Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hj haji


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Haji atau Hj (dlm. surat)HajiIstilah17.12.2014
1. Manakah yang betul; Tn. Hj. Muhammad atau Tuan Haji Muhammad? 2. Dalam penulisan biasa, sapaa akan dibubuh seperti berikut; Y.B. Dato' Ahmad; Y.Bhg. Datuk Abu; En. Abdul; Tn. Hj. hasim; Bagaimana kepada yang mereka yang bergelar Doktor (PhD)? tk.

1. Kedua-duanya betul namun seelok-eloknya dieja penuh Tuan Haji Muhammad.

2. Penggunaan/ejaan yang betul ialah YB Dato' Ahmad, YBhg. Datuk Abu, Encik Abdul, Tuan Haji Hasim dan Tuan Dr. Halim.

Tatabahasa29.06.2011
Salam sejahtera, Bolehkah "abg" digunakan sebagai kependekan bagi perkataan abang, seperti mana "hj" adalah kependekan bagi haji. Terima kasih!Perkataan Abg.  boleh digunakan dalam nama seperti Hj. Terima kasih.  Lain-lain15.07.2020
rujukan bagi yang berikut, yang manakah TEPAT penggunaannya? bergelar datuk, mempunyai kelulusan doktor falsafah, mempunyai gelaran warisan tengku, telah menunaikan ibadah haji. datuk dr. haji tengku ali @ datuk dr. tengku hj. ali?Yang betul ialah Datuk Dr. Haji Tengku Ali.Lain-lain29.10.2009
Berhubung dengan surat rasmi. Surat ditujukan kepada sebagai contoh: Tn. Hj. Hailani Bin Surit Ketua Kampung Tok Muda Persoalannya : Di dalam isi kandungan surat tersebut, perkataan yang ingin ditujukan kepada beliau adalah sama ada menggunakan perkataan Tuan atau Tn. Hj? Perkataan yang manakah betul digunakan?Selamat ptg.
Kata sapaan ialah "Tuan Haji" bagi nama penuh, manakala dalam surat "tuan" sahaja. Sekian, terima kasih.
Istilah30.05.2016
Saya ingin mendapatkan senarai bekas Timbalan Ketua Pengarah DBP yang pernah berkhidmat untuk menyiapkan projek saya. Sekian, terima kasih.

Senarai bekas Timbalan Ketua Pengarah DBP.

i.     YBhg Dato' Hassan Ibrahim

ii.    YBhg Dato Hj Jumaat Dato' Hj Mohd Noor

iii.   YBhg DAto' Baharuddin Zainal

iv.   YBhg Dato' Dr. Hjh Nik Safiah Abd Karim

v.    YBhg Dr FArid Onn

vi.   YBhg Tuan Haji Anuar Ayob

vii.  YBhg Tuan Haji Shaari Abdullah

viii. YBhg Tuan Haji Abu Bakar Mohamad.

Lain-lain13.12.2007
apakah karya terbaru elias haji idris? apakah anugerah yang ernah dirangkul oleh beliau? apakah laman web yang menceritakan tentang beliau secara terperinci?

Sdr.

Karya terkini Elias Hj. Idris adalah  Kembang tak jadi, Anak perempuan kabaret, Tebingan sungai, dan  Musim buah-buahan 2007). Karya tahun 2008 adalah Gadis terbuang, Semadi cinta di Kuala Lumpur, Luka siapa dan 2 judul buku politik iaitu Siapa PM selepas ini dan 51 dalil Anwar jadi PM. Beliau adalah penerima Anugerah Majlis Buku Kebangsaan Malaysia - Novel Terbaik 1994 bagi buku Kehilangan dan Anugerah Kerajaan Negeri Perak - Novelis Perak 1995.

Lain-lain17.03.2008
Apakah jawatan yang telah diberi oleh O.T DUSSEK kepada Pendeta Za'bs di SITC?

Terima kasih atas soalan anda, anda boleh membuat rujukan  seperti di bawah :

1.www.bahau.com.my/english/eteratak.htm

2. Pendeta Tan Sri Haji Zainal Abidin bin Ahmad (Za'ba) 16 September 1895-23 Oktober 1973 | Haji Ibrahim">Norhalim Haji Ibrahim | Lembaga Muzium Negeri Sembilan | 2006

3. Za'ba dan Melayu | Hj. Nawang">Adnan Hj. Nawang | Berita Publishing | 1998 |

Lain-lain15.07.2008
assalamualaikum..saya ingin bertanya mengenai biografi penulis novel 'Mencari Teduh di Kuala' iaitu Siti Aminah Hj Yusof dan penulis novel 'Kirana' iaitu Sarimah Bardon.
Mencari Teduh di Kuala
Siti Aminah Haji Yusof (03 55193732)NO. 10, JALAN RODAT 11/2 H,40100 SHAH ALAM, Selangor

Beliau dilahirkan di Temerloh, Pahang pada 25 September 1945. Beliau banyak menumpukan perhatian kepada penulisan karya remaja. Beliau pernah memenangi Hadiah Sastera Remaja ESSO-GAPENA dalam beberapa siri peraduan. Menerima hadiah penghargaan (cerpen) pada tahun 1981 dan pada tahun berikutnya, menerima hadiah penghargaan bagi novel Biarlah Ia Berlalu. Manakala novel Aku Anak Timur memenangi tempat pertama dalam Peraduan Menulis Novel Pengembaraan ESSO-Gapena 1984. Novel lain yang diterbitkan oleh DBP ialah Masih Sayang, Di Hujung Perjalanan dan Jalur Senja. Beliau pernah bertugas sebagai pendidik dan kini, telah bersara selepas tugas terakhirnya di Maktab Perguruan Teknik Cheras, Kuala Lumpur.

Kirana
Sarimah Bardon (03 61859952)Lot 8620, Kg. Nakhoda Kanan,68100 Batu Caves,Selangor

Beliau lahir pada 20 Mei 1963 di Selangor. Beliau mempunyai kelulusan Sarjana Muda Pendidikan dari UPM. Beliau mula mengikuti kursus penulisan KEPEZI pada tahun 1996. Novel Kirana merupakan hasil daripada bimbingan Zaharah Nawawi. Kini, beliau merupakan seorang pendidik.

Lain-lain02.06.2008
Saya ingin mendapatkan maklumat pengarang Yulis Haji Alwi(Kumpulan Cerita Rakyat-Tukang Kasut dengan Orang Kerdil, DBP 1994) dan Mohd Nor Long(Cerita Rakyat Sabah -DBP, 1978). Umur dan pekerjaan penulis buku ini. Data ini digunakan untuk tugasan kajian saya dalam Kesusasteraan Rakyat Melayu. Bagaimana saya boleh mendapatkannya?

Puan boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi penulis melalui telefon:

(1) Salmah@Yulis Hj. Alwi

        Tel. Rumah: 03-62512978

        Tel. Bimbit:  013-3999525

 (2)  Mohd. Nor Long

       Tel. Rumah:  03-20950417

       Tel. Bimbit:   019-2168300

Lain-lain27.01.2011
12

Kembali ke atas