Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kep Human Immunodeficiency Virus (sj virus yg menyebabkan AIDS). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hiv


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang mana satu betul: "Dia menghidap penyakit HIV" atau "Dia menghidap HIV"? Bolehkah kita menggunakan kedua-duanya? Terima kasih.Kedua-duanya boleh digunakan.Tatabahasa07.03.2010
Salam Sejahtera, Tuan, Sektor HIV/STI/Hep C, Bahagian Kawalan Penyakit, KKM akan mengadakan sambutan Hari AIDS Sedunia peringkat Kebangsaan pada 1 Disember 2019. Tema sambutan tersebut di dalam bahasa Inggeris ialah, "Communities Make the Difference". Terjemahan yang dicadangkan adalah, "Komuniti Membawa Perubahan". Sektor HIV/STI/Hep C seterusnya ingin memohon khidmat nasihat daripada DBP untuk pengesahan terjemahan tema tersebut di dalam bahasa Melayu ATAU pindaan sekiranya terjemahan adalah tidak tepat. Pehatian dan kerjasama DBP di atas perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. Dr. Mohd Hafizuddin Bin Mahfot Ketua Penolong Pengarah, Sektor HIV/STI/HEP C, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya, Malaysia. MMC No. : 68147 Office : +6038834373 Mobile : +60126300480 eMail : mhdhafizuddin@moh.gov.my

Terjemahan yang dicadangkan oleh pihak tuan bagi "Communities Make the Difference", iaitu Komuniti Membawa Perubahan sesuai digunakan sebagai tema sambutan tersebut.

Istilah15.11.2019
Seperti di tahun-tahun yang lepas, majoriti pengidap baru HIV merupakan mereka di dalam kumpulan umur muda iaitu 20 hingga 49 tahun; 93% (435). Mengikut pembahagian kumpulan umur, 20-29 tahun adalah seramai 124 orang (27.0%), 30 hingga 39 tahun seramai 243 orang (52.1%), dan 40 hingga 49 tahun seramai 68 orang (14.6%).Seperti pada tahun-tahun yang lepas, majoriti pengidap baru HIV merupakan mereka di dalam kumpulan umur muda iaitu 20 hingga 49 tahun; 93% (435). Mengikut pembahagian kumpulan umur, 20-29 tahun seramai 124 orang (27.0%), 30 hingga 39 tahun seramai 243 orang (52.1%), dan 40 hingga 49 tahun seramai 68 orang (14.6%). Tatabahasa14.12.2011
Saya mohon pihak DBP untuk menyemak berhubung terjemahan tajuk penyelidikan yang saya dan ahli kumpulan penyelidikan saya terjemahkan dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu seperti yang dinyatakan berikut: Tajuk penyelidikan dalam Bahasa Inggeris: “Perceptions on risk behaviours and health seeking associated with HIV/STD among transgender women and men have sex with men (MSM)” Terjemahan tajuk penyelidikan ke dalam Bahasa Melayu: Persepsi berhubung tingkahlaku berisiko dan pencarian maklumat kesihatan yang dikaitkan dengan HIV/STD dalam kalangan wanita transgender dan lelaki yang mempunyai hubungan seks dengan lelaki (Men have sex with men)"Sekiranya bersesuaian dengan konteks penggunaan tuan, kami mencadangkan tajuk penyelidikan ini diterjemahkan kepada:

Persepsi terhadap risiko tingkah laku dan kesihatan yang mempunyai kaitan dengan HIV/STD dalam kalangan transgender dan homoseksual.
Penyemakan dan penterjemahan24.01.2020
Saya ingin mendapatkan terjemahan yang tepat dalam Bahasa Melayu untuk tajuk penyelidikan saya yang berbunyi "Perceptions on risk behaviours and health seeking associated with HIV/STD among transgender women and menhave sex with men (MSM)". Mohon bantuan daripada pihak DBP. Sekian, terima kasih.Dewan Bahasa dan Pustaka tidak menawarkan khidmat terjemahan daripada bahasa asing ke bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, encik boleh menterjemahkan tajuk tersebut dan menghantar kepada kami untuk semakan penggunaan bahasa Melayu.Lain-lain17.01.2020
Kenapa pencarian terjemahan untuk 'sexually transmitted disease' gagal menemukan jawapan 'penyakit kelamin'. Saya rasa 'penyakit hubungan jenis' tidak begitu tepat untuk terjemahan bagi STD.

Dalam data rujukan kami, padanan istilah 'sexually transmitted disease' ialah penyakit hubungan jenis. STD ialah penyakit yang hanya boleh dijangkiti dengan melakukan aktiviti hubungan seks. Antara penyakit yang biasa dijangkiti akibat hubungan seks terutamanya melalui hubungan seks rambang ialah klamidia, gonorrhea, herpes, sifilis dan HIV/AIDS. Kebanyakan pesakit ini jarang menampakkan simptom-simptomnya. Kajian menunjukkan bahawa 90% daripada remaja perempuan menjangkakan bahawa mereka tidak akan dijangkiti STD tetapi apabila diperiksa 18 bulan kemudian, didapati satu daripada empat orang telah dijangkiti penyakit klamidia atau gonorrhea.

Penyemakan dan penterjemahan13.12.2019

Kembali ke atas