Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hindi

Puisi
 

Sekoci belayar di Lautan Hindi,
     Singgah sebentar mengangkat taut;
Jangan dibiar kedapatan budi,
     Takut kecundang kasih berpaut.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kenapa Nama untuk Indian Ocean diberikan Lautan Hindi dalam Bahasa Malaysia? Kenapa tak Lautan India?Tidak ada maklumat tentang etimologi Lautan Hindi sebagai padanan Indian Ocean dalam pangkalan data kami. Melalui semakan di internet, ada maklumat tentang asal kata Hindi dikatakan daripada bahasa Parsi lama bermaksud Sungai Indus. Berkemungkinan faktor asal kata inilah menjadi sebahagian daripada pertimbangan penterjemahan perkataan indian (Indian Ocean) dalam bidang Geografi kepada Hindi (Lautan Hindi). Untuk maklumat tentang padanan istilah hindi dalam bidang Geografi, sila rujuk hindi">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=hindi dan klik Istilah Malaysia.Istilah25.03.2014
Adakah terjemahan ini betul? British Indian Ocean Territory - Wilayah Lautan British Hindi

Padanan yang tepat bagi frasa “Indian Ocean” dalam bidang Geografi ialah Lautan Hindi, maka terjemahan yang sesuai bagi “British Indian Ocean Territory” ialah Wilayah Lautan Hindi British.

Penyemakan dan penterjemahan15.11.2019
saya ingin menjadi penterjemah karya bagi bahasa arab? adakah terdapat kekosongan dan peluang untuk menjadi penterjemah sambilan di DBP? bagaimana cara untuk saya mendapatkan peluang ini? selain itu, saya mempunyai kebolehan menterjemah bahasa hindi dengan baik. sekian, terima kasih.Untuk menjadi penterjemah sambilan, saudara boleh berhubung dengan Persatuan penterjemah Malaysia atau Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM). Pihak tersebut boleh memberi banyak peluang kepada saudara untuk menterjemah bahan-bahan dalam bahasa Arab atau bahasa Hindi.
Bahagian Agama, Falsafah Dan Tamadun Islam DBP tidak menyediakan program menterjemah kecuali buku-buku terjemahan yang tidak dapat diusahakan oleh pihak ITNM.
Lain-lain25.11.2007
Assalamualaikum, Untuk tulisan jawi, ejaan perkataan yang mengandungi kata ganda, digunakan dash atau hyphen? Apakah alasannya? Terima kasih.

Kata Ganda

Kata ganda penuh ditulis dengan menggunakan tanda angka dua Hindi (٢). Penulisan kata ganda penuh seperti contoh yang berikut:

anai-anai = اناي٢ 

baik-baik = باءيق٢ 

kupu-kupu = کوڤو٢ 

Apabila bahagian kata yang diganda itu berubah bentuknya, tanda sempang (-) digunakan sebagai tanda ganda. Kata ganda jenis ini termasuklah kata ganda berimbuhan dan kata ganda berentak.

(i) Penulisan kata ganda berimbuhan seperti contoh yang berikut:

mudah-mudahan = موده-مودهن

zaman-berzaman = زمان-برزمان

lama-kelamaan = لاما-کلاماءن

(ii) Penulisan kata ganda berentak seperti contoh yang berikut:

bolak-balik = بولق-باليق

lauk-pauk = لاءوق-ڤاءوق

kontang-kanting = کونتڠ ـ کنتيڠ

 

Catatan: Terdapat sesetengah kata ganda yang dieja dengan menambah huruf alif (ا) pada bentuk ganda yang pertama apabila menerima imbuhan kerana kata ganda dianggap sebagai satu perkataan. Contohnya, perkataan:

bersama-sama  =برساما-سام

bersuka-suka = برسوکا-سوک

semata-mata = سماتا-مات

Lain-lain14.03.2022

Kembali ke atas