Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hing.gap] | هيڠݢڤ

Definisi : 1. berhenti terbang lalu bertenggek di atas sesuatu (bkn burung, lalat, dll): kupu-kupu ~ di atas bunga mawar; terbang-terbang ~ tidak tentu tempat tinggalnya; 2. ki singgah, jatuh dan mengenai sesuatu: kayu itu ~ betul-betul di atas kepalanya; tamparan yg kuat ~ di muka adiknya; 3. ki menimpa (bkn penyakit dll), berjangkit pd yg lain (bkn api dll): penyakit itu telah ~ padanya; ~ mencengkam terbang menumpu prb kalau merantau ke negeri lain hendaklah mencari orang yg sesuku dan apabila hendak pulang dr sana mestilah memberitahu orang itu juga; ~ saja bagai langau, titik saja bagai hujan prb sesuatu (kemalangan dll) yg terjadi dgn tiba-tiba saja; hendak ~ tiada berkaki prb ingin berbuat sesuatu tetapi tidak berdaya; menghinggapi 1. hinggap pd, duduk (berdiri, melekat) pd: bubur yg dihinggapi lalat itu patut dibuang; 2. menimpa (penyakit dll), menjangkiti (api dll): penyakit pelagra biasanya ~ orang yg menjadikan jagung sbg makanan utama. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hing.gap] | هيڠݢڤ

Definisi : 1 berhenti terbang lalu duduk bertenggek pd sesuatu (bkn burung, lalat dll); mencok: Burung itu terbang lalu ~ di dahan. 2 ki berjangkit pd orang lain (bkn penyakit dll): Penyakit itu telah ~ pdnya. menghinggapi 1 duduk atau bertenggek pd (sesuatu): Makanan yg dihinggapi lalat patut dibuang. 2 menim­pa atau menjangkiti seseorang dll (bkn penyakit): Seorang rakan kami telah dihinggapi demam malaria lalu meninggal dunia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hinggap (kata kerja)
1. Bersinonim dengan bertenggek: bertengger, bertingkir, mencok,

2. Bersinonim dengan singgah: berhenti, sementara, berehat,

3. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan mengenai, menimpa,

Kata Terbitan : menghinggapi,

Puisi
 

Hinggap mari di hujung ciku,
     Mari hinggap di ranting tua;
Hendak mati di hujung kuku,
     Satu kubur kita berdua.


Lihat selanjutnya...(73)
Peribahasa

Hinggap seperti benalu.

Bermaksud :

Menumpang, kemudian merosakkan tempat tumpangannya itu. benalu = pasilan.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
postcalving holdinghinggap pascaberanakVeterinarTiadaTiada
holding farmladang hinggapVeterinarTiadaTiada
holding yardruang hinggapVeterinarTiadaTiada
holding stationstesen hinggapVeterinarTiadaTiada
holding facilitykemudahan hinggapVeterinarTiadaTiada
holding penpetak hinggapVeterinarTiadaTiada
alighting board (bee)papan hinggap (lebah)PertanianTiadaTiada
bird of passagekeluang hinggapSejarahTiadaSeseorang yang bergerak bebas dari satu tempat ke satu tempat yang lain, dan tidak mempunyai kediaman tetap.
holdingpemilikan ; simpan (P.JAS), hinggapVeterinarTiadaTiada
adaptive orientationorientasi suaianBiologiEkologiSifat yang ditunjukkan oleh kebanyakan serangga, burung, dan haiwan lain untuk melindungi diri daripada pemangsa. Misalnya, sesetengah rama-rama akan melipatkan kepaknya apabila hinggap di atas dahan supaya tidak dapat dikesan oleh musuh.
12

Kembali ke atas