Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hi.per] | هيڤر -

Definisi : awalan asing terlampau atau terlebih drpd normal, mis hiperaktif dan hipersensitif. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hiper-


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bolehkah perkataan hiper digunakan dengan penggunaan berikut; 'kelajuan hiper' 'definisi hiper' 'rangkaian hiper'?Salam sejahtera,


Hiper- merupakan awalan asing terlampau atau terlebih daripada  normal, contohnya, hiperaktif dan hipersensitif. 
Hiper- tidak digunakan pada semua perkataan. Hanya perkataan tertentu sahaja.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa22.10.2018
Apakah terma atau istilah Bahasa Melayu yang sesuai bagi ayat berkenaan 'Hyper Speed for Hyper Detail'? Adakah penggunaan terjemahan 'Kelajuan Hiper untuk Perincian Hiper' dibenarkan?Dalam data rujukan kami hiper bermaksud awalan asing terlampau atau terlebih daripada normal, misalnya hiperaktif dan hipersensitif. Berdasarkan carian kami, tiada istilah khusus bagi perkataan hyper detail dan hyper speed. Perkataan tersebut merupakan kata umum yang boleh diterjemahkan mengikut konteks penggunaan seperti berlebihan atau lampau.Penyemakan dan penterjemahan17.08.2018
"Muzium hiper terhubung: Pendekatan Baharu, Masyarakat Baharu (Hyperconnected museums: New Approaches, new publics) terjemahan bahasa melayu betul atau tidakBelum ada padanan bahasa Melayu untuk hyperconnected. Kami mencadangkan padanan bahasa Melayunya ialah hiperhubung, aktif hubung atau mudah hubung. Cadangan terjemahan ialah Muzium Hiperhubung atau Muzium Aktif Hubung atau Muzium Mudah Hubung: Pendekatan Baharu, Masyarakat Baharu  untuk Hyperconnected museums: New Approaches, new publics.Penyemakan dan penterjemahan21.02.2018
bolehkan istilah Hiper terhubung (hyperconnected) digunakan bagi terjemahan hyperconnectedBelum ada padanan bahasa Melayu untuk hyperconnected. Kami mencadangkan padanan bahasa Melayunya ialah hiperhubung, aktif hubung atau mudah hubung.Istilah21.02.2018
Apakah frasa bahasa Melayu yang sesuai bagi padanan frasa 'hyper network'? Bolehkah 'hiper rangkaian' digunakan? Terima kasih.Menurut data kami, tiada istilah khusus bagi perkataan tersebut tetapi terdapat padanan yang sesuai iaitu hiperrangkaian.Lain-lain22.10.2018
Adakah frasa 'hiperdefinisi' boleh digunakan? Dari frasa bahasa Inggeris 'hyper definition'Padanan dalam Bahasa Melayu bagi hyper dan definition ialah hiper dan definisi. Secara literal hyper definition boleh diterjemahkan kepada hiperdefinisi berdasarkan terjemahan yang ada bagi kedua-dua perkataan tersebut. Walau bagaimanapun, tiada contoh penggunaan hyper-definition dalam data kami. Carian kami di internet juga tidak menemukan contoh penggunaan perkataan tersebut.Lain-lain24.08.2018

Kembali ke atas