Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hindi

Puisi
 

Sekoci belayar di Lautan Hindi,
     Singgah sebentar mengangkat taut;
Jangan dibiar kedapatan budi,
     Takut kecundang kasih berpaut.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Hindi subracesuku-ras HindiSosiologiTiadaTiada
Indian OceanLautan HindiGeografiTiadaTiada
South Indian OceanLautan Hindi SelatanGeografiTiadaTiada
International Indian Ocean Expedition (IOE)Ekspedisi Lautan Hindi AntarabangsaGeografiTiadaTiada
ocean ridgepermatang lautanSains MarinTiadaPermatang gunung bawah laut yang selanjar melalui Lautan Atlantik Utara dan Selatan serta Lautan Hindi dan Lautan Pasifik Selatan yang aktif volkanik dan dijana oleh aktiviti plat tektonik. Permatang lautan jenis ini dicirikan oleh pemisahan dasar lautan.
oceanic ridgepermatang lautanGeologiTiadaBanjaran gunung median, seismos, dan selanjar di lantai laut yang menganjur melalui Lautan Atlantik Utara dan Selatan, Lautan Hindi dan Lautan Pasifik Selatan; topografinya berceranggah, ketinggiannya 1-3 km, kelebarannya kira-kira 1500 km, dan panjangnya melebihi 84,000 km.
children's book trustamanah buku kanak-kanakPerpustakaanTiadaSatu usaha penerbitan India di Delhi yang menerbitkan buku-buku dalam bahasa Inggeris dan bahasa Hindi yang dijual dengan harga subsidi atas ilham seorang kartunis India yang bernama Shankar Pillai.
exclusive fishing righthak penangkapan eksklusifPerikananTiadaKebenaran untuk menangkap ikan yang diberikan oleh pertubuhan antarabangsa kepada sesebuah negara di sesuatu perairan berdasarkan persetujuan yang telah dicapai. Contohnya, hak penangkapan ikan tuna di Lautan Hindi diberikan kepada Malaysia berdasarkan komitmen dan sumbangan Malaysia kepada Indian Ocean Tuna Commission (IOTC).
aristocratbangsawanKesenianDrama dan TeaterPersembahan teater Melayu yang menggunakan unsur lakonan, muzik, tarian, nyanyian dan lawak serta kelengkapan pentas dalam bentuk set tirai. Secara tradisinya, persembahan bangsawan tidak mempunyai skrip dan banyak bergantung pada kebolehan para pelakonnya untuk membawa cerita. Kebiasaannya, kisah dalam bangsawan berkisar tentang raja-raja dan golongan bangsawan. Terdapat juga kisah berdasarkan sejarah tempatan, kisah Islam, cerita Hindi, cerita Cina dan lain-lain. Bangsawan berasal dari Bombay, India dan dibawa oleh sekumpulan pelakon teater Parsi (dikenali sebagai wayang Parsi) yang menyampaikan persembahannya dalam bahasa Urdu. Apabila wayang Parsi tidak lagi aktif, persembahan bangsawan diambil alih oleh pelakon tempatanyang menubuhkan kumpulan bangsawannya sendiri dalam bahasa Melayu. Contoh cerita bangsawan ialah Jula Juli Bintang Tujuh, Laksamana Mati Dibunuhdan Bawang Putih Bawang Merah. Sinonimwayang Parsi.
Bhakti poetrypuisi BhaktiKesusasteraanTiadaPuisi India yang bermula semasa pergerakan Zaman Bhakti dari abad ke-14 hingga 17. Puisi Bhakti muncul sebagai reaksi terhadap keadaan politik, sosial, dan keagamaan yang bergelora pada zaman sebelumnya. Zaman Bhakti telah menyaksikan kelahiran beberapa penyair suci yang menghasilkan puisi yang bersifat introspektif. Puisi mereka mengagungkan kesolehan, pengabdian, dan bermutu tinggi sehingga zaman ini digelar sebagai Zaman Keemasan sastera Hindi. Puisi ini memberatkan penolakan radikal terhadap penentuan kasta dan kekangan agama Hindu yang memudaratkan manusia. Antara penyair Bhakti yang terkenal ialah Meerabai, Surdas, Tulsidas, Chaitanya Mahaprabhu, Jayadeva, dan Guru Nanak. Penyair yang dianggap suci ini mengetepikan bahasa Sanskrit dan mengarang dalam bahasa tempatan. Puisi mereka mengandungi rangkap yang mudah diulangi dan dilagukan. Puisi ini lebih menekankan perhubungan manusia dengan Tuhan berasaskan kesolehan, pengabdian, dan cinta yang tidak mementingkan diri, kerendahan hati dan kebaktian kepada orang lain. Bhakti berasal daripada perkataan Sanskrit bermaksud �amal soleh dan pengabdian�.
12

Kembali ke atas