Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hindi

Puisi
 

Sekoci belayar di Lautan Hindi,
     Singgah sebentar mengangkat taut;
Jangan dibiar kedapatan budi,
     Takut kecundang kasih berpaut.


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
LAUTAN HINDI UMUM 
RAPANG KETAM

Rapang ketam ialah burung randuk yang

terdapat di pantai Lautan Hindi, dari Afrika Timur

hingga ke Burma serta di Kepulauan Andaman dan

Madagascar di Lautan Hindi. Badan burung ini

berwarna putih, belakang dan kepaknya berwarna

hitam.

UMUM 
AUSTRALIA

Australia ialah satu-satunya negara yang juga

sebuah benua. Dari segi keluasan, Australia adalah

negara yang keenam terbesar dan benua yang

terkecil. Australia terletak di antara Lautan Pasifik

Selatan dengan Lautan Hindi. Bahagian Lautan Hindi

di selatan Australia dinamakan Lautan Selatan di

negara ini. Australia terletak kira-kira 11 000 kilometer

di barat daya Amerika Utara dan kira-kira 3000

kilometer di tenggara tanah besar Asia. Australia

sering dirujuk “sebagai negara bawah angin” kerana

ia pada keseluruhannya terletak di dalam Hemisfera

Selatan. Nama Australia berasal daripada perkataan

Latin australis , yang bermakna selatan . Nama rasmi

negara ini ialah Komanwel Australia .

UMUM 
MUNSYI MOHAMMED ALIE GOLAM HOESIN AL-HINDI

MUNSYI MOHAMMED ALIE GOLAM HOESIN AL-HINDI (  ?  -   ?  ), pengarang akhbar dan penulis. Dia berketurunan Tamil Muslim dan mahir dalam bahasa Melayu klasik. Dia adalah pengarang akhbar Jawi Peranakan yang diterbitkan pada tahun 1896 di Singapura. Jawatan tersebut kemudian disandang oleh Munsyi Muhammad Said Dada Muhyiddin.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SRI LANKA

Sri Lanka ialah negara pulau di Lautan Hindi. Ia

terletak kira-kira 32 kilometer dari pinggir laut

tenggara India. Nama rasminya ialah Republik

Sosialis Demokratik Sri Lanka. Negara ini

dahulunya dikenali sebagai Ceylon.

UMUM 
TELUK BENGGALA

Teluk Benggala ialah bahagian utara Lautan

Hindi, yang bersempadan dengan India,

Bangladesh, dan Myanmar. Sungai-sungai yang

mengalir masuk ke teluk ini termasuk Sungai

Gangga, Brahmaputra, dan Irrawaddy. Bandar

pelabuhan yang penting di teluk ini ialah Calcutta,

Madras, dan Rangoon. Pantai baratnya mempunyai

sedikit pelabuhan. Pantai timurnya agak berbeza.

Kepulauan Andaman dan Nicobar serta

Kepulauan Mergui terletak di timur

teluk ini. Rangkaian kepulauan gunung

berapi terletak di luar pantai Burma. Siklon yang diiringi

ombak gadang ada kalanya berlaku di

teluk ini pada penghujung musim

monsun (September/Oktober).

UMUM 
DIEGO GARCIA

Diego Garcia ialah sebuah pulau di Lautan Hindi.

Ia merupakan sebahagian daripada Kepulauan

Chagos. Amerika Syarikat mengekalkan pulau ini

sebagai pangkalan angkatan laut di Diego Garcia.

UMUM 
PULAU KRISMAS

Pulau Krismas ialah wilayah Australia di Lautan

Hindi, kira-kira 2500 kilometer di barat Laut Perth.

Pulau ini berukuran kira-kira 20 kilometer panjang

dan 15 kilometer lebar. Industri utamanya ialah

melombong fosfat. Penduduknya berjumlah 3000

orang yang kebanyakannya berketurunan Cina atau

Melayu.

UMUM 
MAURITIUS

Mauritius ialah negara pulau di Lautan Hindi.

Pulau utamanya, yang juga dikenali sebagai

Mauritius, terletak kira-kira 800 kilometer ke arah

timur Madagascar dan kira-kira 4000 kilometer ke

barat daya India.

UMUM 
SELAKANT

Selakant ialah sejenis ikan primitif yang terdapat

di barat Lautan Hindi. Ahli sains telah menemui fosil

selakant yang hidup lebih daripada 300 juta tahun

dahulu. Ikan ini dipercayai telah pupus sehingga

seekor selakant ditangkap di luar pantai Afrika

Selatan pada tahun 1938. Sejak itu, banyak lagi

selakant yang ditangkap. Selakant adalah anggota

kumpulan ikan purba yang dikenali sebagai

sarcopterygian. Ikan peparu adalah satu-satunya

anggota kumpulan ini yang masih hidup. Lihat Ikan

(Zaman Ikan).

UMUM 
12345

Kembali ke atas