Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hi.lir] | هيلير

Definisi : 1. bahagian sungai yg di sebelah bawah (lwn hulu atau udik): ambillah air di sebelah ~; ayah dan ibu Ah Seng yg tinggal di sebelah ~ baris kedai itu bertanam sayur dan padi; orang ~ orang yg tinggal di daerah sungai di sebelah bawah; 2. = ke hilir, menghilir (mengikut aliran sungai): maka Seri Bija Diraja pun ~lah membawa maharaja Dewa Sura kpd Bendahara Paduka Raja; ~ malam mudik tak singgah daun nipah dikatakan daun labu prb jika malas berusaha tentulah akan mendapat susah: sudah terlalu ~ malam, apa hendak dikatakan lagi prb a) orang yg mengaku kesalahannya sendiri kerana mungkir dlm janjinya; b) sesuatu kesalahan yg tidak dapat diperbetulkan lagi; tidak mengetahui hulu ~nya prb tidak tahu hujung pangkalnya sesuatu perkara dll; berhiliran sentiasa (selalu) mengalir, meng­alir ke sana ke mari; menghilir belayar (berdayung, berhanyut) ke hilir: motobot ~ terus; berjalan ~ mudik ber­jalan ke sana sini, mundar-mandir; tak tentu ~ mudiknya tidak diketahui sebab-musababnya (asal usulnya dll); bagai si jimban hendak ~ prb orang lemah lagi lembap mengerjakan sesuatu; spt penjaja, berpaling hendak ~ prb perempuan yg keluar dr rumahnya dan berjalan dgn hebat dan tampan lakunya; menghiliri mengikuti sungai dll menghala ke hilir, berjalan (berkayuh dll) ke hilir; menghilirkan 1. membiarkan (mengha­nyut­­kan) menuju ke hilir, membiarkan meng­hilir, membawa sesuatu menghilir: maka Yang Dipertuan Muda pun menyuruh hilirkan penjajapnya yg telah sedia di dlm sungai itu; 2. ki membawa (sesuatu perkara, hal, dll) ke arah tertentu; hiliran berkaitan dgn pelbagai kegiatan yg berkembang drpd kegiatan utama (bkn industri, projek, aktiviti dsb): pembuatan kereta ini telah mewujudkan industri ~ spt servis, pen­jualan kereta dsb; pembangunan KLIA di­jangka meningkatkan pembangunan infra­struktur sokongan dan menggalakkan per­tumbuhan ~ baru di luar kawasan Lembah Klang; peringkat ~; produk ~; berkehiliran berketentuan; penghiliran perbuatan menghilir: sepanjang ~ di Sungai Lepeh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hi.lir] | هيلير

Definisi : bahagian sungai yg di sebelah bawah; lw hulu: Mereka tinggal di ~ sungai itu. ~ mudik ke sana ke mari; pergi balik; mundar-mandir: Dia berjalan ~ mudik sambil berfikir utk menyelesaikan masalah itu. menghilir belayar (berjalan dll) ke hilir sungai; menuju ke hilir. Dia pun naik perahu lalu ~ sungai itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hilir
Kata Terbitan : hilir-mudik, sehilir semudik,
Rujuk :muara;,

Puisi
 

Hilir Daik menyongsong Daik,
     Tanam terombong di bawah batang;
Kalau abang budi baik,
    baik/datang Tidak diseru saya datang.


Lihat selanjutnya...(46)
Peribahasa

Ke hilir kena kutuk sultan,
     ke mudik kena kutuk raja.

Bermaksud :

Orang yang serba salah kerana melanggar perjanjian.

 

Lihat selanjutnya...(38)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah erti baruh?Baruh bermaksud (kawasan) tanah yg lebih rendah letaknya (hilir, dekat pantai).Makna01.04.2010
"Ingin tahu terjemahan dalam Bahasa Melayu 1)outlet (bahagian struktur di mana air keluar ) 2) outfall( bahagian struktur dimana air keluar tapi paras nyamenurun) 3) tail water (paras air di sebelah hilir struktur) 4) invert level (aras sasuatu tapak atau lokasi) 5) downstream boundary condition Harap dapat bantu saya."1. outlet - saluran keluar 2. outfall - betung alur keluar (Istilah Perhutanan) 3. invert level - dasar (Istilah Geografi) 4. downstream boundary - cadangan: Sempadan hilir Mohon hubungi DBP untuk perbincangan lanjut sekiranya istilah tidak menepati konsep yang diperlukan.Istilah28.05.2013
tuan, saya ada beberapa soalan yang menimbulkan kekeiruan: 1. suasana mesra diwujudkan melalui interaksi sesama mereka.( kesalahan jawapan ialah sesama) 2. aktivis bermasyarakat itu dianugerahkan pingat.(kesalahan: bermasyarakat) 3. pengulas sukan itu kelihatan berat sebelah ketika membuat ulasan siaran secara langsung. (kesalahan:pengulas) 4. perkhidmatan layan diri.(kesalahan di mana?) 5. kawasan hilir sungai dipenuhi lumpur selepas banjir surut.( kesalahan di mana?) 6. pelbagai jenis lauk-pauk( kesalahan di mana?)

1. Suasana mesra diwujudkan melalui interaksi sesama mereka. - sesama bermaksud antara, ayat ini betul 

2. Aktivis bermasyarakat itu dianugerahkan pingat. - yang betul 'aktivitis masyarakat', iaitu kata majmuk   

3. Pengulas sukan itu kelihatan berat sebelah ketika membuat ulasan siaran secara langsung. - ayat ini betul kerana pengulas ialah orang yang bertugas memberikan ulasan terhadap kegiatan sukan itu

4. Perkhidmatan layan diri. - buang perkataan 'perkhidmatan' kerana tiada khidmat yang diberikan. 'Layan Diri' sahaja 

5. Kawasan hilir sungai dipenuhi lumpur selepas banjir surut. tiada kesalahan

6. Pelbagai jenis lauk-pauk - Frasa yang betul 'pelbagai jenis lauk' atau 'lauk-pauk'

Tatabahasa29.03.2011
Minta terjemahan maksud upgradient dan downgradient seperti ayat di bawah: sampling locations will be placed at the area suspected with subsurface contamination or at down gradient locations to the suspected contaminated area. It is also recommended to consider placing of sampling locations at both up gradient and down gradient of the site to determine the background level of contaminants concentrations and the boundary concentrations for comparison purposes.Cadangan yang dapat kami berikan ialah: upgradient = hulu, downgradient = hilir.Penyemakan dan penterjemahan16.09.2015
segala yang berkaitan dengan buaya, maksud, peribahasa, pantun, istilah, dan lain-lain....juga kearamatAntara peribahasa yang berkaitan dengan buaya ialah; Adakah buaya menolak bangkai? Seorang jahat tentu akan berbuat jahat, kalau ada kesempatan. 2 . Air yang keruh-keruh kerak, alamat buaya di hulunya. Daripada perkataan dapat dimaklumi niat di dalam hati. keruh-keruh kerak = tiada jernih. 3 . Air yang tenang, jangan disangka tiada berbuaya. Orang yang diam jangan disangka pengecut. 4 . Asal selamat ke seberang, biar bergantung di ekor buaya. Sangat perlu akan pertolongan, betapa pun jua pertolongan itu akan diterimanya. 5 . Bergalah ke hilir tertawa buaya, bersuluh di bulan terang tertawa harimau. Membuat pekerjaan yang sia-sia. 6 . Besar berudu di kubangan, besar buaya di lautan. Tiap-tiap orang mulia dan besar pada tempatnya masing-masing. Sila rujuk Kamus Istimewa Peribahasa Melayu dan Kurik KUndi Merah Saga terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka untuk rujukan himpunan pantun-pantun Melayu. Harap maklum.Lain-lain27.11.2007
Assalamualaikum, Apakah ciri-ciri / perbezaan antara seloka dan gurindam? Terima kasih.
Waalaikumussalam. Istilah gurindam berasal daripada bahasa Sanskrit. Walaupun nama gurindam itu berasal daripada pengaruh asing, tetapi bentuk gurindam itu dicipta oleh masyarakat Melayu sendiri dan berkembang dalam tradisi lisan Melayu. Menurut Za'ba, gurindam ialah sejenis puisi yang tidak mengandungi sukatan yang tetap. Puisi ini mengandung fikiran yang bernas untuk tujuan memberi nasihat dan pesanan. Gurindam digubah dalam bahasa yang indah. Berikut diturunkan salah satu contoh gurindam, iaitu:
Kalau banyak berkata-kata,
Di sanalah boleh terjadi dusta.
Seloka juga berasal daripada bahasa Sanskrit, tetapi dalam bahasa Melayu seloka adalah sejenis puisi  lisan Melayu yang tiada tetap sajaknya. Puisi ini digubah bertujuan untuk menyindir, mengejek, bergurau senda dan berjenaka dengan menggunakan bahasa yang berangkap seperti yang berikut:
Aduhai malang Pak Kaduk
Ayamnya menang kampung tergadai
Ada nasi dicurahkan,
Awak pulang kebuluran
Mudik menongkah surut
Hilir menongkah pasang.
Lain-lain28.08.2009

Kembali ke atas