Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hing.gap] | هيڠݢڤ

Definisi : 1. berhenti terbang lalu bertenggek di atas sesuatu (bkn burung, lalat, dll): kupu-kupu ~ di atas bunga mawar; terbang-terbang ~ tidak tentu tempat tinggalnya; 2. ki singgah, jatuh dan mengenai sesuatu: kayu itu ~ betul-betul di atas kepalanya; tamparan yg kuat ~ di muka adiknya; 3. ki menimpa (bkn penyakit dll), berjangkit pd yg lain (bkn api dll): penyakit itu telah ~ padanya; ~ mencengkam terbang menumpu prb kalau merantau ke negeri lain hendaklah mencari orang yg sesuku dan apabila hendak pulang dr sana mestilah memberitahu orang itu juga; ~ saja bagai langau, titik saja bagai hujan prb sesuatu (kemalangan dll) yg terjadi dgn tiba-tiba saja; hendak ~ tiada berkaki prb ingin berbuat sesuatu tetapi tidak berdaya; menghinggapi 1. hinggap pd, duduk (berdiri, melekat) pd: bubur yg dihinggapi lalat itu patut dibuang; 2. menimpa (penyakit dll), menjangkiti (api dll): penyakit pelagra biasanya ~ orang yg menjadikan jagung sbg makanan utama. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hing.gap] | هيڠݢڤ

Definisi : 1 berhenti terbang lalu duduk bertenggek pd sesuatu (bkn burung, lalat dll); mencok: Burung itu terbang lalu ~ di dahan. 2 ki berjangkit pd orang lain (bkn penyakit dll): Penyakit itu telah ~ pdnya. menghinggapi 1 duduk atau bertenggek pd (sesuatu): Makanan yg dihinggapi lalat patut dibuang. 2 menim­pa atau menjangkiti seseorang dll (bkn penyakit): Seorang rakan kami telah dihinggapi demam malaria lalu meninggal dunia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hinggap (kata kerja)
1. Bersinonim dengan bertenggek: bertengger, bertingkir, mencok,

2. Bersinonim dengan singgah: berhenti, sementara, berehat,

3. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan mengenai, menimpa,

Kata Terbitan : menghinggapi,

Puisi
 

Hinggap mari di hujung ciku,
     Mari hinggap di ranting tua;
Hendak mati di hujung kuku,
     Satu kubur kita berdua.


Lihat selanjutnya...(73)
Peribahasa

Hinggap seperti benalu.

Bermaksud :

Menumpang, kemudian merosakkan tempat tumpangannya itu. benalu = pasilan.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Kamus Thai Melayu Dewan

Kamus Thai 2.indb
memi­ จังหวัด จับ Kamus Thai 2.indb 106 4/15/2008 11:05:46 AM จ 107 cit dengan perlahan. 2 menangkap: ตำรวจจับอาชญากรคนนั้ น Polis menangkap penjenayah itu. 3 (เกาะ) hinggap: นกฝูงหนึ่ ง มาจับกิ่ งไม ้ Sekawan burung hinggap di dahan. 4 (ติด) melekat: เขม ่ าดำจากท ่ อไอเสีย รถจับที่ กางเกงเขา Asap hitam dari ekzos kereta melekat pada seluarnya. จับกลุ ่ ม [-klum] ก berkumpul, berhim- pun: ชาวบ ้
Kamus Thai 2.indb
าม Beberapa orang kampung pergi men- dulang emas di kawasan larangan. ร ่ อน 2 [r:n] ก melayang: นกพิราบขาว ร ่ อนลงเกาะกิ่ งไม ้ Merpati putih melayang turun lalu hinggap di dahan pokok. ร ่ อนเร ่ [-rnre:] ดู พเนจร ร ้ อน [r:n] ว panas: วันนี้ อากาศร ้ อน Cua- ca hari ini panas. รอบ [r:p] น

Kembali ke atas