Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hi.per.bo.la] | هيڤربولا

Definisi : (Mat) garis lengkung yg terbentuk apabila kon dipotong oleh satah (di mana sahaja kecuali di bahagian tengah). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hi.per.bo.la] | هيڤربولا

Definisi : (Lin) ungkapan (penyataan dsb) kiasan yg berlebih-lebihan atau dibesar-be­sarkan utk memperoleh kesan tertentu dan tidak bertujuan ditafsirkan secara harfiah, mis askar raja itu berlaksa-laksa banyaknya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hiperbola


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apa perbezaan hiperbola dan metafora?

Hiperbola  bermaksud gaya bahasa yang berlebih-lebihan dengan menggunakan metafora atau kiasan yang melampau. Hiperbola digunakan untuk melahirkan kesan kelucuan atau menegaskan sesuatu fakta dalam sesuatu situasi. Biasanya hiperbola terdapat dalam puisi dan drama cinta.

Metafora pula bermaksud kiasan yang membandingkan secara tersirat dua objek yang berlainan melalui daya imaginasi sehingga melahirkan konotasi yang segar dan baharu.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk https://prpm.dbp.gov.my/
Lain-lain20.08.2022
apa perbezaan personafikasi dan hiperbola ?

Personafikasi bermaksud memberikan sifat manusia sama ada dari segi perasaan, perwatakan atau tindak-tanduk kepada benda-benda mati, binatang atau benda-benda yang abstrak.

Hiperbola  bermaksud gaya bahasa yang berlebih-lebihan dengan menggunakan metafora atau kiasan yang melampau. Hiperbola digunakan untuk melahirkan kesan kelucuan atau menegaskan sesuatu fakta dalam sesuatu situasi. Biasanya hiperbola terdapat dalam puisi dan drama cinta.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk https://prpm.dbp.gov.my/

Lain-lain19.08.2022
BERIKAN JENIS GAYA BAHASA SERTA MAKSUDNYA?

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 440, gaya bahasa ialah cara pemakaian bahasa. Gaya bahasa terdiri daripada pelbagai jenis seperti personifikasi,  simile, metafora, aliterasi, hiperbola dan sebagainya yang sering digunakan dalam karya-karya sastera seperti sajak, cerpen, novel dan lain-lain

Personafikasi - memberikan sifat manusia sama ada dari segi perasaan, perwatakan atau tindak-tanduk kepada benda-benda mati, binatang, idea atau hal-hal yang abstrak.  

Simile - unsur yang digunakan untuk menyamakan sesuatu objek atau benda dengan sesuatu benda yang lain. Unsur ini menggunkaan perkataan seperti, umpama, bak , dan laksana untuk menunjukkan perbandingan.

Metafora - perbandingan secara terus tanpa menggunakan kata-kata seperti , bak, umpama dsbnya.  

Alitrasi - pengulangan bunyi konsonan yang sama dalam baris sajak.

hiperbola - sejenis bahasa kiasan untuk menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan daripada maksud yang sebenarnya.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau mana-mana perpustakaan untuk membuat rujukan yang boleh membantu saudari dalam hal ini. Terima kasih

Lain-lain08.01.2009
Saya amat keliru tentang jenis-jenis gaya bahasa. Soalan saya: i. Adakah kata ganda merupakan salah satu daripada gaya bahasa? kerana kebanyakan buku rujukan menyatakan kata ganda merupakan salah satu jenis gaya bahasa. Kalau betul, bagaimana pula dengan kata majmuk, kata nama, kata sendi nama, kata adjektif ? ii. adakah unsur bunyi seperti asonansi dan aliterasi merupakan salah satu daripada gaya bahasa?Kata ganda ialah bentuk kata dan bukan gaya bahasa. Dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga menyatakan bahawa  kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar sama ada kata tersebut diulang keseluruhannya atau pada bahagian-bahagian tertentu dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan.
Manakala gaya bahasa ialah cara pemakaian bahasa. Gaya bahasa terdiri daripada pelbagai jenis seperti personifikasi,  simile, metafora, aliterasi, hiperbola dan sebagainya yang sering digunakan dalam karya-karya sastera seperti sajak, cerpen, novel dan lain-lain.
Tatabahasa04.07.2015

Kembali ke atas