni: to run ~ the steep slope, berlari menuruni cerun yg curam itu; 2. along, a. (river, stream, etc in the direction of the sea) ke hilir: we rowed ~ the river, kami mendayung ke hilir sungai itu; b. (road, street, etc) di: as we were walking ~ the narrow lane..., semasa kami berjalan di lorong sempit itu...; what’s the weather like ~ your way?, bagaimana cuaca di tempat kamu?; c. (pipe, tube, etc) melalui, di: water gushing ~ the conduit, air yg mengalir deras melalui pembuluh; d. (surface of) di: blood trickled ~ his cheek, darah meleleh di pipinya; 3. at a point along, a. (river, stream, etc) di hilir: they live ~ the river, mereka tinggal di hilir sungai; b. (road, street etc) di depan sedikit: his room is ~ the corridor, biliknya di depan sedikit koridor ini;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
forkvi 1. divide into branches, bercabang: the river ~s below the town, sungai itu bercabang di hilir bandar; 2. turn at a fork, belok: ~ right at the bottom of the hill, belok ke kanan di kaki bukit;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
float2. a. move on surface of water, hanyut: the raft ~ed down the river, rakit itu hanyut ke hilir sungai; why bother rowing? Let’s just ~, buat apa berdayung, biar saja perahu kita hanyut; b. move through air, melayang-layang; (of cloud) terapung-apung: the propaganda leaflets ~ed down onto the streets of the city, risalah-risalah propaganda jatuh melayang-layang ke jalan-jalan kota itu; clouds were ~ing across the sky, awan terapung-apung melintasi langit; 3. (of sound) mengalun: the sound of the cowbells ~ed across the icy mountain slopes, bunyi loceng lembu mengalun di sekitar lereng gunung yg berais itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
pole 1vi &vtmenggalah: we ~d down the river as soon as night fell, kami menggalah ke hilir sungai sebaik sahaja malam tiba; when everything was ready, he ~d the raft upstream, apabila semua kelengkapan telah sedia, dia menggalah rakit ke hulu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123

Kembali ke atas