Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hj haji


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
apparatus criticuskritikus aparatusKesusasteraanTiadaKaedah membuat suntingan kritis terhadap karya dengan cara membandingkan beberapa sumber atau versi manuskrip yang berbeza. Kritikus aparatus biasa terdapat dalam kajian filologi, terutamanya semasa membuat suntingan atau transliterasi terhadap sesuatu naskhah manuskrip yang mempunyai vesi yang berbeza. Secara umumnya, sesuatu teks Melayu lama wujud dalam beberapa salinan yang memperlihatkan beberapa perbezaan. Pengkaji akan memilih sebuah naskhah manuskrip yang dianggap terbaik dan membuat edisi, transliterasi, atau transkripsi berdasarkan naskhak tersebut. Semasa membuat edisi, pengkaji akan membuat kritikus aparatus dengan cara membandingkan naskhah yang dianggap terbaik tadi degan beberapa variasi naskhah lain. Kritikus aparatus biasanya dibuat pada bahagian nota kaki. Antara perkara yang diberi tumpuan dalam kritikus aparatus termasuklah memberikan ulasan atau sebab. Sesuatu pilihan dibuat dengan mengemukakan bukti konkrit berdasarkan naskhah lain, sama ada dari segi perbezaan huruf, perkataan, atau struktur ayat. Pengkaji juga boleh mengemukakan bukti kukuh tentang kesalahan yang terdapat dalam naskhah (kemungkinan kesalahan yang dilakukan oleh penyalin), terutamanya wujud unsur kesilapan ejaan, penggantian perkataan, perulangan, kehilangan maklumat, dan sebagainya. Kritikus aparatus sangat penting kerana edisi, transliterasi, atau transkripsi naskhah yang dilakukan darpat dipertahankan kesahihannya, khususnya dalam usaha untuk mendapat suatu edisi yang bersifat ilmiah. Suatu edisi naskhah yang tidak memperlihatkan kritikus aparatus yang baik dan menjdikan edisi tersebut kurang berwibawa dan sering menimbulkan persoalan kepada para pembaca. Contoh kritikus aparatus yang baik dapat dilihat dalam transkripsi teks Sejarah Melayu oleh Abdul Rahman Haji Ismail (1998) dan transkripsi Syair Bidasari yang diusahakan oleh Jamilah Hj. Ahmad (1989). Contoh dalam sastera Arab ialah Kitab al-Tashbihat diusahakan oleh M. �Abd. Al,mu�id Khan dalam sastera Parsi, transkripsi teks Gulistan-i Sa�di diusahakan oleh Ghulam Husayn Yusufi, dan dalam sastera Turki, transkripsi teks Idahu�?-Hikem diusahakan oleh Bilal Kuspinar. Lihat juga anotasi.

Kembali ke atas