Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hing.gap] | هيڠݢڤ

Definisi : 1. berhenti terbang lalu bertenggek di atas sesuatu (bkn burung, lalat, dll): kupu-kupu ~ di atas bunga mawar; terbang-terbang ~ tidak tentu tempat tinggalnya; 2. ki singgah, jatuh dan mengenai sesuatu: kayu itu ~ betul-betul di atas kepalanya; tamparan yg kuat ~ di muka adiknya; 3. ki menimpa (bkn penyakit dll), berjangkit pd yg lain (bkn api dll): penyakit itu telah ~ padanya; ~ mencengkam terbang menumpu prb kalau merantau ke negeri lain hendaklah mencari orang yg sesuku dan apabila hendak pulang dr sana mestilah memberitahu orang itu juga; ~ saja bagai langau, titik saja bagai hujan prb sesuatu (kemalangan dll) yg terjadi dgn tiba-tiba saja; hendak ~ tiada berkaki prb ingin berbuat sesuatu tetapi tidak berdaya; menghinggapi 1. hinggap pd, duduk (berdiri, melekat) pd: bubur yg dihinggapi lalat itu patut dibuang; 2. menimpa (penyakit dll), menjangkiti (api dll): penyakit pelagra biasanya ~ orang yg menjadikan jagung sbg makanan utama. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hing.gap] | هيڠݢڤ

Definisi : 1 berhenti terbang lalu duduk bertenggek pd sesuatu (bkn burung, lalat dll); mencok: Burung itu terbang lalu ~ di dahan. 2 ki berjangkit pd orang lain (bkn penyakit dll): Penyakit itu telah ~ pdnya. menghinggapi 1 duduk atau bertenggek pd (sesuatu): Makanan yg dihinggapi lalat patut dibuang. 2 menim­pa atau menjangkiti seseorang dll (bkn penyakit): Seorang rakan kami telah dihinggapi demam malaria lalu meninggal dunia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hinggap (kata kerja)
1. Bersinonim dengan bertenggek: bertengger, bertingkir, mencok,

2. Bersinonim dengan singgah: berhenti, sementara, berehat,

3. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan mengenai, menimpa,

Kata Terbitan : menghinggapi,

Puisi
 

Hinggap mari di hujung ciku,
     Mari hinggap di ranting tua;
Hendak mati di hujung kuku,
     Satu kubur kita berdua.


Lihat selanjutnya...(73)
Peribahasa

Hinggap seperti benalu.

Bermaksud :

Menumpang, kemudian merosakkan tempat tumpangannya itu. benalu = pasilan.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Burung itu hinggap di ranting pokok. 2. Burung itu hinggap pada ranting pokok. Dua kata sendi di dan pada yang digunakan dalam ayat di atas, manakah yang betul ? Mengapa ? terima kasih.Ayat yang betul ialah, Burung itu hinggap pada ranting pokok. - Dalam buku Tatabahasa Dewan, antara situasi penggunaan kata sendi nama pada; sebagai perkataan yang terletak di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja.Tatabahasa29.07.2010
Tuan, Peribahasa manakah di bawah adalah betul? 1. Setinggi-tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau. ATAU 2. Setinggi-tinggi bangau terbang, akhirnya hinggap di belakang kerbau. Terima kasihMenurut Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, peribahasa yang betul ialah Setinggi-tinggi terbang bangau, hinggap di belakang kerbau juga.
Lain-lain22.03.2018
1. Berapakah ekor burung yang hinggap di atas dahan? atau Berapa ekorkah burung yang hinggap di atas dahan? 2. pusat beli-belah / pusat membeli-belah 3. Ali menuju ke / menuju kelas Lima Biru.

Ayat yan betul ialah:

1. Berapakah ekor burung yang hinggap di atas dahan?

2. pusat beli-belah

3. Ali menuju ke  Kelas Lima Biru.

 
Tatabahasa31.03.2010
BURUNG MERPATI HINGGAP DI/PADA DAHAN POKOK SENA SETELAH TERBANG KE SANA KE SINIDI DAN PADA BOLEH DIGUNAKAN. TATABAHASA DEWAN - SENDI NAMA DI DAN PADATatabahasa20.05.2011
Soalan 1 a. ahli bulan sabit merah @ b. ahli Bulan Sabit Merah Soalan 2 a. Rama-rama hinggap pada bunga. @ b. Rama-rama hinggap di bunga. Soalan 3 a. sayur-sayuran sudah masak @ b. sayur-sayuran sudah matang Soalan 4 a. mencari kayu api di hutan @ b. mencari kayu api di dalam hutan TQJawapan yang betul ialah 1. b. ahli Bulan Sabit Merah. 2. a. Rama-rama hinggap pada bunga. 3. a. sayur-sayuran sudah masak. 4. b. mencari kayu api di dalam hutan.Lain-lain07.10.2010
Selamat pagi. 8 Ayam jantan Pak Hussin __________ di atas tunggul kayu sambil berkokok. A duduk B hinggap C bertenggek D berlunjur Apakah jawapan yang paling tepat? Apakah perbezaan antara hinggap dan bertenggek? Ter8ma kasih.Ayam jantan Pak Hussin bertenggek di atas tunggul kayu sambil berkokok. Hingap bermaksud berhenti terbang lalu bertenggek di atas sesuatu dan bertenggek bermaksud duduk di tempat yang agak tinggi.
Tatabahasa17.03.2014
Sekawan burung berhijrah hinggap di atas dahan pokok di Kuala Gula.

Kami mencadangkan ayat “Sekawan burung penghijrah hinggap di atas dahan pokok di Kuala Gula”. Cadangan ini dibuat kerana terdapat istilah khusus “burung penghijrah” dalam bidang Perhutanan, iaitu berdasarkan padanan daripada bahasa Inggeris “bird of passage”. (Rujukan: Kamus Inggeris-Melayu Dewan).

Istilah11.05.2020
Burung merpati hinggap di dahan pokok sena setelah terbang ke sana sini. Soalan: penggunaan kata sendi 'di' dalam ayat di atas. Jawapan untuk soalan di atas sama ada "di dahan pokok" atau "pada dahan pokok". -soalan ujian BM Selaras ZPWPKL 2011.Berdasarkan rumus tatabahasa, penggunaan yang paling tepat ialah pada - Burung merpati hinggap di dahan pokok sena setelah terbang ke sana sini. Lihat buku Tatabahasa Dewan, halaman 275, (c) kata sendi nama "pada"-  terletak di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kerja.Tatabahasa20.05.2011
Sekawan burung berhijrah hinggap di atas dahan pokok di Kuala Gula. Adakah betul penggunaan ayat berhijrah di dalam ayat tersebut?

Kami mencadangkan ayat “Sekawan burung penghijrah hinggap di atas dahan pokok di Kuala Gula”. Cadangan ini dibuat kerana terdapat istilah khusus “burung penghijrah” dalam bidang Perhutanan, iaitu berdasarkan padanan daripada bahasa Inggeris “bird of passage”. (Rujukan: Kamus Inggeris-Melayu Dewan).

Istilah11.05.2020
Sekawan burung yang berhijrah itu hinggap di atas dahan pokok di Kuala Gula. Betulkah penggunaan perkataan berhijrah tersebut di dalam ayat?Ayat yang diberikan betul. “Berhijrah” membawa maksud berpindah atau meninggalkan sesuatu tempat untuk pergi ke tempat lain. “Berhijrah” turut digunakan bagi situasi haiwan yang terbang dalam jumlah yang banyak ke sesebuah lokasi mengikut musim tertentu.
Makna11.05.2020
12

Kembali ke atas