Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hi.sap] | هيسڤ

Definisi : ; menghisap memasukkan sesuatu (ke dlm mulut atau hidung) dgn tarikan udara, menyedut masuk (ke dlm hidung atau mulut): dia ~ rokok; burung itu ~ manisan bunga; ~ benak terlampau banyak mengambil untung dr orang lain; ~ darah memeras orang (meng­ambil bunga wang dgn banyak); hisapan hasil drpd menghisap, yg telah dihi­sap; ~ jempul ki berita atau karangan yg di­reka-reka (khabar yg dibuat-buat); penghisapan 1. perihal (perbuatan) meng­hi­sap, penyedutan; 2. ki pemerasan, peme­rahan: Rizal mencatatkan pelbagai ~ bumi Filipina oleh kekuasaan Sepanyol; penghisap 1. orang yg menghisap sesuatu (spt rokok, candu, dadah, dsb): Sultan Mahmud telah dikatakan oleh penulis-penu­lis Portugis sbg seorang ~ candu; 2. alat utk menghisap; ~ darah orang yg suka memeras orang lain (dgn mengenakan bunga yg tinggi dsb atas pinjaman wang atau dgn cara lain). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hi.sap] | هيسڤ

Definisi : ; menghisap menarik minum­an, asap rokok dll ke dlm mulut atau hidung dgn nafas; menyedut; menghirup: Lebah ~ manisan bunga. Orang tua itu kuat ~ rokok. hisapan apa-apa yg (telah) dihisap; hasil drpd menghisap; sedutan. penghisapan perbuatan atau hal menghisap. penghisap 1 orang yg menghisap: ~ rokok. 2 alat utk menghisap: ~ candu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hisap
Kata Terbitan : menghisap, hisapan, penghisapan, penghisap,

Puisi
 

Hisap rokok dalam kelambu,
     Terbit asap menjadi abu;
Saya umpama golok kayu,
     Tetak tak lut gadai pun tak laku.


Lihat selanjutnya...(7)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
suckinghisapPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
thumb suckinghisap ibu jariPerubatanTiadaTabiat bayi dan kanak-kanak kecil yang memasukkan ibu jari ke dalam mulut dan menghisapnya seolah-olah puting.
finger suckinghisap jariPerubatanTiadaTiada
thumb suckinghisap ibu jariSosiologiTiadaTiada
sucking disccakera hisapBiologiHistologi dan SitologiCuaran yang membantu serangga melekap, seperti yang terdapat pada hujung kaki tiub ekinoderma.
blood-sucking leechlintah hisap darahPerikananTiadaTiada
sucking devicealat (peng)hisapPerikananTiadaTiada
carunclekarunkelBiologiHistologi dan Sitologi1. Bonggol daging yang terbuka. 2. Jasad kecil berbentuk kon pada tempat pertemuan antara bahagian atas dengan bawah kelopak mata. karunkula lakrimalis. 3. Jambul yang terdapat pada kepala burung dan beluncas. 4. Struktur berbentuk seperti omboh pada asetabulum Cephalopoda dibrankiat. 5. Cakera hisap yang terdapat pada farsus hama/tungau. 6. Strofiol. 7. Bekas himen yang koyak membulat (karunkyula himenale).

Kembali ke atas