Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[his.to.lo.gi] | هيستولوݢي

Definisi : (Bio) kajian tentang tisu haiwan atau tumbuhan (dr segi struktur, fungsi, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[his.to.lo.gi] | هيستولوݢي

Definisi : ist kajian ttg tisu haiwan atau tumbuh-tumbuhan (dr segi struktur, ciri dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata histologi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, selamat sejahtera.., saya mempunyai pertanyaan berkaitan kata "jentu" (dalam KD) yang bermaksud "tangkai bunga yang terbesar pada bunga yang berkarang". Adakah kata ini seerti dengan istilah botani "peduncle" atau Melayunya "pedunkel" yang merujuk pada "tangkai yang menyokong sekuntum bunga atau jambak bunga"? Pedunkel ini mempunyai cabang kecil yang disebut "pedisel" atau "tampuk".Kata jentu tidak seerti dengan kata pedunkel. Merujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020; 895) dan Pangkalan Data Istilah DBP;

jentu kata nama
tangkai bunga yang terbesar atau yang utama pada gubahan bunga.

manakala,

pedunkel (peduncle)
Bidang: Biologi, Histologi dan Sitologi
1. Tangkai infloresens.
2. Jalur gentian putih yang bersambung dengan pelbagai bahagian otak.
3. Tangkai krinoid, brakiopod dan barnakel, atau protozoon yang tetap.
4. Penghubung toraks dengan abdomen artropod.

Penggunaan kedua-dua kata ini bergantung kepada makna dan konteksnya.
Makna29.05.2023

Kembali ke atas