Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hing.gap] | هيڠݢڤ

Definisi : 1. berhenti terbang lalu bertenggek di atas sesuatu (bkn burung, lalat, dll): kupu-kupu ~ di atas bunga mawar; terbang-terbang ~ tidak tentu tempat tinggalnya; 2. ki singgah, jatuh dan mengenai sesuatu: kayu itu ~ betul-betul di atas kepalanya; tamparan yg kuat ~ di muka adiknya; 3. ki menimpa (bkn penyakit dll), berjangkit pd yg lain (bkn api dll): penyakit itu telah ~ padanya; ~ mencengkam terbang menumpu prb kalau merantau ke negeri lain hendaklah mencari orang yg sesuku dan apabila hendak pulang dr sana mestilah memberitahu orang itu juga; ~ saja bagai langau, titik saja bagai hujan prb sesuatu (kemalangan dll) yg terjadi dgn tiba-tiba saja; hendak ~ tiada berkaki prb ingin berbuat sesuatu tetapi tidak berdaya; menghinggapi 1. hinggap pd, duduk (berdiri, melekat) pd: bubur yg dihinggapi lalat itu patut dibuang; 2. menimpa (penyakit dll), menjangkiti (api dll): penyakit pelagra biasanya ~ orang yg menjadikan jagung sbg makanan utama. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hing.gap] | هيڠݢڤ

Definisi : 1 berhenti terbang lalu duduk bertenggek pd sesuatu (bkn burung, lalat dll); mencok: Burung itu terbang lalu ~ di dahan. 2 ki berjangkit pd orang lain (bkn penyakit dll): Penyakit itu telah ~ pdnya. menghinggapi 1 duduk atau bertenggek pd (sesuatu): Makanan yg dihinggapi lalat patut dibuang. 2 menim­pa atau menjangkiti seseorang dll (bkn penyakit): Seorang rakan kami telah dihinggapi demam malaria lalu meninggal dunia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hinggap (kata kerja)
1. Bersinonim dengan bertenggek: bertengger, bertingkir, mencok,

2. Bersinonim dengan singgah: berhenti, sementara, berehat,

3. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan mengenai, menimpa,

Kata Terbitan : menghinggapi,

Puisi
 

Hinggap mari di hujung ciku,
     Mari hinggap di ranting tua;
Hendak mati di hujung kuku,
     Satu kubur kita berdua.


Lihat selanjutnya...(73)
Peribahasa

Hinggap seperti benalu.

Bermaksud :

Menumpang, kemudian merosakkan tempat tumpangannya itu. benalu = pasilan.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
settle 1 vi 1. land from above, hinggap: a small bird ~d on the window sill, seekor burung kecil hinggap di ambang jendela;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
settle 1 ~ on, a. see vi (sense 1.); b. (of eyes, gaze) hinggap pd: his gaze roamed the hall and finally ~d on someone sitting in the front row, pandangannya berlegar di sekitar dewan itu dan akhirnya hinggap pd seseorang yg duduk di barisan hadapan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
light 2 vi (old use & liter.), (of bird) hinggap;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
light 2 vi (old use & liter.), (of bird) hinggap;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
uncoveredadj 1. exposed, terdedah, tdk bertutup: flies settled on the ~ food, lalat hinggap pd makanan yg terdedah itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
scarecrown 1. dummy figure, orang-orang, orang-orangan: a bird was sitting on the ~’s hat, seekor burung hinggap di atas topi orang-orang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
alight 1 vi 1. dismount, turun: she stumbled as she ~ed from the train, dia tersandung ketika turun dr kereta api; he ~ed at the National Museum, dia turun di Muzium Negara; 2. land lightly, hinggap: a little sparrow ~ed on the fence, seekor burung pipit hinggap di atas pagar;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
swarm 1 n 1. large group of bees or insects, /kawan, kawanan, kumpulan/ (approp n): a ~ of bees settled on one of the boughs of the tree, sekawan lebah hinggap pd salah satu dahan pokok itu; the sugar attracted a ~ of ants, gula itu dikerumuni sekumpulan semut;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
veryadj 1. extreme point in space or time, absolute, betul-betul: there he was, standing on the ~ top of the tower, itu pun dia, berdiri betul-betul di atas menara; a fly settled on the ~ tip of his nose, seekor lalat hinggap betul-betul di hujung hidungnya; we stayed to the ~ end of the party, kami tinggal sehingga majlis itu betul-betul selesai; from the ~ beginning, dr mula-mula lagi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
twitchvi1. move jerkily, bergerak-gerak; (of small muscle) menggerenyet: a gecko’s tail continues to ~ for a while after it has been discarded, ekor cicak akan terus bergerak-gerak selepas dibuang; one of the curtains ~ed slightly as I walked up to the house, salah satu langsir bergerak-gerak semasa saya berjalan menuju ke rumah itu; the dog’s nose ~ed as the fly settled on it, hidung anjing itu menggerenyet semasa lalat itu hinggap di atasnya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas